Tuesday, May 7, 2013

Ikutilah Luahan Orang Singapura... Hargailah Malaysia


Mengapa kita orang Melayu terutamanya GAGAL mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita?

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Tuesday, April 30, 2013

Report Card Nik Ajiz dah Keluar Tapi Macam Sial !!!


Di Facebook Nik Ajis pagi ini terpampang report card Nik Ajis : Klik Sini

Ini mungkin rentetan dari cabaran Perdana Menteri, DS Najib Razak mahukan empat ekor MB Pakatan keluarkan report card agar rakyat dapat menilai kerja mereka sepanjang 4 tahun sebelum, pemerintahan mereka di negeri yang mereka takluki.

Di dalam kebusukan mulut Nik Ajis mengkritik beberapa produk 1 Malaysia terutama BR1M lihatlah sendiri wahai rakyat Kelantan apa yang sudah dilakukan PAS pimpinan Nik Ajis sepanjang 23 tahun di Kelantan. Apa yang telah mereka lakukan bagi membaiki insfrastrukur dan taraf hidup rakyat Kelantan? Setakad perkenalkan Skim itu dan ini hasil derma rakyat tu baik bagi NGO dan persatuan penduduk sahaja yang buat. Sebagai sebuah kerajaan negeri, ada agenda negeri yang lebih penting yang perlu Nik Ajis fikirkan. Tapi macamana mahu fikirkan hal ekonomi rakyat jika wallet duit dia pun rakyat yang kena buatkan. Mundurlah Kelantan dipimpin orang pemalas seperti ini. 

Kempen berunsur Islam itu memang baik seperti menutup aurat dan sebagainya tapi ada lagi agenda negeri yang lebih penting bagi membantu rakyat perlu PAS fikirkan. Di dalam report card Nik Ajis di atas, langsung tidak disentuh bagaimana PAS membantu mengurangkan jumlah kemiskinan rakyat Kelantan yang ada diantaranya berada di tahap kritikal. Malah tiada langsung peluang ekonomi yang dirancang. Bagaimana dengan bantuan perumahan untuk rakyat? Nik Ajis lupa kah di kawasannya di DUN Chempaka sendiri ada penduduk yang tinggal dalam kandang lembu yang diubahsuai kepada rumah usang? Selain itu, paling penting, PAS langung tidak cakna kepada masalah air bersih yang melanda negeri itu sekian lama.

Lihatlah wahai rakyat Kelantan, PAS dan Nik Ajis memang tidak layak memerintah kerana tidak holistik dan oportunis. Mereka hanya layak duduk di kampung dan menjadi ketua kampung sahaja. Otak mereka jumud dan mereka amat pemalas sekaligus gagal membawa perubahan ekonomi yang besar bagi membantu membangunkan taraf hidup rakyat. Padahal kita sekarang mahu menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

Jika itu saja yang dilakukan PAS sial selama 23 tahun memerintah, PAS perlukan berapa ratus tahun lagi untuk berdaya maju? dan sanggupkah kita gadaikan Putrajaya kepada pemimpin pemalas dan penuh agenda peribadi di dalam PAS?

Di sini Tamingsari mahu tekankan, dengan adanya report card Nik Ajis inilah bukti menunjukkan PAS tidak lakukan apa-apa untuk negeri Kelantan. Jika anda datang ke Kelantan dan melihat flyover, pejabat kerajaan yang mewah dan beberapa projek pembangunan itulah hasil kerja tangan kerajaan pusat yang tidak putus-putus membantu Kelantan sekaligus menafikan tuduhan jahat Nik Ajis mengatakan kerajaan pusat mengabaikan Kelantan.

Tolak Pas, Tukar Kelantan !! 

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Monday, April 29, 2013

Haram Jatuhkan Kerajaan Islam Kelantan - Zahzan dan Azhar Idrus

TIADA Modal. Tiada isu.



Itulah yang melanda PAS Kelantan sekarang untuk mengekalkan mereka memerintah Kelantan bagi penggal seterusnya. Ini menyebabkan Nik Ajis bersama kuncu-kuncunya makin panas pungung. Kemewahan meratah hasil negeri buat diri sendiri, keluarga dan kroni bakal berakhir. Kuasa yang dimiliki mereka akan hilang selepas 5 Mei ini. 

Jadi dengan sisa sebuah perjuangan sesat, PAS masih mahu menunjukkan bahawa merekalah paling Islam dari orang lain. Maka mereka sanggup mencari fatwa songsang Ostaz penjilat mereka kononnya "masuk neraka jika menumbangkan kerajaan Islam PAS Kelantan". Antara Ostaz penjilat itu adalah Azhar Idrus dan Zahzan.  Maka dicetaklah fatwa songsang itu dan dibantingkan ke seluruh negeri Kelantan. PAS yakin dengan memancing fatwa itu maka mereka akan kekal kerana orang Kelantan yakin PAS lah pemegang kunci syurga dan neraka. 

Namun hakikat sebenarnya, selama 23 tahun di Kelantan, ternyata PAS gagal memerintah dengan sebaik-baiknya. Jauh sekali apa yang disarankan oleh Islam. Mungkin Ostaz penjilat buta dengan serban Nik Ajis sehingga tidak nampak apa yang berlaku di Kelantan sebenar-benarnya. Kezaliman PAS yang gagal menyediakan kemudahan air bersih dan terawat sudah cukup menafsirkan PAS gagal ikut ajaran Islam. Selama ini orang Kelantan menjalankan tugas harian mengunakan air yang ditanggung halal oleh kerajaan Nik Ajis. Jika selama ini air itu tidak suci, maka menjawablah Nik Ajis menangung dosa orang-orang Kelantan. 

Selain air, banyak lagi kezaliman PAS Kelantan. Merampas tanah orang memang menjadi budaya mereka. Tanah yang diteroka diambil mereka sesuka hati dengan alasan tanah itu bukan milik peribadi peneroka kerana tiada geran. Hakikatnya PAS sendiri membirokrasikan pemilikan geran tanah sehingga ada peneroka beberapa kali ke pejabat tanah melayan kerenah pegawai pejabat tanah semata mahu memiliki geran. Apa sahaja kehendak mereka dibuat namun geran yang pernah dijanjikan masih gagal mereka beri dan tunaikan.

Dalam bab menyediakan kemudahan memang mereka gagal tapi kalau bab merampas, menyaman dan menyita merekalah juara. Mereka tidak peduli yang disita itu boleh makan ke tidak, tutup periuk nasi ke tidak asalkan tak masuk ke ke kantung kerajaan PAS tindakan tetap dilaksana. Tiada alternatif dan tiada pilihan. Maka rakyat ditindas semahunya meraka. Tidak hairanlah Tok Batin orang asli Gua Musang pernah mengelar kerajaan PAS Kelantan zalimnya setanding Israel.

PAS memang pemerintah yang gagal. Dalam bidang ekonomi, PAS gagal mewujudkan peluang ekonomi untuk rakyatnya. Bukan salah sesiapa ataupun kerajaan pusat tetapi PAS sendiri gagal menyediakan infrastruktur asas di Kelantan menyebabkan tidak ada pelabur yang berani melabur disana. Mereka gagal menyediakn insetif menarik malah kemudahan lojistik dan jalan juga amat mundur. Melabur di Kelantan hanya menyebabkan penambahan kos operasi industri. Jadi peluang ekonomi di Kelantan amat terhad. Maka berduyunlah anak Kelantan merantau mencari rezeki. 

Mungkin Zahzan dan Azhar Idrus lupa, bahawa kerajaan Islam yang patut dipertahankan adalah kerajaan pusat yang diterajui BN. Dengan adanya BN memerintah maka syiar Islam makin mekar. Pemimpin Islam negara luar termasuk Imam masjid Madinah sendiri amat kagum dengan keIslaman negara Malaysia. Mereka bukan datang ke Malaysia dan melihat Kelantan sebagai contoh negeri Islam tetapi mereka datang melihat masjid di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Mereka melihat bagaimana ia diimarahkan. Bagaikan ia dihiaskan dengan begitu indah bermakna kerajaan cakna menjadi masjid sungguh selesa untuk jemaah Islam. 

Mereka juga bangga dengan Putrajaya sebagai sebuah pusat petadbiran kerajaan BN yang mana bangunannya bertemakan binaan Islam. Malah mereka juga melihat bahawa di dalam sistem pentadbiran kerajaan BN jelas ianya amat mesra Islam. Maka tidak hairanlah mereka mahu belajar dari Malaysia bukannya dari orang-orang PAS tetapi dari pemimpin BN. 

Zahzan dan Azhar Idrus bukalah mata anda.

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Sunday, April 28, 2013

Kalau Macam Tu Sesiapa Saja Boleh Jadi Kerajaan


Siapa mahu bersama Tamingsari. Kita buat satu parti. Kita cari 222 orang untuk jadi calon parlimen. Dun tak payahlah. Kita bertanding demi rakyat. Nanti kalau dah menang lantik Tamingsari jadi Perdana Menteri. Kita buat manifesto. Bab manifesto Tamingsari suka sangat kerana ia bukannya janji. Intipati manifesto:

1. Pendidikan super percuma. Rakyat tak perlu bayar apa-apa nak belajar sampai PHD pun boleh. Kolej Swasta lu pikirlah sendiri. Sumber wang mana nak tampung? Adalah... Tunggulah bila kami jadi kerajaan.
2. Nak bagi air percuma terus. Tiada limit. Pakai saja berapa banyak. Industri jangan bising.. ini untuk rumah kediaman saja. 
3. Harga kereta hanya pada RM 1. Semua jenis termasuk Ferari. Cukai dimansuhkan dan kerajaan akan tampung pula subsidi 99% sehingga tinggal baki RM1. RM 1 tu pun, jika buat rayuan mungkin akan diluluskan atas sebab-sebab yang munasabah.
4. Tol akan dimansuhkan 100%. Rakyat boleh gunakan lebuhraya secara percuma. 
5. Bantuan Sara Hidup layak diterima oleh seluruh rakyat Malaysia RM100 sebulan. 
6. Passport percuma.
7. Subsidi untuk barang makanan akan dinaikkan ke 99%. 
8. Minyak akan diturunkan sesaat selepas diumumkan parti Tamingsari menang.

Jika rakyat tanya bagaimana mahu menampung semua belanja tersebut? Tamingsari akan jawab... 

Tunggu bila kami jadi kerajaan, kami akan jelaskan.   

Pilihlah parti Tamingsari... inilah baru mendahulukan rakyat.

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Thursday, April 18, 2013

Bukti DAP Kafir Harbi


PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Monday, April 15, 2013

Bukan Calang Manusia Yang Keluar PKR ... Lu Sape Der?


Pencacai PKR yang buta. Siapa anda mahu dibandingkan dengan mereka yang berada di atas? Lu orang.. Jumpa Anwar pun tak pernah.

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,

Sunday, April 14, 2013

Ramai Orang Melayu Bersikap Seperti Pak Cik B


Pakcik A : Bnyk ye perubahan dn pmbngunn yang dibuat UMNO kpd Malaysia sejak merdeka hingga skrng. 

Pakcik B : eeh... lama sngt umno perintah... dr dulu lg.. kita kena tukar kali ni.... 

Pakcik A : ehhh... UMNO mmg lama perintah... tp pemimpin UMNO sntiasa ditukar sejak dulu dr Tunku smpai ke Najib... itu tanda umno sentiasa ditambahbaik.... 

Pakcik B : (dalam hati)... betul jugak... dlm pas dn dap... pemimpin yg sama dr dulu... entah elok tah tidak... pkr pula satu keluarga dlm parti yg sama... telus ke? 

Pakcik A hnya senyum bila lihat pakcik B baru nk reti memikir...

PAS Bukan Islam
PKR Tidak Adil
DAP Sangat Rasis

Wallahhu'alam

Penulis,