Rabu, 10 November 2010

MB Kedah Lari Dari Sidang Media Apabila Ditanya Mengenai Banjir

Menurut laporan Buletin Utama TV3 10.11.10 hari ini, MB Kedah telah menolak untuk bercakap dan mengulas mengenai banjir. 

Cara dia mengendalikan majlis bersama media dan meninggalkan majlis sungguh mengecewakan dan apa yang dipaparkan oleh TV3 cukup membuktikan bahawa PAS, DAP dan PKR langsung tidak menghormati media. Paparan menunjukkan dia menjawab soalan salah seorang wartawan TV1 dengan cara yang tidak berhemah lalu membebel meninggalkan majlis membuktikan Azizan tidak tahu adab.

Diminta mengulas mengenai banjir oleh wartawan menyebabkan dia naik berang dan mula meninggalkan majlis tersebut. Bagi Taming Sari, dia sepatutnya mengunakan saluran tersebut menjelaskan segala tomahan ke atasnya berikutan dia dan jentera kerajaan Kedah tidak serius membantu mangsa banjir. Jika benar ia adalah tomahan jelaskanlah keadaan sebenar. 

Ini menambahkan lagi kepercayaan rakyat yang MB Kedah ini seorang yang beremosi dan tidak tahu mengawal perasaan. Dia juga seorang yang tidak berprinsip malah lembab dalam menangani isu dan permasalahan yang berlaku di negeri Kedah. 

Hakikatnya, sememangnya rakyat Kedah sudah sedar bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup oleh PAS. Banjir yang melanda mereka telah mengajar siapa sebenarnya serius membantu mereka. 

Taming Sari secara jujurnya amat kecewa dengan tindakan MB Kedah dari PAS ini. Inilah sikap sebenar pembangkang yang tidak profesional. Perkara yang sama sebenarnya pernah dilakukan oleh Lim Guan Eng KM P.Pinang di mana-mana sidang media.

Rakyat nilailah sendiri.

Wallahhualam.

Penulis,

Comments
6 Comments

6 ulasan:

manhaza berkata...

agak2 tamingsari..

kalau dia terang perkara betul/sbnr..tv3,rtm ngn utusan nk siar ke ape yg dia bagitau..

dia sindir la tu..

sbb apa2 brita bkn nk tnya tuan rumah(krjn Kedah) dulu..duk siar dulu baru nk tnya...

sapa lebih tak beradab?

Tamingsari berkata...

At least dia jelaskan dengan baik.

Sy tak rasa TV3 dan TV1 akan manipulasi kenyataan dia.

Dia sebenarnya tak sindir, kejadian di kedah semua org tahu.

PAS malu utk berterus terang.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

manhaza berkata...

emm..kite mungkin xtau ape yg berlaku...

mungkin depa tau depa xdak pluang nk terang..

hanya mereka2 dan Allah yg tau...

kalau dia xbuat kerja Allah tau..

kalau ada pihak lain yg putarbelit crita pun Allah tau..

kite doakan mereka..

Tanpa Nama berkata...

belum ada pengalaman jadi MB, maka menggelebahlah dia. Mana dia fikir negeri yang dikuasai parti PAS yang memperjuangkan hudud, membanteras arak, judi boleh dilanda banjir teruk.

Tanpa Nama berkata...

http://www.facebook.com/note.php?note_id=495062668828&id=100000263140624 baca la kalo nak tahu dengan lebih jelas.. haha.. sebabnya ak sendiri org kedah, n rumah ak pon half tggelam.. so yg diluar sana xperlu la pandai2 cakap kosong..

Tanpa Nama berkata...

"belum ada pengalaman jadi MB, maka menggelebahlah dia. Mana dia fikir negeri yang dikuasai parti PAS yang memperjuangkan hudud, membanteras arak, judi boleh dilanda banjir teruk." bro... please write a comment with your brain not with your feet.. banjir in kedah for every year lah bro.. and once in a 5 years there will be a big float.. and that's may be ujian dari Allah untuk menguji or menaikkan darjat di sisiNya.. and ko ingat kalo ko berjudi, people in Kedah tggung ke? haha Allah maha adil lah bro.. dont be so stupid please..

Berminat Dengan Kisah Seram ??

Terkini Di Ceciter Seram

Carian Artikel

Memuatkan ...
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Senarai Artikel