Selasa, 7 Disember 2010

Benarkah Agong Marah Dengan Demo Air?

Siapa yang melacur Ketuanan Sultan Melayu? Siapa yang melacur keamanan, kesejahteraan dan perpaduan? Siapakah yang dimaksudkan oleh baginda Sultan? Hayatilah titah SPB YDP Agong, Sultan Mizan.

Menurut Utusan Malaysia, Antara intipati SPB YDP Agong bertintah di dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432H peringkat kebangsaan di Putrajaya :
Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam agar mempertahan dan memupuk semangat perpaduan, kasih sayang serta toleransi kaum sebagaimana yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrah Rasulullah.
Seri Paduka bertitah, perpaduan yang telah dibina sekian lama di negara ini, jangan diruntuhkan kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.
“Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama.
“Negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah.
“Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita,” titah Seri Paduka

Apa yang didedahkan oleh TV3 ketika Berita 1.30 Tghari tadi cukup mengambarkan maksud tersirat yang direncana oleh Baginda Sultan lambang ketuanan Melayu ini :
SPB YDP Agong bertitah meminta rakyat mengutamakan perpaduan dan menolak tuntutan yang hanya mementingkan perkara yang berkepentingan kepada kumpulan yang ekstrim.

Penyataan ini seakan baginda melahirkan rasa kesal dengan Pakatan Rakyat yang mencipta huru-hara di K.Lumpur, 5hb baru-baru ini semata-mata mahukan publisiti murahan dan menganggu gugat kestabilan sosial negara bukan sahaja dimata masyarakat Malaysia malah dimata masyarakat dunia.

Ini kerana bukan media Malaysia sahaja menyiarkan demo air yang tiada faedahnya itu, tetapi turut melibatkan media antarabangsa yang akan senantiasa memutar-belitkan fakta dan merosakkan imej negara.

Apa yang dikatakan DS Najib mengenai pembangkang yang anti Nasional itu, tidak boleh disanggah lagi kerana realitinya terpahat kerana niat tersirat mereka lebih busuk dan jahat berbanding niat yang diterjemahkannya kononnya membela nasib rakyat.

Tetapi rakyat bukan bodoh, kerana isu air adalah isu negeri Selangor dan kerajaan Pakatan haram Selangorlah wajib menyelesaikannya sendiri. Bukan dengan cara berdemo di KL. 

Jadi, apa yang dititahkan oleh Baginda Sultan, mengterjemahkan rasa tidak puas hatinya dengan Pakatan Rakyat yang lebih sudu dari kuah bagaikan anjing menyalak bukit.

Pakatan sudahlah menolak Ketuanan Melayu walhal ketuanan Melayu yang diperjuangkan di dalam arus perdana, adalah Ketuanan raja-raja Melayu dan ketuanan Melayu di dalam kerajaan. Masakan SBP YDP Agong, memihak kepada mereka kerana kedudukan YDP Agong itu sendiripun mereka tidak hormati.

Wallahhualam.

Penulis,



Tiada ulasan:

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif