Khamis, 23 Disember 2010

Indonesia Ugut Boikot Bermain Final AFF Suzuki


Taming Sari : Belum lagi perlawanan akhir ini bermula, sudah pelbagai isu dimainkan oleh kedua-dua pasukan dan paling banyak mencipta provokasi adalah dari Indonesia. Malaysia dan Indonesia sememangnya tidak pernah lari dari kontroversi dan paling terbaru sekali adalah provokasi kumpulan Bendera dari Indonesia yang protes kepada kerajaan Malaysia sehingga sanggup membaling najis ke kedutaan Malaysia di Indonesia serta sanggup membakar jalur gemilang, bendera Malaysia.

Khabarnya, media di sana begitu ekstrim membawa cerita-cerita buruk kepada pasukan Malaysia sekejam mereka membawa cerita buruk mengenai politik dan isu semasa di Malaysia yang dikhabarkan sebagai anti-Indonesia. Media disana pernah mendedahkan bahawa pasukan Vietnam yang dikalahkan Malaysia hanya pasukan yang lemah. 

Hari ini, lain pula kisahnnya apabila media Indonesia mengatakan pula bahawa pemain Vietnam kalah akibat terganggu dengan pancaran leser dari para penyokong Malaysia. Jadi, pasukan Indonesia bertindak mengugut untuk tidak meneruskan perlawanan jika ada penyokong Malaysia yang melakukan perkara yang sama di Bukit Jalil pada hari Ahad ini. 

Di dalam Utusan Malaysia hari ini, kisahnya lebih menarik. Peperangan antara penyokong Malaysia dan Indonesia tercetus di Youtube. Penyokong Malaysia memperlihatkan ketidakpuasan hati mereka kerana Indonesia dibarisi dua pemain import yang jelas tidak asli. Anda boleh bacanya di sini

Jika ini semua yang dilakukan Indonesia semata mahu melemahkan semangat juang pemain Malaysia, mereka sebenarnya silap kerana pemain Malaysia yang pernah diperkecilkan kemampuan mereka oleh Vietnam membuktikan mereka lebih bijak mengatur strategi dari amukan bodoh tanpa formasi rapi.  

Persoalannya, jika Indonesia kalah di perlawanan akhir ini, adakah penyokong mereka akan membakar jalur gemilang?
___________________________________________________________________


Pihak media di Indonesia mungkin mahu sengaja mensensasikan berita berhubung pemboikotan tersebut apabila mereka memetik komen daripada Ketua Umum PSSI, Nurdin Halid ketika pertemuan dengan media di Pejabat PSSI di Senayan, Jakarta kelmarin. Nurdin dipetik sebagai berkata pada pertemuan tersebut: “Soal sinar laser pernah dikeluhkan jurulatih Vietnam kerana ia berbahaya jika terkena mata secara berlebihan.

“Jika itu terjadi lagi, kami akan memboikot pertandingan. Pasukan kami akan terus menghentikan permainan.” Namun, dakwaan Nurdin ini agak keterlaluan sekali gus disensasikan oleh media Indonesia. Apalah sangat pada sinar laser, dan tidak mungkin ia boleh menjejaskan rentak permainan seseorang pemain itu.

Indonesia seharusnya tidak perlu membuat helah seperti itu, sebaliknya berterima kasih kerana terlalu diberi keistimewaan sepanjang kejohanan ini. Mereka beraksi di tempat sendiri sehingga ke perlawanan separuh akhir berbanding pasukan lain.

Ancaman untuk memboikot hanya disebabkan sinaran laser, membuktikan betapa pengecutnya mereka untuk beraksi di gelanggang lawan. Indonesia boleh dianggap bernasib baik melangkah ke final kerana dua perlawanan separuh akhir dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Jakarta ekoran masalah stadium dihadapi lawan mereka, Filipina.

Sepatutnya, aksi kedua separuh akhir antara Indonesia dengan Filipina itu diadakan di gelanggang berkecuali sama ada di Singapura atau di Kuala Lumpur. Indonesia tidak perlu membuat sebarang helah menjelang perlawanan akhir pertama ini kerana mereka sudah terlalu banyak mendapat keistimewaan sepanjang kejohanan ini.
____________________________________________________________

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemain harus melakukan satu perkara iaitu apabila berada di dalam gelanggang sukan, mereka perlu beranggapan bahawa mereka sebenarnya berada di tempat yang terasing dari dunia luar dan oleh itu seteru mereka bukanlah para penyokong lawan yang berada di luar gelanggang tetapi 11 pemain lawan yang berada di dalam gelanggang yang sama.

Meskipun di luar gelanggang kekuatan lawan disokong oleh 230 juta rakyat Indonesia yang bertempik, bersorak dan mengherdik namun fokus harus diberikan pada 11 pemain Indon yang berada di dalam gelanggang tetapi bukan para penyokong yang berada di luar gelanggang.

Ini bermakna, dalam gelanggang bola sepak, sekuat mana sokongan moral yang di terima oleh pihak lawan atau sebanyak mana gangguan yang diberikan oleh penyokong lawan, faktor utama yang menentukan kemenangan ialah keupayaan sendiri versus keupayaan lawan.

Oleh itu kita ingin melihat para pemain akan membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap corak dan strategi para penyokong lawan sebaliknya fokuskan sepenuh jiwa dan raga terhadap rentak dan lenggok permainan yand dipamerkan oleh 11 pemain lawan yang berada di atas padang. Selamat mencuba.

Chinglot

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)