Jumaat, 24 Disember 2010

Kemalangan Ngeri Di Kok Lanas Semalam Bukti Sengsaranya Penguna Jalanraya K.Bharu - Kuala Krai

Tragis, keadaan mangsa yang digilis dan dihempap lori pasir ini menterjemahkan rasa kesal penguna jalanrraya di sini.

Jika anda mengunakan jalan raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai dari kedua-dua arah, pastinya anda tidak akan nampak dimana keselesaannya. Jalan yang berlopak, berlubang, tidak rata, garisan putih tidak jelas, tiada penyelenggaraan, tiada flyover, banyak lampu isyarat dan paling membahayakan ia berhampiran rumah dan kedai. Menurut kenyataan dari beberapa orang penduduk sekitar, usia jalan tersebut sudah hampir 30 tahun dalm tempoh itu tiada sebarang projek pembesaran jalan walaupun ia adalah jalan utama menghubungkan Kota Bharu, Machang dan Kuala Krai. 30 tahun dulu, kenderaan tidak sebanyak sekarang.

Laluan ini juga adalah jalan utama penduduk Kota Bharu daerah sekitar untuk ke Kuala Lumpur dan merupakan nadi penting mobiliti jentera ekonomi. Anda bayangkanlah, lori tanah, lori pasir dan segala jenis kenderaan berat melalui jalan yang turut digunakan oleh kenderaan awam, motorsikal, basikal, teksi tua dan paling merisaukan kanak-kanak sekolah yang berbasikal. Kepada Ambulans lah paling dikasihani kerana terpaksa berkali-kali membunyikan hon dan mengunakan pembesar suara apabila terdesak membawa pesakit ke hospital Kota Bharu.

Keadaan menjadi begitu sukar akibat kesesakan terlampau berlaku apabila tiba waktu puncak iaitu waktu pagi dan petang dimana mobiliti penduduk berlaku dari rumah ke tempat kerja, perniagaan dan sekolah. Ia makin bertambah buruk apabila lori dan kenderaan berat lain turut mengisi barisan kenderaan dan kerap menjadi punca kesesakan. Punca kesesakan juga berlaku akibat dari pemandu teksi uzur yang juga membawa teksi yang uzur menyusur jalan yang sama mencari penumpang. Kenderaan awam pula di letak sesuka hati di bahu jalan kerana kedai makan hanya kurang 1 meter dari jalan raya. Maka, bagi pemandu yang tidak sabar, mereka memilih untuk memotong kiri dan memandu secara melulu. 

Jadi tidak hairanlah boleh dikatakan setiap minggu, pasti akan ada yang terkorban di jalan ini dan paling terbaru dua anak beranak yang mati digilis lori pasir sebaik sahaja pulang dari sekolah untuk mengambil keputusan PMR. Sangat menyedihkan kerana dikawasan yang sama sudah begitu banyak kemalangan sebelum ini. Baca sini.

Jalan raya adalah kemudahan asas utama yang perlu difikirkan bersama oleh kerajaan pusat dan negeri. Kerajaan pusat perlu efisyen memikirkan peruntukan untuk menyelesaikan masalah penguna jalan raya di sini kerana mereka juga adalah pembayar cukai jalan. Kerajaan negeri perlu aktif mendesak kerajaan persekutuan bagi meyediakan peruntukan menaiktaraf jalan raya ini serta membantu kontraktor yang dilantik  bagi memujuk penduduk dalam mendapatkan hak tanah untuk pembangunan jalan. Di kala ini, tolaklah ideologi politik dan dahulukan kepentingan rakyat. Janganlah asyik berpeluk tubuh dan sibuk makan gaji ADUN sahaja.

Jika kita menjelajah ke negari-negeri lain, kebanyakkan jalan-jalan utama seperti ini sudah dinaiktaraf kepada dua laluan khas untuk kenderaan berat. Jika Kelantan terus diselumbungi masalah jalan raya, sampai bila pun pelancong samaada tempatan atau luar negara muak untuk ke negeri ini kerana hadir ke sini bukannya boleh mengurangkan stress malah menambahkan lagi tekanan perasaan hanya kerana keadaan jalan yang teruk, sikap penguna jalan raya lain yang biadap dan kenderaan yang banyak di jalan raya.

Dikala ini, ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke luar apabila pulang ke kampung halaman mengeluh, alangkah nikmatnya sebuah lebuhraya yang tidak pernah terimpipun akan dibuat di Kelantan.

Wallahhualam.

Penulis,

7 ulasan:

KERIS HITAM BERSEPUH EMAS berkata...

INI PUN NAK DIPOLITIKKAN. DAH TAK ADA BAHAN LAIN KE.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kena kat batang hidung sendiri komplen politikkan la apa la...

Tamingsari berkata...

Isu politik?

Ini isu setempat, nak harap PAS usulkan, tah bila le nk mengaku yg pas tak buat kerja...

kesian kepada rakyat Kelantan...

Tanpa Nama berkata...

jalan nie jalan persekutuan la....so kerajaan persekutuan x buat kerja la...mcm nie

waris dato' hj alwi berkata...

dlm bajet rmk-10, dah dinyatakan jalan dr kuala krai ke kota bharu akan dibesarkan. ia nya secara berperingkat-peringkat. mungkin encik tamingsari blum pernah melalui jalan tersebut. sepanjang saya membesar di sana, da bnyk perubahan pada jalan tersebut. itu kali pertama kemalangan berlaku di sana.

Tamingsari berkata...

Waris Dato Hj Alwi?

Mungkin anda hanya menyamar dan tidak pernah guna jalan itu juge...

Untuk pengetahuan, tuan saya ulang alik guna jalan tersebut setiap hari...

Sy sudah menyelami hati penguna jalan di situ kerana sy sendiri penguna jalan itu.

Anda berbohong kerana kata pertama kali berlaku kemalangan disitu sedangkan anda pergilah bertanya sendiri dgn penduduk berhampiran dalam seminggu berapa kemalangan berlaku?

Jangan nak bela kerajaan PAS anda yang pemalas itu

Tanpa Nama berkata...

Alaa... Penulis melebih lebih la pulak. Dah tu yg dlm berita tv1/tv3 tunjuk kemalangan ngeri di lebuhraya kat KL tu bukan kemalangan ke? Ooo... Mungkin tgh shooting filem agaknya.

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)