Khamis, 9 Disember 2010

Lagak Penjenayah Aminulrasyid Mengaburi Mata Polis Peronda


Keluarga arwah Aminulrasyid, remaja yang ditembak polis sama sahaja perangai mereka dengan Anwar dan kuncu-kuncunya. Memburukkan polis tanpa sebab musabab dan ternyata inkues yang diminta untuk menyiasat kes anak mereka yang ditembak itu tidak diperlukan lagi kerana fakta kes membuktikan anak mereka bersalah.

Biarpun mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan, tetapi penjelasan dari beberapa orang anggota polis yang menjadi saksi kepada tertuduh, Koperal Jenain Subi yang menembak Aminulrasyid menjelaskan keadaan sebenar situasi yang berlaku :
Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini diberitahu bahawa Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak di kepala, bukan sahaja ingkar arahan polis supaya memberhentikan kereta yang dipandu, malah bertindak menghimpit kereta peronda polis sehingga hampir terbabas di tepi jalan.
Konstabel Mohd Izham Mahayadin yang bertugas di cawangan kereta peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Seksyen 11 di sini, berkata beliau telah memberi arahan kepada pemandu Proton Iswara putih bernombor pendaftaran BET 5023 supaya memberhentikan kenderaan di tepi jalan tetapi pemandu kereta itu enggan berbuat demikian malah meningkatkan kelajuan pemanduannya.
"Kereta Iswara itu memintas kami dalam keadaan laju di Persiaran Dato' Menteri berhampiran dengan Kompleks PKNS dan pemandu kereta peronda Koperal Azhar Hashim terus kejar kereta Iswara setelah memberitahu kereta itu telah langgar lampu isyarat merah.
"Azhar telah pasang siren dan lampu beacon manakala saya telah keluarkan arahan melalui mikrofon di kereta peronda kira-kira tiga kali supaya pemandu kereta Iswara itu perlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan tetapi tidak ada tanda untuk berhenti malah nampak semakin laju," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.
Saksi ke-28 pendakwaan itu berkata setelah kereta Iswara itu enggan berhenti, beliau dan Azhar terus mengejar kenderaan tersebut sehingga berlaku himpit-menghimpit antara mereka di Persiaran Masjid.
"Ketika kereta kami cuba memintas ke arah kanan kereta Iswara, kereta itu menghimpit kami supaya kami tidak dapat memotongnya dan perkara itu berlaku kira-kira tiga kali. Ada ketika kereta peronda kami hampir terbabas naik ke pembahagi jalan," katanya sambil menambah beliau turut meminta bantuan daripada kereta peronda polis lain yang berada berhampiran.
Seterusnya, Mohd Izham berkata tiba di simpang empat lampu isyarat berhadapan dengan Hotel Concorde di Seksyen 9, kereta Iswara tersebut sekali lagi melanggar lampu isyarat merah dan membelok masuk ke Persiaran Kayangan di mana sebuah lagi kereta peronda polis dilihat turut mengejar kereta Iswara tersebut.
Saksi itu berkata ketika di Persiaran Kayangan, kedua-dua kereta peronda tersebut beberapa kali cuba memintas kereta Iswara itu namun gagal sehinggalah mereka tiba di Bulatan Kayangan di mana kereta Iswara tersebut sekali lagi gagal berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah.
"Di Bulatan Kayangan, kedua-dua kereta peronda dalam keadaan bersaing di kiri dan kanan di belakang kereta Iswara itu. Apabila kami cuba menghimpit, kereta Iswara itu menghimpit kembali menyebabkan kereta peronda hampir terbabas.
"Ketika kereta peronda saya berada di belah kanan kereta Iswara itu, saya telah keluarkan separuh badan saya dan lepaskan tembakan ke arah tayar kanan belakang kereta itu. Saya tidak pasti berapa das tembakan saya lepaskan tetapi selepas saya pulangkan semula senjata kepada stor persenjataan barulah saya dimaklumkan 10 butir peluru telah digunakan semasa tembakan itu," katanya.

Kalau andalah pembaca sekalian berada ditempat polis tersebut, mengikut prosedur yang ditetapkan, anda pasti akan melakukan perkara yang sama. 

Di dalam waktu dinihari pukul 3.00 pagi itu, Aminulrasyid mungkin tidak sedar yang tindakannya itu sudah mencabar polis kerana meniru lagak seorang penjenayah. Baginya, dia mahu lari dari sekatan polis kerana dia memandu tidak berlesen manakala, polis pula menyangka, yang memandu secara melulu dan membahayakan itu adalah penjenayah yang mahu lari dari polis selepas merompak atau membunuh. Masakan polis terfikir kereta itu dipandu orang awam biasa atau remaja bawah umur kerana di waktu sebegitu hanya penjenayah sahaja beraksi. Akhirnya, kesalahfahaman jugalah mendatangkan impak seperti itu. Yang rugi, keluarga Aminulrasyid sendiri. Yang merana keluarga polis yang didakwa.

Bagi Tamingsari, polis sudah melaksanakan tangungjawab mereka, dan yang gagal dalam menjalankan tangungjawab adalah ibu bapa Aminulrasyid itu sendiri. Dalam posting terdahulu, Taming Sari mencadangkan polis mendakwa pula ibu bapa Aminulrasyid kerana gagal mengawal anak mereka sehingga menganggu tugas polis.


Peguam Aminulrasyid, yang ditengah-tengah tu bukannya pembaca tak kenal. Dia kan peguam Anwar, orang meliwat pun dia boleh bela, inikan pula nak burukkan imej polis. Sah dia nie pro PKR dan suka sangat memburukkan polis.

Jangan diberi muka kepada spesis Anwar ini yang tidak habis-habis menyusahkan pihak keselamatan.

Wallahhualam.

Penulis,

9 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Kesalahan Aminurashid;
1.Tiada lesen memandu kerana umur 15 tahun
2.Pandu kereta laju n berbahaya
3.Langgar 2 motor orang awam
4.Langgar kereta peronda polis
5.Langgar lampu-lampu isyarat hingga membahayakan pemandu lain
6.Tidak memberhentikan kenderaan wp diminta polis berkali-kali - engkar peraturan-nak spin brek rosak?

kesalahan ibu bapa/penjaga
1.Membenarkan anak bawah umur merayau jam 3 pagi - kalau suruh beli barang kenapa tak pergi sendiri?
2.Membenarkan kereta mereka digunakan (mungkin mangsa mencuri kunci - sapa yg ajar mencuri?)
3.Ibu bapa Aminurasid perlu menghadapi saman dari polis dan orang awam atas kesalahan kerosakan harta benda awam dan mendatangkan bahaya kepada hak asasi awam.

Bawak parang soal lain pulak. Kalau Teman jadi polis masa tu, Teman pun tembak si malaun nih.

Tanpa Nama berkata...

Macam kisah Anak-Ku Sazali versi moden.

getah lastik berkata...

tahniah polis.anda telah bertindak tepat.penjenayah memang begitu lah hukumannya.kalau bukan penjenayah takkan begitu skali tindakan budak tu(lari bila dikejar polis).biarkan lah loyar setan tu memburuk2kan polis yang penting polis telah menjalankan tugasnya dengan betul.

Tanpa Nama berkata...

kalo aku jadi Polis pun aku tembak dua-dua sekali .... mak bapak gagal mendidik orang lain pulak jadi mangsa .... haram jadah yang puak pembangkang pun macam pikumak melalak mengalahkan anjing...

Tanpa Nama berkata...

kesalahan paling utama ibu/bapa dan keluarga aminurashid seperti berikiut:
1.bagi ibu/bapa ialah pandai buat anak tapi tak pandai mendidik(pandai membesarkan tak bermakna pandai mendidik)
2.kesalahan keluarga adalah kerana membenarkan simati memandu sedangkan dah tahu simati tak ada lesen memandu.
3.pemilik kereta yang terlibat memang sial dan layak mampos dari hidup tapi menyusahkan orang.
4.kawan yang bersama simati sepatutnya mati bersama supaya polis senang buat kerja sebab besar kemungkinan dia ini akan jadi perompak dimasa hadapan.
satu cadangan...polis harus mendakwa keluarga simati kerana mereka ini adalah orang2 yang gagal mendidik anak2 dan melahirkan penjenayah.

Tanpa Nama berkata...

inilah mak bapak malaysia (PKR) sekarang, nak tunjuk sayangkan anaklah konon, kalau sayang kenapa biarkannya keluar merempit jam 3.00 pagi?. Dah kena, nak salahkan polis, nasib baik tak langgar orang ramai, kalau tak, nak salahkan orang ramai pulak ke?
jenis MAK/BAPAK MACAM NI ADA 4,5 EKOR KAT TEMPAT AKU, DAH TU PENYOKONG TEGAR PKR LAK TU.

Tanpa Nama berkata...

Biar mati anak, jangan mati adat

Yang penting keselamatan orang awam dan kesejahteraan awam - bukankah itu falsafah penting masyarakat - biar mati anak jangan mati adat.

PDRM harus teruskan memperkuatkuasakan undang-undang. Jika mana-mana orang beranggapan dia berhak memandu kereta sekuat hatinya tanpa lesen,langgar lampu merah, himpit dan langgar sesuka hati tanpa hiraukan keselamatan orang lain dan tugas murni PDRM, engkar arahan berhenti dan tidak hormat PDRM - apa jenis orang begini?

Mungkin pada setiap kejadian ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui. Dalam kisah dalam al-quran, dimana seorang yang soleh bernama khidir dengan Nabi Musa alaihisalam, sukar bagi nabi Musa alaihisalam menahan syarat pembelajarannya dengan tok gurunya yang `membunuh' seorang budak. Khidir seorang yang soleh sebenarnya bertindak atas arahan kerana lebih baik budak itu mati semasa kecilnya kerana jika besar kelak, kerana sayangnya orang tuanya yang soleh pada anak itu, anak itu akan memesongkan akidah bapanya. Orang tuanya itu adalah orang yang soleh. Kematian budak itu sebenarnya baik untuk orang tua itu dan budak itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

korang ni bercakap mcm besarkan politik dari nyawa je??kalau ye pun die bwk kereta kelam kabut pun..patut ke ditembak??parang yang dijumpai berkilat lg...mungkin parang baru beli untuk lepaskan kes??aku xsokong sesiapa..apa perasaan korang kalau anak korang kena tembak mati...korang mcm la xpernah bawak kereta xde lesen n gi lepak minum kt mamak kul 3 pagi...kalau kalau korg kene tembak?mak korang xkan senyum kot..ckp pakai akal mat...bukan pakai pemikiran politik...logik ke ko nak hentikan org bt kesalahan lalu lintas kena tembak kereta tu?sedangkan nombor pendaftaran kereta tu bukan ada dalam senarai dikehendaki polis?jgn sibuk mengwar2kan hal kerajaan ni..semua yang disiarkan di media tu btol ke leh pcaya?polis bro...semua die boleh kasi tukar...mcm xfaham plak..

Tamingsari berkata...

Wahai Anon di atas,

Dangkalnya pemikiran anda kerana gagal membezakan analisis politik dan lojik.

Soal no.plat bukan alasan utk menilai perlu tembak atau tidak, ini soal gaya pemanduan ala penjenayah... polis tiada pilihan.

Mungkin ko yg pernah memandu tanpa lesen. Jgn heret orang lain sama.

Apa perasaan ko pula kalo polis yang tembak tu bapa ko? Dia buat kerja dngn amanah tetiba disabitkan kesalahan.... ko Senyum ke?

Soal parang lagi tak lojik nak kata polis tu yang letak, ada bukti ke? takkan dengan secepat itu?

Ada otak pikir le anon... Jgn komen membuta tuli menampakkan kebodohan...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)