Rabu, 22 Disember 2010

Lagi Seorang Naib Presiden PAS Yang Cakap Ikut Sedap Mulut !!

Kalau keluar dari mulut puak PAS ini mengenai ekonomi negara, anda gelakkan sahaja kerana pakar ekonomi rujukan mereka hanya lah Anwar Peliwat, Saipudin Tion Muka Lekuk, dan Mahfuz Bean. Tiga ekor itu, langsung tiada kelulusan ekonomi. 

Kritikan DS Najib dan TS Muhyiddin ke atas janji Mat Jenin Pakatan Haram hari ini dibidas lagi oleh seorang Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut kenyataannya yang dipaparkan oleh Haprakdaily :
"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.
"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.
"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
"Di Kedah, ketelusan pengurusan kewangan negeri menyebabkan hasil balak meningkat daripada RM7 juta zaman BN kepada RM35 juta dibawah pemerintahan Pakatan.
"Di Pulau Pinang, bajet negeri berlebih sebanyak RM77 juta pada tahun 2009 dan RM88 juta pada tahun 2008 dalam keadaan negeri dibawah BN difisit teruk dalam perbelanjaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Rakyat perlu menilai segala apa yang ditomahkan oleh pemimpin PAS ini secara terperinci agar tidak ditipu bulat-bulat oleh mereka. Membandingkan dengan pemberian kepada guru RM500 sebulan dengan pembinaan menara warisan dan pembelian kapal selam adalah satu perbandingan bahalul yang dilakukan oleh mereka. Perlu diingat, Menara Warisan Merdeka, satu sen pun kos pembinaannya tidak melibatkan wang kerajaan kerana ia adalah projek 100 peratus diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Seperti mana yang dikatakan oleh TS Muhyiddin, untuk memberi elaun khas RM500 kepada guru jelas hanya akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan sekaligus akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam pendapatan kakitangan awam lain. Maka rontaan dari penjawat awam lain bakal berlaku jika hanya guru sahaja diberikan elaun khas. Jika semua diturutkan, belanjawan negara bakal defisit teruk dan negara akan bangkrap. Persoalannya mengapa guru yang diutamakan? 

Sudah pastilah kerana sekarang ini terlalu ramai guru yang berpaling menyokong pembangkang kerana jiwa mereka kotor dek kerana kurangnya rasa syukur dengan apa yang sudah mereka miliki sekarang. Guru-gurulah harapan Pakatan Haram untuk mengundi mereka dan menjadi nadi menghebahkan kepada anak murid di sekolah serta menyebarkan kepada masyarakat sekitar ideologi Pakatan Haram. Status guru dimata anak murid dan masyarakat bukankah tinggi dan dihormati. Kesempatan ini perlu digunakan sebaik mungkin dengan mengumpan elaun khas yang hanya tipu muslihat sebelum mendapat mandat pemerintahan.

Dengan angka yang direka-reka mahu menunjukkan kerajaan P.Pinang dan Kedah memiliki lebihan belanja membuktikan bahawa Pakatan Haram sudah terlalu terdesak. Anda perhatikan angka lebihan pendapatan P.Pinang yang sungguh meragukan itu kerana angka yang disebutkan bagaikan hanya sebutan rekaan semata-mata. Anda lihatlah negeri P.Pinang sebenar yang sekarang ini penuh dengan kesukaran ekonomi. Golongan kontraktor merungut tiada projek dan paling terasa adalah kontraktor Melayu. Golongan peniaga juga merungut perniagaan mereka kurang maju dan paling terasa kesengsaraan itu adalah peniaga Melayu. Bil air isi rumah meningkat dan keuntungan Syarikat Bekalan Air P.Pinang jatuh mendadak sejak Pakatan Haram memerintah di sana. Di mana lebihan belanja yang disebutkan oleh Tuan Ibrahim tersebut? 

Paling tidak boleh diterima akal, semua sembilan perkara yang mereka gariskan itu akan mereka lunaskan selama 100 hari sahaja. Realitinya tidak akan mampu dilakukan. 

Ingat pembaca sekalian, Pakatan Haram pernah menipu kita dengan janji 16 September menuju Putrajaya, mahukah anda ditipu buat kali kedua? Orang yang bijak adalah orang yang belajar dari sejarah dan kesilapan lalu.

Wallahhualam.

Penulis,

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau bukan bodo bukan pas namanya....

suruh setatt ni belajo integration by part dulu baru ada kredibiliti nak komen.

Tanpa Nama berkata...

Muka ostat tu macam lepas dari bejubo
jer....maas l nak komn ostat ni mka langsung tak ada ekonomik value

usin berkata...

ostat ni kalo ngajo agama tanpa sentuh bab politik memang best gila. tgh mlmpun konpom mata x ngantuk teman dengornya. tp bila dh tergelincir masuk bab politik bila bersyarah, mula la teman rasa seram sejuk, rasa mcm ada org geletek kt perut teman. nsk ketawa sgt2. mana taknya, nombor2 yg dia sebut tu dia main hentam je... aci sebut je dia ni. dah la ostat, teman lebih suka dengo ostat ngajo agama je kt semejid di jengka ni. ngajo agama xlah dpt dosa mengumpat, dpt pahala berganda2 lg. ngajo agama campur politik tu bnyak pitnahnya ostat. duniawi je tu. moh kita....

cermin2mirror berkata...

Saya seronok bila dengar orang PAS memberi ceramah..betul..tak tipu.

Ada di selitkan lawak,ada mengata,ada mengutuk,ada caci mencaci,ada tuduh sana ,tuduh sini,org ni x betul,org tu tak betul..mxcm2 la..hebat dan mmg best dengar..Tak tipu..asyik sgt2.

Tapi bila masuk bab ekonomi,fakta dan figure tah apa2..mengarut..

saya tau ramai ahli2 yg berpelajaran dalam PAS,tapi rasa nya kalau cakap pasal facts,pendengar tak ramai..pakat balik habis..

jadi,untuk nak menyedapkan cakap,masuk lah unsur2 mengutuk..ini kesukaan orang melayu kannnnn..ramailah yg bertenggek dan ternganga mendengar..nak sedap lagii..ada mangkuk nasi tambah kat belakang..jadi tukang angguk..rakyat tukang tepuk..hancurrrrrrrrrrr..

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif