Selasa, 14 Disember 2010

Lebih 3000 Orang Terpedaya Skim Cepat Kaya


Menurut Kenyatan T. Murugiah (gambar atas) di dalam Utusan Malaysia hari ini :
Kerana terpedaya dengan janji pendapatan yang lumayan dalam tempoh singkat melalui pelbagai skim pelaburan, lebih 3,000 orang kerugian berjuta-juta ringgit dalam masa enam bulan lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, kes terbaru yang dilaporkan ialah RM40,000 untuk perniagaan rumpai laut menggunakan mesin serba guna, Mat Kiosk yang menjanjikan pulangan sebanyak RM2,000 setiap bulan.
“Syarikat terbabit telah membayar RM2,000 selama tiga bulan seperti yang dijanjikan dan selepas itu gulung tikar, hilangkan diri dan akhirnya mangsa-mangsa yang terlibat dalam pelaburan ini menderita dengan kerugian lebih RM100 juta,” katanya pada sidang media aduan Skim Cepat Kaya di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.
Katanya, syarikat tersebut telah mendapatkan pinjaman daripada pihak bank untuk mendapatkan mesin yang diimport dari luar negara dan selepas kejadian itu, mereka menghilangkan diri dengan mesin tersebut sekali.
Justeru, beliau meminta orang ramai menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk mendapatkan nasihat melabur seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Bank Negara dan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

Taming Sari : Hati-hati dengan skim cepat kaya di internet. MLM yang merapu-rapu juga tidak ada bezanya dengan perkara di atas. Ramai sebenarnya sudah tertipu kerana terpengaruh dengan pendapatan lumayan yang ditawarkan.

Mereka yang terdesak, janganlah sampai tertipu dengan semua itu.

Ingat, tidak ada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah semudah memetik jari. Usaha lebih penting. Kalau nak kaya cepat, buatlah seperti mereka, cipta satu skim cepat kaya. Maka cepatlah ada yang cipta tu kaya. Yang join makan hati sahajalah.

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif