Selasa, 28 Disember 2010

Mengejar Ranking Alexa Budaya Baru Blogger?


Taming Sari sengaja menulis posting ini semata mahu mengulas kenyataan seorang blogger yang menyatakan blogger yang mengejar ranking alexa adalah beruk. Satu tuduhan melampau yang berunsur kepada kepentingan peribadi dan bukan komuniti.

Bagi Taming Sari, Alexa ranking adalah salah satu alat pengukur kepada prestasi blogger itu sendiri. Makin baik kedudukan blog seseorang bermakna semakin popular blog tersebut di kalangan pelayar internet dan pembaca blog. Popular dalam erti kata, blog tersebut memiliki traffik atau pembaca yang ramai. Jika blogger itu sensitif kepada kedudukan blognya, apabila melihat ranking blognya semakin baik, ia akan menambah motivasi kepada bloggger tersebut untuk terus menulis dan terus menulis dan terus menulis bersesuaian dengan tema blog-nya. Begitu juga sebaliknya, apabila dia melihat blognya jatuh ranking, dia akan berusaha memperbaiki rankingnya dengan cara terus menerus menghantar artikel ke blognya. Sekarang ini, blogger lebih mudah menilai blog mereka kerana ada blog yang khusus meninjau kedudukan ranking blog di Malaysia khusus untuk blog berunsur politik. Klik sini.

Apa kebaikannya apabila sesebuah blog itu memiliki ranking yang baik dan trafik yang ramai? Mengapa blog pembangkang begitu mementingkan soal penambahan traffik dan penambahbaikan ranking? Kepada blogger politik dan pro kerajaan, sudah pastilah ia adalah satu peluang yang baik bagi mereka untuk terus menerus menyampaikan wadah perjuangan sebenar kepada lebih ramai pembaca. 

Jika anda seorang penulis yang baik, tidak copy and paste artikel orang, tetapi blog anda tiada kekuatan trafik, anda hanya syok sendiri dan tidak membawa faedah kepada sesiapa. Biarlah anda seorang blogger yang suka copy and paste tetapi menyalin artikel ditempat yang tidak melarang plagiat dan artikel yang disalin itu dari sumber yang tepat dan isi yang baik serta memberi kredit sebagai sumber rujukan, apalah salahnya anda lakukan sedemikian jika blog anda sudah memiliki status-qo yang baik dalam ranking alexa. Persoalannya, salahkah budaya ini diamalkan dan adakah blogger baru turut berpeluang menambahkan trafiknya?

Dalam dunia blogger, tidak ada istilah blogger otai atau blogger baru. Setiap orang ada hak untuk menulis dan yang paling penting di sini adalah apa tujuan kita menulis? Kerana nama, kerana harta atau tujuan lain. Kepada blogger yang tidak berbayar seperti Taming Sari dan ramai rakan-rakan seperjuangan, kita menulis demi mempertahankan survival Melayu dan Islam di Malaysia ini. Bukan seperti blogger pembangkang, yang terkongkong dalam menjilat parti ketaksuban mereka.

Bersama-sama di dalam komuniti blogger yang disepakati terutama Blogger Pembela Negara, BPN adalah salah satu cara kepada blogger baru meningkatkan trafiknya. BPN ditubuhkan pada tahun 2008 dan hanya hangat membara tidak sampai 1 tahun. BPN mempersetujui, penyatuan blogger ini bukan atas dasar mahu mempertahankan survival politik UMNO dan BN tetapi BPN khas untuk mempertahankan survival orang Melayu dan Islam dari sebarang ancaman samaada dari dalam selimut atau luar. Kini banyak blog yang hanya meletakkan gambar logo BPN sahaja tetapi asas perjuangan BPN tidak lagi diperhalusi. Paling penting, perlukah BPN hanya dijadikan sejarah dan sumber peringatan? Mengapa ia tidak diperhangatkan semula?

Ada blogger lama yang kononnya pengasas BPN berlagak mengaku otai sedangkan pengasas utamanya Panglima Perang Cyber langsung tidak berkata apa-apa. Dia kononnya bertindak sebagai pemerhati dan memberi ruang kepada blogger baru menulis dan menonjol. Kenyataan ini langung tidak boleh diterima pakai kerana setiap orang berhak menulis dan terus menulis serta tidak perlukan pemerhati. Jika anda rasa anda sudah tidak mahu menulis, terus berhenti dan jangan sibuk melabelkan blogger itu, blogger ini dengan macam-macam gelaran. 

Apa yang penting di sini, atas tujuan apa kita menulis? Menulislah dengan jujur dan ikhlas tanpa perlu meminta-minta. Berusahalah naikkan trafik blog anda kerana dengan cara itu sahaja, penulisan anda akan dibaca oleh ramai orang. Biar apa pun motif anda, ia akan sampai jua ke pengetahuan pembaca. Buang sifat syok sendiri dan merasa diri anda bagus. Sama-samalah kita insafi diri.

Wallahhualam.

Penulis,


1 ulasan:

Seri Bahasa berkata...

sayang sekali dari segi pemahaman Alexa Rank dan PageRank, blogger kita terutama yang baru jauh sekali tertinggal jika dibandingkan dari blogger negara jiran.

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)