Jumaat, 24 Disember 2010

Para Guru, Anda Bodoh Jika Percaya Kata-Kata Manusia Hina ini!!

Guru, anda seorang yang dipandang mulia atas ilmu anda, janganlah mudah diperbodohkan oleh manusia rakuskan kuasa seperti Anwar.

Anwar hari ini begitu optimis mahu melaksanakan juga pemberian RM500 sebulan, elaun khas kepada golongan pendidik jika Pakatan Haram memerintah selepas PRU13. Anwar telah memutarbelitkan kenyataan TS Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran yang mengatakan negara akan muflis jika perkara yang Anwar bangkitkan itu dilaksanakan. 

Perangai manusia ini persis watak joker dalam filem The Dark Night

Anwar menyifatkan :
Menurut Anwar, imbuhan khas pendidik itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.
"Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno/BN.
"Kos perbelanjaan semua lawatan perdana menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 guru.
"Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan," katanya.
Selain itu, tambahnya, pembaziran Umno/BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010, boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.
"Ini belum lagi pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni
yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.
"Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno/BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini," katanya.
Sumber : Portal Pengampu 

Para pembaca jangan terpedaya dengan belanja lain kerajaan yang diputarbelit Anwar kerana fakta itu tidak pernah diberikan kepadanya kerana jumlah-jumlah belanja setiap kementerian lebih afdal didedahkan oleh kementerian terbabit. TS Muhyiddin tidak pernah memperlekehkan peranan guru, tetapi beliau lebih menekankan implikasi kewangan negara jika cadangan Anwar itu dilaksanakan.

Sebenar-benarnya, TS Muhyiddin telah melihat kesan langsung kepada perlaksanan perkara ini lebih jauh berbanding apa yang Anwar lakukan. Apa yang dikatakan oleh TS Muhyiddin memang ada kebenarannya. Jika elaun khas diberikan kepada guru, RM500 sebulan, maka untuk setahun ia melibatkan RM6000 setahun per kepala dan anda darabkan dengan jumlah guru dan warga pendidik di negara ini. Bukannkah ia melibatkan peruntukan kerajaan yang terlalu tinggi berbilion ringgit setahun. Apa asasnya pemberian elaun khas ini? Jika benar, para guru terdesak dengan kos hidup dan sebarang masalah ekonomi semasa, ia juga dialami oleh pejawat awam yang lain. 

Para pembaca bayangkan, adilkah elaun khas atas dasar bantuan sara hidup guru dilaksanakan sedangkan penjawat awam lain terabai? Maka apabila semua penjawat awam meminta dinaikkan elaun sara hidup, maka perbelanjaan kerajaan akan meningkat berkali ganda lagi. Pekerja sektor swasta juga turut menuntut hak mereka sekaligus meningkatkan kos overhead syarikat jika pengurusan syarikat melayan kehendak mereka. 

Anda tahu apakah kesannya kepada ekonomi apabila pendapatan rakyat dinaikkan mendadak? Inflasi akan berlaku dengan kadar yang sanggat tinggi dan sukar lagi dikawal. Apa itu inflasi, kenaikan harga barang secara mendadak akibat dari sikap peniaga yang melihat pendapatan pembeli bertambah. Inflasi seperti ini akan membunuh mereka-mereka yang berpendapatan kecil atau hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bukankah ia akan mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi sekaligus mendedahkan negara kepada bankrupsi. 

Persoalannya, mengapa Anwar tiba-tiba sahaja terlalu sayangkan golongan guru? Guru adalah mereka yang paling hampir dengan para pelajar di sekolah dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Guru adalah ikon pelajar dan masyarakat. Title 'ikon' inilah dipergunakan Anwar untuk meracuni pemikiran guru menyokong perjuangan politik Pakatan Rakyat sekaligus guru tersebut akan secara tidak langung menarik orang ramai turut menyokong Pakatan Haram. Dengan mengumpan guru-guru wang elaun RM500 sebulan yang belum pasti dapat dilaksanakan Anwar, Anwar yakin sokongan guru mampu menjamin peluang Pakatan Haram untuk merampas mandat persekutuan. Jika benar Anwar mahu memperjuangkan nasib anda, pasti semasa dia di dalam kerajaan dulu sudah melaksanakan perkara ini lebih awal.

Kepada para guru janganlah semudah itu meletakkan maruah anda senilai RM500 sebulan yang dijanjikan Anwar dan termakan dengan pujuk rayu pengkhianat bangsa dan negara ini. Hakikatnya sebenarnya, dia tidak ikhlas memperjuangkan hak anda kerana di dalam kepalanya hanya satu, dia boleh lakukan apa saja asalkan impian menjadi Perdana Menteri tercapai. Anwar adalah manusia paling hina yang sanggup menjual nasib bangsa, memperjudikan masa depan negara hanya kerana terhutang dengan rakan Zionisnya yang sudah menajanya sekian lama. 

Anwar hanya mahu menjaya Protokol Zionis ke sepuluh dan elakkan diri anda terjebak dan diperkudakan oleh manusia lahanat ini.

Wallahhualam.

Penulis,

5 ulasan:

udanggalah berkata...

Salam..golongan guru telah terjaga kebajikannya.Sebagai ayah,kerajaan BN perlu memikirkan semua anak2nya...petani,pekebun,kakitangan kerajaan yg lain hatta kakitangan swasta sekalipun supaya tidak tertinggal dalam pembahagian kekayaan negara.Semua perbelanjaan perlu diperinci sesuai dgn pendapatan negara.Ini yg dilaksanakan kerajaan BN selama ini menjadikan negara makmur dan terpinggir dari kemelut inflasi dan lebih sulit kearah 'BANKRUP'....

Tanpa Nama berkata...

jangan jadi macam penduduk kg buah pala dah lah kena kencing....

Tanpa Nama berkata...

anwar ni mulot busuk, kuat membohong....mana dia janji 16sept... janji nak kasi bukti adun lompat dpt 2 juta....pooorahhhh

Wake UP! berkata...

Anwar Ibrahim sewaktu dia menjadi Menteri Pendidikan sudah 'brainwash' semua guru bahawa dialah bakal PM negara ini.

Mungkin masih ramai lagi guru yang perlu dicuci otak mereka dari percaya benda bodoh itu.

Tanpa Nama berkata...

saya seorang guru..syukur ada yang perihatin dgn nasib kami..insyALLAH kami akan membantu PR dlm PRU 13 nanti..

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif