Selasa, 21 Disember 2010

Pembohongan Perkara 10 Dalam Masa 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat Al-Harami


Tergelak-gelak Taming Sari membaca perkara 10 yang digariskan Pakatan Rakyat Al-Harami kononnya dalam masa 100 hari mereka boleh melaksanakannya. Semua itu digariskan oleh mereka di Konvesyen Pakatan Rapuh ke-2 yang diadakan di negeri regim Guan Eng. Apa yang mengelikan hati, rasanya rakyat negara manalah agaknya akan mempercayai kata-kata kosong mereka-mereka yang sudah banyak menipu rakyat sejak mereka memerintah Selangor, P.Pinang dan Kedah. Di Kelantan, mereka bukan lagi menipu, malah mereka sudah memperbodohkan orang Kelantan yang sedia bahalul.

Apa yang mereka janjikan ini mirip janji 16 September kononnya mahu melakukan rampasan kuasa dari BN yang akhirnya tinggal janji sahaja serta kini Anwar manusia paling hina abad ini hanya menyepi sedangkan dulu, dialah kepala merancang penipuan ini.

Dey.... pemimpin-pemimpin tong kosong, korang ingat semua yang korang gariskan itu semudah itu sahaja hendak diubah?
________________________________________________________________________

Marilah sama-sama kita hayati apa yang mereka janjikan sehingga mengambil masa begitu singkat untuk diubah, dimansuh dan ditambahbaik seakan-akan mereka sudah 1000 tahun berpengalaman memerintah negara dan menguruskan ekonomi negara. Taming Sari sertakan sekali kritikan yang Taming Sari olah supaya pembaca sekalian boleh nampak, apa yang Anwar dan anjingnya gariskan semua itu adalah tidak berpaksikan kepada realiti. Perkara-perkara itu dipetik dari Haprakdaily :

1. Mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Dalam masa 100 hari boleh laksanakan perkara ini? SPRM memerlukan banyak masa untuk mendapatkan bukti bagi menuduh seseorang itu terlibat dengan rasuah. Masakan dalam masa 100 hari ia boleh dilaksanakan. Kerajaan BN sekarang inipun serius menghapuskan amalan rasuah dan meninggalkan perkara ini kepada SPRM untuk melaksanakannya dengan bebas. Jika Pakatan Haram sibuk mengarahkan SPRM mengheret perasuah mengikut telunjuk mereka, ini jelas, Pakatan Haram sememangnya mahu mengongkong SPRM semula. Telus kah jika ini yang mereka lakukan? Lagi satu jika semua perasuah hendak diheret, maka Taming Sari cabar anda wahai pemimpin tong kosong sekalian untuk rela diheret ke meja SPRM kerana anda juga terdedah untuk dituduh berasuah. Atau anda terkecuali? Cit... Jangan tertipu wahai pembaca sekalian.

2. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam.

ISA tidak boleh dihapuskan semudah mereka katakan kerana ia perlu diperdebatkan di dalam parlimen terlebih dahulu. Sokongan majoriti di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu bagi menghapuskan akta yang sudah banyak berjasa kepada rakyat ini. Apa tidaknya, ISA lah yang menjamin keselamatan negara dari pengkhianat tanahair dan militan-militan penganas yang tidak ragu-ragu ditangkap tanpa disoal dek perbuatannya yang boleh mengancam kepada keselamatan, dan perpaduan negara. Anwar dan kuncu-kuncunya begitu beriya-iya mahu ISA dihapuskan bagi memudahkan mereka menyebut soal sensitiviti orang Melayu dan Islam tanpa sebarang gertakan undang-undang. 

Ia juga memudahkan Anwar dan anjing-anjingnya membawa semua masalah negara ke jalanan dan berdemotrasi tanpa gangguan dari water canon dan tindakan undang-undang. Jika ISA dihapuskan sama-lah kita menghapuskan Polis di dalam sesebuah negara yang hanya menghalalkan jenayah berleluasa. Bagi Taming Sari, mereka bukan mahu menghapuskan ISA, tetapi mengantikannya dengan undang-undang yang lebih ketat lagi bagi menjaga survival politik dan kuasa mereka. Lihatlah Singapura, akta ala ISA yang digunapakai mereka jauh lebih ketat dari apa yang Malaysia amalkan. Rakyat jangan mudah tertipu.

3. Menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Perkara ini jelas hanya kenyataan populis untuk mendapatkan sokongan golongan muda. Bagi Taming Sari mahasiswa yang menyokong pembangkang adalah  mereka yang sama taraf bahalulnya dengan mahasiswa bakal menganggur dari UNISEL yang sibuk berdemo air diperkudakan oleh Anwar dan anjing-anjingnya. Kerajaan BN sekarang ini, sudah mengarahkan PTPTN mengkaji semula kadar faedahnya selepas berberapa aduan dibuat. Para pembaca sekalian tidak perlu menunggu Pakatan Haram ini memerintah kerana apa yang sudah BN lakukan ini sudah begitu baik. 

Ini kerana dengan adanya Skim SSPN, iaitu simpanan ketika pelajar masih belajar membolehkan dalam tempoh 10 tahun lagi mungkin PTPTN akan dihapuskan. Setiap anak-anak yang akan masuk ke universiti sudah ada peruntukan kewangannnya sendiri yang sudah dilaburkan di dalam SSPN yang merupakan wang mereka sendiri. Jika dulunya PTPN mengamalkan konsep "Postpaid", kini dengan adanya SSPN, PTPTN turut mengamalkan konsep "Prepaid" yang tidak lagi membebankan graduan. Untuk menstruktur PTPTN, bukannya semudah itu boleh dilaksanakan dalam masa 100 hari. Rakyat jangan-lah diperbodohkan lagi.  

4. Dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Pakatan Haram sibuk memperkatakan perkara di atas berikutan KDN menghentikan permit akhbar Suara Keadilan kerana akhbar itu telah membohongi dan menfitnah FELDA yang dikatakan bengkrap. Jelas, kebebasan media yang mereka katakan itu jelas satu rektorik kerana mereka akan menjaga media pro mereka dan akhbar pertama yang bakal mereka hapuskan adalah Utusan Malaysia yang banyak mendedahkan kejahatan Pakatan Syaitan mereka. 

Semasa BN memerintah sekarang inipun, Harakah dan berbagai-bagai lagi akhbar pro pembangkang bebas dijual kepada awam tanpa ada sebarang sekatan. Media altenatif di internet sendiripun tidak pernah disekat walaupun secara terang menabur fitnah dan menipu rakyat. Masih tidak bebaskah itu lagi? Rakyat janganlah tertipu.

5. Memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa.

Tidak seberapa yang bagaimana dimaksudkan oleh Pakatan Haram ini? perlukan bantuan kepada warga emas diberikan melebihi 1000 ringgit sebulan? Mereka perlu ekonomis di dalam memikirkan hal ini kerana gaji sesetengah jawatan di peringkat swasta sendiripun masih ramai yang berada di bawah RM1000. Sumber untuk memperuntukkan nilai tersebut juga perlu dikaji terlebih dahulu dan tidak mungkin mereka boleh melaksanakannya dalam masa 100 hari. Melainkan mereka mahu mengambil dari sumber judi lumba kuda. Sesetengah warga emas memiliki anak yang berkerja dan mampu menampung ibu dan ayah mereka. Maka ini jelas, perkara ini juga adalah kenyataan populis mahu mendapatkan sokongan undi warga emas. Sudah-sudahnya, habuk pun tiada nanti. Rakyat janganlah terpedaya.

6. Langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah.

Wow!! perkara ini memang menarik. Maka akan gulung tikarlah syarikat telekomunikasi yang berstongkol dengan kerajaan Pakatan Haram ini. Dalam setiap perkara di dalam negara maju, mana mungkin ada lagi perkara yang percuma. Nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen. Syarikat Telekomunikasi memerlukan modal bagi membina kemudahan jalur lebar dan WiFi dan dalam menyelengaranya juga mereka perlukan modal. Jika semuanya adalah percuma, siapa yang akan membayar segala kos penyelenggaraan ini? Kerajaan Pakatan Haram? Cit... bohong. 

Kerajaan BN sekarang ini komited meningkatkan kemudahan WiFi dan jalur lebar ke seluruh negara dan tidak perlulah menunggu Pakatan Haram yang berjanji tidak pasti bagi melaksanakan perkara ini. 

7. Mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.

Dengan adanya ETP yang digariskan kerajaan BN, kerajaan BN komited mahu meningkatkan pendapatan perkapita setiap rakyat Malaysia kepada 15 ribu Dolar US sebulan. Ini bukan satu mimpi, kerana satu-satu perkara digariskan kerajaan BN yang bakal merancakkan ekonomi negara dan seterusnya negara dapat lari dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana. Masa yang diperlukan kerajaan bagi merealisasikannya sekurang-kurangnya 10 tahun kerana banyak indikator ekonomi yang perlu diransang terlebih dahulu.

Pakatan Haram hanya menanam tebu ditepi bibir memilih sesedap hati nombor 4000 sedangkan mereka sendiri tidak faham maksud pendapatan isu rumah. Taming Sari rasa perkara ini dibangkitkan oleh pakar ekonomi Mahfuz Omar yang bodoh di dalam ekonomi. Jelaslah perkara itu telalu jelik kerana pendapatan isi rumah sekarang inipun kebanyakkan sudah melebihi daripada RM4000 sebulan. Jika mereka mahu menjuarai hati rakyat sekalipun, sebutlah mahu meletakkan pendapatan isu rumah RM20 ribu sebulan, barulah gempak. Rakyat jangalah terpedaya dengan idea bodoh Mampus Omar MP Pas paling bangang sekali ini. 

8. Memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.

Mengukuhkan Institusi Agama atau mahu mengaktifkan Suruhanjaya Antara Agama yang terang-terang menghina Islam? Para pembaca boleh study mengenai Suruhanjaya itu dengan menaip perkara itu di dalam ruangan carian di Youtube. Penerangan mengenainya jelas. 

DAP anti Islam, PKR pro Islam Liberal, manakala PAS petualang Islam yang tidak ikhlas berjuang untuk Islam. Jadi siapa yang benar-benar mahu memartabatkan Islam? Suruhanjaya yang mereka mahu tubuhkan itu hanya mahu meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain di Malaysia. Rakyat beragama Islam mahu perkara ini diperlakukan oleh mereka yang berselindung dari perkara 8 di atas?

9. Memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini.

Perkara ini jelas sambungan kepada perkara 8 yang Taming Sari jelaskan di atas. Mahukah rakyat Malaysia yang beragama Islam melihat persoalan mengenai agama Islam diperdebatkan bersama dengan orang kafir yang tidak faham mengenai Islam? Dialog-dialog antara agama yang pernah dianjurkan oleh pemimpin Pakatan Haram yang menunjangi Majlis Peguam dan Suruhanjaya Antara Agama seperti Forum Memeluk Islam dan beberapa lagi forum dan dialog yang jelas menghina Islam. Tindakan mereka ini pernah dikecam dengan lantangnya oleh pencinta agama dari kalangan NGO, blogger dan orang awam. Mahukan kita memberi mandat pemerintahan kepada pendokong forum menghina Islam ini yang terdiri dari mereka yang berada di dalam Pakatan Haram?

10. Polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak.

Buat masa ini semasa BN memerintah, hanya Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri manakala SPRM dan SPR telah diletakkan sebagai badan bebas yang berhubung langsung dengan DYMM SPB YDP Agong. Para pembaca boleh mencari makna suruhanjaya dan bagaimana suruhanjaya ini berfungsi. Kaji dan fahami perkara ini sebenar-benarnya. Semenangnya SPR dan SPRM tidak pernah langsung dipengaruhi oleh kuasa eksekutif dan jika tomahan dilontarkan ke atas mereka ini jelas, mereka tidak faham maksud suruhanjaya. Rakyat jangan tertipu dengan fitnah Pakatan Haram ini.   
________________________________________________________________________

Perkara 10 yang digariskan mereka jelas hanya gimik pilihanraya dan langsung tiada asas  untuk dilaksanakan seperti yang Taming Sari komen di atas. Mereka jangkakan pilihanraya umum akan berlangsung pada tahun hadapan dikala kudis dan nanah di dalam pakatan mereka kian membengkak.

Pakatan Haram terdesak selepas satu-satu kejahatan mereka dibongkarkan, mereka perlu gunakan strategi menipu rakyat demi mendapatkan mandat memerintah negara. Taming Sari yakin pembaca sekalian sudah matang memikirkan samaada mahu atau tidak memberi kunci jentera pemerintahan kepada Pakatan Haram yang berwatak antagonis, pengkhianat dan anti Nasional ini. 

Jika masih ragu-ragu berigstifarlah banyak-banyak. Ingatlah muka-muka pemimpin DAP yang berwatak penyamun, Anwar berwatak joker yang boleh berubah menjadi apa sahaja bagi memenuhi nafsunya mahu menjadi PM dan watak-watak pemimpin PAS yang fasik dan munafik mempergunakan Islam demi survival kuasa mereka. 

Janganlah kita terpedaya dengan janji-janji kosong mereka.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

udanggalah berkata...

salam...berbohong memang kerja Pakatan Rakyat.Janji PRU lalu byk yg terkucil..ni nak buat janji dalam 1oo hari.Nak selesai air Kelantan pun sampai 20 tahun lagi...prrrr..entahlah kalau ada yg percaya.

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)