Jumaat, 17 Disember 2010

Pengantungan 4 ekor Beruk Pakatan Bukti Mereka Mencabuli Kebenaran Penegak Pembohongan

Empat orang wakil rakyat ini telah mengkhianati amanah rakyat malah secara terang-terangan terlibat dalam pelbagai kontroversi peribadi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin. Kita wajib tolak mereka ini di PRU13 nanti.

Penggantungan empat wakil rakyat pakatan pembangkang termasuk ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kononnya untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) meraih majoriti dua pertiga adalah sangkaan berbau pendirian yang samar-samar.

Realitinya, ia tiada kaitan langsung dengan hujah itu. Sebaliknya, tindakan Dewan Rakyat itu terangsang semata-mata atas fakta laporan hansard berdasarkan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Anwar berkaitan peranan Apco Worldwide yang didakwa mengilhamkan gagasan 1Malaysia. Sedangkan hakikatnya ia tidak benar sama sekali dan mengelirukan rakyat.

“Apco tidak mencetuskan 1Malaysia sebaliknya gagasan ini hasil idea pelbagai pihak dan pelbagai pemikiran malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima idea ini setelah beliau sendiri mewujudkan asas fikiran untuk 1Malaysia.

“Jadi, apabila Anwar mengatakan dalam Dewan Rakyat ia adalah pencetus daripada Apco, maka ini sekali gus memberi gambaran bahawa Perdana Menteri digalas oleh pihak lain, justeru ia tidak tepat,” kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ringkas kepada Utusan Malaysia di Putrajaya semalam.

Realitinya, salah satu prinsip demokrasi Berparlimen adalah setiap Ahli Parlimennya mesti bercakap benar dan tidak menyelewengkan fakta. Malah, mereka tidak harus berselindung di belakang kenyataan politik yang memudaratkan fakta.

Perkara dan perkembangan ini jika tidak dibanteras oleh sistem perbahasan dan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, risikonya rakyat mungkin akan merasakan pandangan Ketua Pembangkang adalah benar belaka.

Sebab itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz setelah meminta pandangan Jemaah Menteri – yang bermakna beliau bukannya mengusulkan penggantungan keempat-empat mereka secara bersendirian – telah berbuat demikian semalam.

Jemaah Menteri menyetujuinya setelah berpuas hati apabila Ketua Pembangkang mencetuskan ‘peranan’ Apco berkenaan dalam gagasan 1Malaysia.

Malah, Rais sendiri sebagai menteri yang mengetuai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjadi entiti yang berhempas pulas untuk memastikan 1Malaysia menjadi satu konsep gagasan demi kesatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan mengejar kemajuan sebagai objektif nasional tidak ‘bisa’ menerima tuduhan Anwar itu.

Realitinya, penggantungan Anwar daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ekoran tuduhan Apco tersebut, yang kemudian disertai Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) berikutan pendedahan mereka kepada umum mengenai prosiding mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Lebih-lebih lagi buat Anwar kerana ia juga bukan kali pertama Ketua Pembangkang ‘dicutikan’. Ini kerana Lim Kit Siang pernah menerima nasib sama. Demikian juga dengan Datuk S.Sothinathan dari MIC, Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen.

Tindakan penggantungan yang diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu bukanlah sesuatu yang bermatlamat buruk sangka. Sebaliknya, ia susulan daripada prinsip Parlimen yang demokratik – siapa yang tidak bercakap benar, maka terimalah natijahnya.

Dalam hal ini, Rais memberitahu akhbar ini bahawa beliau sebelumnya menduga bahawa Anwar dan rakan-rakannya pasti akan menyangkal dengan jelas keputusan penggantungan terhadapnya. Namun jangkaanya meleset. Sebaliknya lain pula cara mereka dengan meninggalkan Dewan.

“Anwar dan kawan-kawannya tidak mengambil tindakan mengundi dan tidak pula mengemukakan hujah berasaskan fakta (untuk membuktikan bahawa 1Malaysia diolahkan oleh Apco Worldwide) tetapi keluar beramai-ramai meninggalkan Dewan.

“Protes seperti itu tidak sesekali akan ‘mencairkan’ dakwaan Dewan Rakyat.

“Sebab itu dia kena buktikan kerana kalau tidak, itu namanya penyelewengan fakta dan Ahli Parlimen berkenaan berhak dirujuk ke Jawatankuasa tersebut. Sebab itu dia harus ‘dicutikan’,” kata Rais.

Apa pun, penghargaan harus diberi kepada Pandikar Amin yang tegas menjalankan tanggungjawabnya mengendalikan Dewan Rakyat semalam.

Bagi Pandikar Amin, beliau hanyalah seorang Speaker Dewan Rakyat yang tidak mempunyai sebarang kepentingan kerana tidak mempunyai hak untuk mengundi. Keputusan yang dibuatnya itu adalah semata-mata berdasarkan peraturan mesyuarat dan jika tidak dipersetujui, maka boleh mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43.

“Pelantikan saya di bawah Peraturan Mesyuarat 80, Yang Berhormat boleh semak. Maka, secara automatik dalam Peraturan Mesyuarat 40 saya adalah pengerusi jawatankuasa. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan dan pelantikan ini mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau tidak setuju buat usul persendirian, saya jemput Yang Berhormat buat usul dan rujuk Peraturan Mesyuarat 15 (1)(2). Itulah makanya, jangan perangkap saya dalam persepsi politik kamu semua, saya hanya mengikut peraturan yang dibuat oleh Yang Berhormat semua,” demikian tegas Pandikar Amin semalam.

Cuma selepas ini cabaran kerja-kerja yang dipikul oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat pastinya kian getir kerana lunas-lunas demokrasi yang ‘gentleman’ dan berbudi bahasa barangkali tidak akan kelihatan lagi di Dewan Rakyat.

Dikarang Oleh ZULKIFLI JALIL

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

usin berkata...

beruk2 ni memang wajib digantung. perangai kt parlimen masing2 macam setan. sikepala penyamun ni dh nampak mcm setan je muka dia, tanduk jer belum kuar. yg oku tu otak diapun dh kurang upaya. beruk2 lg dua ekor tu pencacai2 bodoh. awak tu wakil kepada rakyat, untuk utarakan kepentingan rakyat. bukan buat perangai beruk untuk kepentingan politik dan beruk2 politik!! kerana korang bodoh, korang kena gantung... padan muka!!!
p/s: aku bukan totok bn tp aku bukan beruk pr...

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif