Sabtu, 18 Disember 2010

Piala AFF Suzuki : Vietnam Yakin Dapat Memadamkan Kelebihan Malaysia

 Henrique Calisto terkenal dengan jurulatih yang suka cakap besar dan memandang rendah kemampuan pasukan lain. Tetapi jelas tergaru-garu kepala sebab tahu sejauh mana kemampuan pasukannya.

"Takkan semudah itu kami mahu memberi laluan kepada Malaysia dan mencalar rekod baik kami sebagai bekas juara. Kami akan bermain bermati-matian di tempat kami dan kami yakin kami boleh memadamkan kelebihan dua gol Malaysia. Kalau Malaysia boleh melakukannya di Bukit Jalil, kami juga boleh melakukannya di Hanoi." Kata  Henrique Calisto, Jurulatih pasukan bola Vietnam. 

Dia juga turut mengatakan bahawa Malaysia berjaya mengalahkan anak buahnya di K.Lumpur 15hb lalu kerana mutu pengadilan yang lemah dan gol kedua Malaysia dikatakan sepatutnya tidak sah kerana offside. Sedangkan dia lupa, gol pertama Malaysia yang dibatalkan pengadil jelas tidak offside dan oleh kerana menghormati keputusan pengadil, Malaysia tidak membantah. 

Calisto sengaja melancarkan perang psikologi kepada pemain negara kerana dengan melemahkan mental mereka sahaja, Vietnam mampu meratah mereka malam ini. 

K. Rajagopal, Jurulatih Malaysia yang kian dikenali di Asia Tenggara

Namun, bagi K. Rajagopal, Vietnam sengaja berkata demikian bagi menutup rasa tertekan mereka malah sebenarnya mereka gentar dengan kebangkitan Malaysia. Dia optimis, Malaysia mampu mempertahankan kelebihan dan seterusnya mara ke perlawanan akhir. 

Bagi Taming Sari, biarlah Calisto begitu berlagak kerana sudah sifat orang barat suka memperkecilkan kemampuan orang asia. Nasihat Taming Sari kepada pemain Malaysia, sepatutnya kata-kata Calisto bukan menjadi satu tekanan tetapi satu cabaran yang perlu disahut dengan semangat "Malaysia Boleh" dan seterusnya membenam Vietnam di gelangang mereka sendiri.

Selamat berjuang pemain Malaysia dan doa seluruh rakyat Malaysia bakal mengiringi perjuangan kalian. Semangat patriotisme rakyat Malaysia bakal melonjak malam ini.

Wallahhualam.

Penulis,


Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)