Isnin, 13 Disember 2010

Rupanya Ismail Sabri Bukan Berlatarbelakang Ekonomi, Patutlah Bagi Idea Bodoh !!


Menurut sumber dari wikipedia, sejarah pendidikan Ismail Sabri adalah seperti berikut :
Ismail Sabri memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967. Kemudian, beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan pada 1973 dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang pada 1976. Beliau kemudiannya belajar tingkatan enam di Jaya Akademik seterusnya menyambung pelajaran di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada tahun 1980. Beliau pernah melakukan kesalahan di Universiti Malaya.

Bagaimanalah kerajaan boleh melantik dia ini jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Portfolio ini adalah bidang teknikal dan profesional  yang memerlukan kepakaran seseorang. Jadi penyandangnya perlu sekurang-kurang memiliki Ijazah Sarjana di dalam bidang ekonomi.

Apa yang mengecewakan, menteri yang kini menyandang jawatan ini bukan berasal dari bidang ekonomi. Patutlah banyak kenyataannya sekadar dipengaruhi oleh pegawai bawahan sahaja. Apabila tersembul sahaja dari mulutnya, dia sendiri tidak sedar, ramai yang mengelakkannya dari belakang.

Peningkatan harga bahan bakar dan gula baru-baru ini menyumbang kepada kenaikan harga barang keperluan harian kerana kos overhead mengeluarkan barangan tersebut telah meningkat. Peniaga yang berorentasi perniagaan pasti tidak mahu keuntungannya berkurang sekaligus mengikut arus kenaikan dengan menaikan harga jualannya. Cuma teguran Ismail Sabri supaya peniaga tidak berlebih-lebihan menaikkan harga adalah satu teguran yang munasabah. Tetapi apabila hari ini dia mengeluarkan cadangan ini, membuatkan Taming Sari terpaksa mencari latarbelakang pendidikannya seperti yang Taming Sari nyatakan di atas.

Menurut Utusan Malaysia :
Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.
''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.
''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.

Pasti tergelak petani-petani penanam sayur mendengar idea bodoh seorang menteri ini. Dia ingat tanam sayur ini macam tanam ubi? Campak sahaja di atas tanah, dia akan tumbuh walaupun tanpa penjagaan rapi. Tanam sayur perlukan modal, penjagaan dan masa. Faktor tanah lebih penting. Kalau mereka duduk di rumah flat, lagilah cadangan ini tidak praktikal. 

Ismail Sabri perlu realistik. Tangungjawab kerajaan menyediakan bekalan makanan yang cukup buat rakyat tidak perlu diperlekehkan. Sudahlah soal subsidi pun dijimatkan, ini  pula soal import makanan pun mahu berkira-kira dengan rakyat? Ismail kena ingat, setiap individu di dalam negara ada peranan masing-masing dan saling melengkapi. Petani ada peranannya, pegawai kerajaan ada peranannya, peniaga ada peranannya dan kerajaan ada peranannya sendiri. 

Kenaikan harga sayur atau bahan makanan lain sekarang ini signifikan dengan kenaikan harga bahan api yang merupakan pembolehubah penting dalam sektor pertanian. Apabila kerajaan menyuruh seorang CEO sebuah syarikat pun tanam sayur di rumahnya sebagai jalan penyelesaian kepada mengimbangi harga sayur di pasaran, jelaslah kerajaan yang mencadangkannya itu berfikiran sempit dan kurang ilmu pengetahuan mengenai ekonomi.

Ismail Sabri, anda perlu lebih mendalami ilmu ekonomi supaya anda sedar, setiap satu keputusan ekonomi dipengaruhi oleh pemboleh ubah yang sangat sensitif. Jika salah satu pembolehubah disentuh ia bakal merubah terus keputusan ekonomi negara itu. Banyak perkara yang berkaitan dengannya seperti sebuah rumah yang memiliki tiang-tiang seri. Jika anda cuba mengantikan satu tiang lama dengan tiang yang tidak sesuai, maka runtuhlah rumah itu kerana gagal mencapai keseimbangan. Jadi janganlah pandang enteng dengan semua perkara ini.

Di kala ini, rakyat sedang menilai, menilai dan terus menilai prestasi kamu, dan kerajaan Barisan Nasional.  

Wallahhualam.

Penulis,


1 ulasan:

cermin2mirror berkata...

Rupanya Ismail Sabri Bukan Berlatarbelakang Ekonomi, Patutlah Bagi Idea Bodoh !!

Masalah dengan poltik Malaysia,kerajaan yang memilih orang2 yang menang nak jadi menteri tak cukup atau kekeringan atau tak ada HULUBALANG yang berkelayakAN.
Zaman2 dulu,kebanyakan dari kalangan guru guru yang akan masuk politik.Zaman sekarang ada yang ada DR (Tapi dr anugerah).Kelayakan tak tau la.
Bila dapat pegang jawatan,macam kita bagi kapal terbang kepada captain kapal laut la.
Inilah yang akan terjadi bila menteri sendiri tak tau selok belok perdagangan,tetiba dapat jawatan tu.
Nak solve problem suruh rakyat tanam sayur...haprak punya idea..
Rasanya idea yang dia bagi tu dari orang2 yang tak tau macam dia juga la..The blind leading the blind..
Main sedap cakap jer....Pls grow up pak menteri..Pilih la penasihat yang layak kalau diri sendiri tak layak..jgn main tangkap muat jer..buat malu rakyat jer...pilih kroni la ni..

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)