Jumaat, 10 Disember 2010

Sekali Lagi Idris Ahmad Bersuara Mengenai Ekonomi !! Fuh !!


Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat, diminta mengulas tentang cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan mahu mewujudkan Majlis Penasihat Harga Barang yang khusus menasihatkan kementerian itu berkenaan harga barang yang dikatakan 'cekik darah" dan "keuntungan berlebihan". Idris di dalam Haprakdaily dengan kehebatannya di dalam memutar belit keadaan dan menampakkan PAS sesatnya sahaja hebat telah mengomen tanpa memikirkan masa depan iaitu :
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.
“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.
Sepatutnya, tambah Idris pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.
Katanya, kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan daripada pusat.
“Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini,” ujarnya lagi.

Taming Sari tidak mahu mengulas mengenai penyelarasan subsidi di sini kerana apa yang dikatakan Idris mengenai hunungan kenaikan harga minyak dengan kenaikan harga barang memang benar tetapi tuduhannya mengenai tindakan kementerian berkaitan mahu menyalahkan peniaga bagi menutup kelemahan kerajaan mentadbir ekonomi adalah satu tuduhan jahat. 


Ini kerana, bagi Taming Sari, kementerian terbabit telah menjalankan tugasnya sebaik mungkin dengan menubuhkan Majlis Penasihat Harga Barang ini bagi memudahkan kementerian menilai siapa peniaga yang mengambil kesempatan dari pengumuman kenaikan harga minyak. Yang menaikkan harga minyak bukan kementerian itu tetapi kementerian itu bertangungjawab mengawal inflasi agar tidak naik mendadak selepas penyelarasan subsidi. 

Apa yang dikatakan oleh menterinya, DS Ismail Sabri yang mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang secara berlebihan bukannya sekatan bagi peniaga untuk menaikkan harga barang. Peniaga masih boleh naikkan harga tetapi bukan sampai mencekik darah. Runtunan kepada kenaikan harga minyak dan kos overhead memang perlukan peniaga menaikkan harga bagi mengelak pendapatan mereka susut. 

Idris Ahmad sekali lagi sengaja menipu rakyat kononnya di Kelantan, pemimpin PAS berjaya membawa pembangunan tanpa sebarang masalah kewangan. Taming Sari melihat ini satu kenyataan populis sedangkan memang jelas, Kelantan-lah negeri paling terkebelakang dari segi pembangunan dan hasil negeri hanya bergantung kepada hasil hutan (balak) dan cukai dalaman negeri dari PBT. (input dari ucapan Exco Ekonomi Kelantan). Baca sini. Kemana wang itu dibelanjakan pula memang ke arah perkara yang tidak ekonomis malah tidak adapun usaha PAS Kelantan menarik pelabur asing ke sana.

Hakikatnya, mereka yang malas mencari hasil lain pastinya malas membangunkan negeri sambil membiarkan kerajaan pusat memberi bantuan membangunkan Kelantan. Apabila tiba pilihanraya, mereka (PAS) jaja kepada rakyat Kelantan, merekalah yang berjaya membawa pembangunan itu. Yang bahalulnya orang Kelantan juga sebab biarkan diri mereka ditipu oleh PAS selama lebih 20 tahun. Ini sebenarnya kejayaan yang dimaksudkan Idris Ahmad agaknya. 

Idris Ahmad yang sememangnya Ketua penerangan PAS paling bodoh kerana meminta kerajaan pusat meniru Kelantan kerana menguruskan negeri tidak sama dengan menguruskan negara. Adakah negara boleh bergantung harap kepada hasil balak sahaja seperti Kelantan? Idris perlu lebih realistik. Jangan terlalu taksub kepada politik kesesatannya itu.

Wallahhualam.

Penulis,


Penulis,





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai deriss....mulut berbau hapak. muka ko itam kuat pitnah.

Wake UP! berkata...

Kerajaan PAS begitu bagus. Sebab tulah ramai rakyat Kelantan keluar dari Kelantan untuk mencari rezeki.

Kalau tak tau apa-apa, tak payah cakap banyak. Nampak diri tu bangang.

usin berkata...

entahla sejak kebelakangan ni kalau pembangkang ckp selalu nampak mcm bodoh. tengok sideris nipun dh boleh jd contoh. ckp kt publik lg tu. buatla homework sikit. kalau x tau ckpla 'no komen' ke hapa ke yg tidak menampakkan kebangangan. ni main sapu je, dahla kenyataan bodoh, disampaikan dgn teknik yg bodoh, hasilnya 'kebodohanku terserlah. wahai pas, cariklah menteri penerangan yg baru. badigol amingpun ok gak ganti deris ni. nak tiru kelantan urus ekonomi negeri? kahkahkah, yg berjuta rakyat kelantan keluar cari makan kt negeri lain tu apahal?

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif