Ahad, 12 Disember 2010

Selama Ini Pun Nik Ajis Mentadbir Ke Negeri Kelantan?


Bagi Taming Sari, orang tua itu sakit ke, demam ke, mati ke, sama sahaja. Suasana Kelantan tetap berjalan seperti biasa. Tiada apa-apa perubahan. Tiada projek pembangunan. Sebahagian besar rakyat terus derita dengan masalah air. Sebahagian lagi berhadapan dengan masalah jalanraya berlubang dan kesesakkan teruk. Sebahagian lagi terus dipinggirkan kerana kemiskinan manakala sebahagian lagi tercari-cari erti kehidupan. Mungkin yang sunyinya Masjid AlMuhammadi, Kota Bharu tempat Nik Ajis selalu memberi ceramah agama campur sikit-sikit politik. Itu sahaja kot, kerja yang paling terserlah si Nik Ajis ini sepanjang menjadi Menteri Besar selain kerja-kerja rasmi.

Apabila Datuk Md. Alwi, Ketua Pembangkang DUN Kelantan, menyindir Nik Ajis untuk terus mentadbir negeri walaupun sakit, bagi Taming Sari, apa bezanya dia sakit ke tidak? Datuk Md. Alwi berkata demikian dengan nada menyindir dipetik dari Utusan Malaysia :
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Md. Alwi Che Ahmad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mentadbir negeri ini, walaupun kesihatan beliau tidak begitu baik sejak akhir-akhir ini.
Katanya, soal kesihatan tidak berbangkit sebaliknya keupayaan Mursyidul Am Pas itu untuk terus mentadbir Kelantan yang perlu diutamakan.
Tambahan pula, kata Md. Alwi, penerimaan dan sokongan rakyat terhadap Nik Aziz juga tidak berbelah bahagi, bahkan rakyat masih tetap menginginkan kepimpinan seperti Nik Aziz.
Saya mendoakan agar beliau terus sihat dan terus memimpin negeri selagi beliau mahu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Pelajaran Mara kepada pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) cemerlang di Padang Upih, Ketereh di sini hari ini.

Sedikit mengenai latarbelakang Nik Ajis, Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Ajis mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sumber : Wikipedia

Sudah-sudahlah Nik Ajis memimpin negeri yang tak dipimpinpun. Bagilah orang lain memimpin. Cukuplah, zaman kau dah jauh berlalu. Ini zaman baru yang memerlukan idea lebih segar bagi merencana Kelantan ke arah negeri maju. 

Bila orang tua kerepot memerintah, tak jadi apa-apa lah jawabnya. Macam dalam sebuah syarikat, atau organisasi, itu sebabnya kita ada tempoh pencen iaitu paling maksimum ketika umur 56-58 tahun. Selepas umur itu, kita sudah tidak waras lagi untuk berkerja. Idea kita sudah lapuk. Kudrat kita sudah lemah dan semasa itu, kita sudah banyak penyakit. Itu tandanya organisasi itu perlukan kepimpinan baru. Letaklah jawatan secara terhormat daripada menghadapi risiko digulingkan. 

 Alahai Kelantan bilalah nasibmu akan berubah.

Wallahhualam.

Penulis,

3 ulasan:

Double Y berkata...

Selama 20 tahun aku membesar di bawah pemerintahan tok garu ni, tiada apa pun setahu kt kelantan tu. Balik-balik dok bangga kelate maju sebab ada TESCO. Kahkahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

ada TESCO dah kira maju le tu..kahkahakhakkahkahkhahakkaha...sampai nak kluar air mato aku....kahkahakhkahkaha...sudah sudah ler N.ajis...sudah ler....

Raithab berkata...

di atas letak ayat AL Quran..tp kandungan bercanggah....mempunyai unsur fitnah dan tuduhan JAHAT !..

bertaubatlah wahai kamu !

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif