Rabu, 15 Disember 2010

Tumpuan Hari Ini : Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki, Malaysia Menentang Vietnam


Nor Shahrul Idlan Talaha, Pasti Menjadi Tonggak Utama Penyerang 

Menumpaskan penyandang juara, Vietnam bukan misi mustahil, apatah lagi Malaysia akan beraksi dengan sokongan padu ribuan penyokong setia pada separuh akhir pertama bola sepak Piala Suzuki Piala AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Selepas kempunan untuk menjuarai kejuaraan paling berprestij dalam saingan bola sepak Asia Tenggara itu sejak penganjurannya 14 tahun lalu, ini mungkin masa terbaik buat K. Rajagobal dan pemainnya membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi antara kuasa besar bola sepak rantau ini.

Jika dilihat nada Rajagobal pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, impian itu tidak mustahil boleh direalisasikan tetapi dia mahu pemainnya menyuntik rasa yakin dengan kemampuan diri sendiri sebelum berhasrat menewaskan Vietnam.

‘‘Mereka perlu mengubah mentaliti dan menanamkan keyakinan dalam diri masing-masing sebelum bertemu Vietnam.

‘‘Sepatutnya kita tidak perlu berasa tertekan. Pemain perlu sedar bahawa mereka tidak akan kehilangan apa-apa dalam perlawanan ini kerana tekanan sebenarnya banyak memihak kepada lawan yang merupakan pasukan pilihan dan juara bertahan, ’’ katanya selepas menghadiri mesyuarat pengurus Piala Suzuki AFF, semalam.

Oleh itu, dia berharap semua pemain mampu mempamerkan watak konsisten seperti mana yang ditunjukkan dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan bagi membendung langkahan pantas Vietnam.

‘‘Selepas melalui saat yang sukar di Sukan Asia dengan kecederaan ramai pemain utama, kebanyakan pemain muda yang memikul tanggungjawab membuktikan bahawa mereka boleh bermain baik sehingga mampu melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF.

“Saya mahu mereka teruskan rentak yang sama pada perlawanan esok (hari ini), memang ia satu pengalaman baru buat pemain tetapi mereka tidak perlu takut, tidak perlu gentar, apa yang saya mahu mereka berikan terbaik ketika bermain di atas padang.

‘‘Malah, saya harap pertemuan dengan Vietnam akan menjadi aksi menarik untuk ditonton dan paling penting kita mampu melakar sesuatu untuk diingati oleh peminat sukan bola sepak pada 2010, ’’ katanya lagi.

Walaupun begitu, Rajagobal tetap merendah diri sambil menyifatkan Vietnam memiliki kelebihan di segenap aspek, terutamanya bahagian serangan.

‘‘Mereka cukup pantas dalam melakukan serang balas dan tidak cepat berputus asa, itu merupakan kekuatan Vietnam, ’’ katanya.

Buat pemain pertahanan, Rajagobal memberi pesanan agar jangan lagi mengulangi kesilapan yang sama ketika tumbang 5-1 di tangan Indonesia.

‘‘Perkara ini yang saya paling bimbang kerana pertemuan separuh akhir sudah tentu akan berlangsung dengan penuh sengit.

‘‘Masa kalah kepada Indonesia, persembahan pemain sebenarnya baik cuma kesilapan individu di bahagian pertahanan menyebabkan kita tewas dengan jaringan besar. Namun, saya tengok mereka cepat belajar daripada kekalahan itu dan memperbaiki permainan dalam dua baki saingan,’’ ujar Rajagobal.


Taming Sari : Harapan yang tinggi pasti diletakkan ke bahu ke semua pemain negara bagi membawa pulang Piala AFF Suzuki ke negara ini. 

Namun, perlawanan malam ini pasti memberi tekanan kepada pemain malahan pula ia berlangsung di Stadium Bukit Jalil. 

Walaubagaimanapun, Taming Sari berharap, janganlah penyakit ketika menentang Indonesia dulu berlaku lagi. Penyakit leka dan cepat puas hati menyebabkan pasukan lawan mengambil kesempatan.

Apa-apa pun, Taming Sari mengucapkan selamat berjuang.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terlebih dahulu kita imbau sejarah bola sepak Malaysia. Malaysia merupakan gergasi bola sepak Asia Tenggara bahkan digerunni lawan. Jika dahulu bolasepak tidak dijanjikan imbuhan dan kemewahan dan hanya sekadar dijulang sebagai wira.

Tapi kini bukan saja dijulang sebagai wira negara bahkan diberi ganjaran kemewahan melimpat ruah dan ditatang seperti bulan purnama. Malang semangat juang demi negara pudar dan hambar. Malaysia gah dengan liga super tetapi bagaikan budak hingusan bila berjuang demi negara. Tiada kebanggaan yang ada pada pemain Malaysia. Kita lihat Korea Selatan mengeluarkan aset berjenama dunia walaupun dahulu seringkali di kalahkan oleh Malaysia, begitu juga Jepun.

Sedangkan saiz badan serupa tetapi bezanya semangat jati diri dan semangat juang yang tinggi demi untuk harumkan negara dan bukannya megah bila berjaya sedikit seperti pemain Malaysia yang banyak mengada-ada serta lupa diri.

Apupun selamat berjuan doakan semoga Malaysia beroleh kejayaan.

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)