Selasa, 7 Disember 2010

Ustaz Bashir Pujaan Harakah Cakap Tidak Serupa Bikin

Hmm.... Sengaja Taming Sari mahu bangkitkan di sini mengenai seorang Ustaz berkelas tinggi, pensyarah di Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Bashir Abdul Aziz selepas di dalam Haprakdaily hari ini menyiarkan kenyataan ceramahnya berkaitan "Pemimpin Patut Berlapar Kerana Rakyat". Pastinya, pelajar UUM sangat mengenali beliau ini malahan dia ini terkenal di seluruh Malaysia kerana sering dipanggil memberi ceramah di Forum Perdana Ehwal Islam di TV1.

Apa yang dinyatakan oleh Al Ustaz ketika menyempaikan ceramah di majlis sambutan Maal Hijrah 1432 peringkat negeri P.Pinang sememang benar dan tidak boleh disangkal. Maklumlah, dia ni berpelajaran tinggi malah sudahpun mendapatkan PHD dan pastinya apa yang dikatakannya tidak boleh disanggah. 

Taming Sari mengenali Ustaz Bashir kerana Taming Sari dulu adalah bekas pelajar UUM dan pernah bersama di dalam kepimpinan mahasiswa universiti. Berurusan dengan Ustaz Bashir ini adalah salah satu daripada memori Taming Sari di UUM dan menyebabkan Taming Sari dapat mengenali hati budi dan adakah si Ustaz ini layak dihormati atau tidak. 

Jika dia di dalam ceramahnya mahu mengajar pemimpin berlapar kerana rakyat, adakah dia sanggup berlapar demi pelajarnya? Persoalan ini pasti dijawabnya tidak kerana ada dua kisah benar yang pernah berlaku antara Taming Sari dengan beliau semasa Taming Sari mejadi pelajar di UUM dahulu. 

Pernah Taming Sari menjemput Ustazah Siti Norbahyah untuk menjadi panel kepada sebuah forum anjuran pimpinan pelajar. Urusan itu perlu dilakukan melalui si Ustaz ini kerana dia adalah moderator ketika mana-mana ceramah Ustazah Siti Nur Bahyah. Apa yang mengecewakan, Ustaz ini cuba membirokrasikan urusan kami dengan mengenakan syarat yang bermacam-macam bagi menjemput Ustazah tersebut. 

Dia minta kami menjemputnya untuk turut menjadi panel di dalam forum itu. Apa yang mengecewakan dia turut memperkecilkan kedudukan kewangan kami sambil mengatakan adakah kami mampu membayar dia dan Ustazah jika mereka menjadi panel. Walaupun ketika itu, kami berasa marah dan kecewa dengan kata-katanya, namun kami tetap bersabar kerana kami menghormatinya sebagai pensyarah kami dan pendakwah tersohor. Kalau dalam ceramah dia sering mengajar erti kesederhanaan dan ikhlas dalam perbuatan, kenapa ketika itu dia lebih mendahulukan wang dari keihklasan membantu kami menjayakan forum yang sangat baik kepada mahasiswa UUM ini.

Kami terpaksa menolak syaratnya atas sebab kami sudah ada panel pilihan sendiri dan kedudukan kewangan kami tidak cukup untuk membayar si Ustaz ini. Walaupun kami berjaya membawa Ustazah Siti Nur Bahyah ke UUM untuk menjadi panel forum itu dengan saluran lain, kami sebenarnya amat terkilan dengan sikap egois, hendakkan nama dan tamakkan harta dunia oleh Ustaz Bashir. Sikap Ustazah yang tidak cerewet, mesra dan tidak berkira memudahkan urusan kami dan kami bersyukur kerana memutuskan tidak menjemput Ustaz ini bersama. Kalau tidak pasti meyusahkan. Kami mendapat berita bahawa si Ustaz amat marah apabila mendapat tahu kami berjaya membawa Ustazah tanpa melaluinya.

Kisah kedua, Taming Sari juga pernah bertemu dengannya di satu majlis motivasi melibatkan anaknya sebagai peserta. Dia telah hadir menjemput anaknya selepas pogram itu tamat. Walaupun dia hadir hanyalah sebagai seorang bapa kepada peserta program itu, Taming Sari menghormatinya dan menjemputnya makan di meja VIP. Apa yang mengecewakan kami, sudahlah ketika bersalam dia mendongak sombong tanpa memandang muka kami pelajar yang hina ini, ketika makan pun dia banyak berdiam dan apabila ditanya sepatah, dia menjawab setengah patah sambil memandang ke arah lain. Begini sikap yang diajar Al Ustaz kepada kami hanya kerana dia punya ketinggian ilmu dan kemasyurannya sebagai pendakwah.

Malang sungguh ummah kerana memiliki seorang Ustaz yang sebegini. Memandang kedudukan lebih penting dari segalanya. Apa yang Taming Sari dedahkan ini bukan sengaja mahu membuka aibnya tetapi lebih melahirkan rasa kesal Taming Sari dengan sikapnya yang egois dan sombong itu. Jadi sangat tepatlah Haprakdaily dan PAS memilih tokoh seperti ini untuk berceramah di program mereka kerana sememangnya mereka juga egois seperti ini kononnya mereka lebih Islam dari UMNO. 

Harapan Taming Sari, Al Ustaz sendiri perlu menghayati makna hijrah dan mengotakan apa yang dikatakan melalui perbuatan. Jadilah seorang pensyarah yang lebih mesra kepada pelajarnya. Buangkan rasa egois dan berbangga dengan ilmu yang ada di dada kerana ia tidak ubah seperti setitik air di lautan ilmu Allah. Semuanya adalah milik Allah dan kepadanya kita kembali. Nama dan harta dunia tidak kemana jua.

Semoga apabila satu hari nanti, apabila Taming Sari bertemu dengan junior UUM, dan jika ditanya, kenal atau tidak Ustaz Bashir, jawapannya adalah dia amat mengenali ustaz ini sebagai seorang pendakwah yang tulen, berhati mulia, mudah mesra dan sentiasa tersenyum. Harapan ini adalah doa buat Ustaz Bashir dari Taming Sari.

Wallahhualam.

Penulis,






  
Comments
5 Comments

Carian Artikel

Memuatkan ...

Senarai Artikel

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif