Selasa, 25 Januari 2011

Ahli No. 12, Keluar PKR : Anwar Makin Dikoyak Rabak!


Hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti terutama pemimpin Anugerah Tuhan (Anwar Al-Juburi) yang dikatakan sebagai pemimpin kuku besi. Ng Lum Yong, bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR mengumumkan keluar parti PKR hari ini sekaligus masuk MCA-BN kerana tertarik dengan transformasi yang mahu dilakukan Perdana Menteri dan gagasan Satu Malaysia yang kini semakin diterima rakyat.

Bagi Taming Sari kenyataan Ezam Mohd Noor yang dinyatakannya seperti di bawah ada kebenarannya :
"Hampir 90 peratus pengasas PKR itu sudah tidak ada dan antara pengasas parti Keadilan adalah saudara Ng Lum Yong, yang merupakan pemimpin utama masyarakat Cina yang bersama kita mengasaskan PKR.

"Jadi saya mahu beritahu kepada pengundi-pengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Tenang ini kalau pengasas-pengasas parti pun sudah tidak percaya parti, anda yang tidak tahu tentang parti (PKR) baik jangan dengarlah," katanya.

Selanjutnya di Malaysiakini.

Ezam sendiri bekas orang paling kanan PKR yang memegang no. ahli iaitu 7, bertindak awal-awal lagi keluar dari Parti Anwar, Isteri dan Anak selepas dapat menghidu bahawa Anwar memang benar-benar kaki belit no. 1 dan Ezam sendiri sedar dan yakin bahawa Anwar memang seorang peliwat. Menjadi satu sejarah di Malaysia malahan dunia apabila sesuatu parti politik yang berusia kurang 10 tahun boleh hilang pengasasnya yang bertindak keluar parti hampir 90 peratus. Pasti ada sebab musababnya. 

Sepatutnya apa yang didedahkan ini boleh menjadi pengajaran dan cahaya membuka hati mana-mana penyokong totok PKR untuk melihat dan menilai siapa sebenarnya pemimpin De'Facto PKR itu dan siapa pula yang berada di sekelilingnya sekarang. Mereka jelas pemimpin yang rakuskan kuasa, tamakkan pangkat dan gilakan dunia. Sanggup tutupkan mata menghalalkan kekejian tingkah laku Anwar, sambil tangan terus menerus dihulur mahukan simpati Anwar. Penyokong totok PKR perlu lihat dari aspek positif dan jangan asyik dibuai perasaan busuk hati dan sering mengunakan kesimpulan bodoh yang mengaitkan BN dan UMNO di dalam agenda ini. 

Sesungguhnya orang-orang kuat PKR keluar PKR atas desakan peribadi sendiri yang gagal menunaikan apa yang dihajati mereka. Mereka bersama PKR kerana mereka benar-benar mahu satu platform keadilan dan selepas bersama PKR, mereka makin kecewa. Melihat dari seberang, mereka sendiri dapat menilai bahawa BN-lah parti yang lebih adil dan saksama bukan sahaja dengan parti komponen malah sesama kaum dan agama.

Jadi, dengan keluarnya Ng dari PKR, maka makin jelas, PKR adalah Parti Kotak Rabak (PKR) yang semakin teruk dan bakal hancur satu hari nanti. Sama-sama lah kita lihat dan doakan.

Renung-renungkanlah.

Penulis,

1 ulasan:

KERIS HITAM BERSEPUH EMAS berkata...

PAKU DULANG KAYU TERSEPIH,
MENGATA ORANG, RUPA - RUPANYA DIA YANG LEBIH.

KALAU BENAR YANG DIKATAKAN EZAM . MAKA UMNO PUN MEMPUNYAI MASALAH YANG SAMA . PENGASAS UMNO DATO' ONN JAAFAR PUN KELUAR UMNO DAN AKHIRNYA MENUBUHKAN PARTI NEGARA MENENTANG UMNO. SATU LAGI BILA ADA PILIHANRAYA MAKA MESTI ADA YANG AKAN KELUAR PARTI. INI TEKTIK LAMA. RAKYAT DAH TAK PANDANG ITU SEMUA.OH YA SATU, SEPATUTNYA KAU BERTERIMA KASIH PADA AKU KERANA SEBAGI PEMINAT SETIA BLOG KAU, AKU BAGI KOMEN.

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif