Isnin, 3 Januari 2011

Esok, Bermulalah Hidup Sebagai Penganggur !!


Khabar yang tidak sedap didengar mula kedengaran berkaitan ramai penjawat awam kontrak bakal memulakan kehidupan di awal tahun 2011 ini dengan status sebagai penganggur.

Apa yang Taming Sari dengar dari sumber yang boleh dipercayai pemberhentian beramai-ramai pejawat awam berstatus kontrak ini berlaku kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan di bawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU). Kesemua staf kontrak ini diberhentikan tanpa notis awal sedangkan pihak pengurusan sudah berjanji akan mempertimbangkan penyambungan kontrak mereka. 

Menurut sumber, khidmat mereka masih diperlukan tetapi Ibu Pejabat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri itu di Putrajaya tidak memberi sebarang respon walaupun surat permohonan dan "recommandation" dari negeri-negeri telah dihantar. 

Paling malang, ada diantara mereka yang dilantik secara kontrak ini berasal dari keluarga yang susah, anak sulung kepada adik-beradik yang ramai dan ada juga yang sudah berhutang kereta dan sebagainya. Sumber juga memberitahu, mereka amat kecewa kerana kesungguhan mereka melakukan kerja selama ini bagaikan tidak dihargai. Apa yang mereka kesalkan adalah tindakan pihak pengurusan yang lambat memaklumkan bahawa kontrak mereka akan tamat. Jika dimaklum awal, mereka sudah bersedia untuk menghadapinya. Sumber juga menambah, mereka yang kecewa itu sudah mula goyah pegangan politik mereka apabila melihat kerajaan BN mula seakan menzalimi hidup mereka.

Ke mana buktinya PM mahu mendahulukan rakyat? Bukankah mereka juga adalah rakyat yang perlu didahulukan? Jika kerajaan benar tiada sumber kewangan, hentikan dulu momentum rasionalisasi subsidi, hentikan dulu projek mega, tangguh dulu program yang tidak memberi faedah menyeluruh kepada rakyat dan tumpukan peruntukan bagi mempertahankan survival kakitangan awam. Cari sumber dana lain bagi mengerakkan projek kerajaan. Perbelanjaan kerajaan dan cukai perlu distabilkan bagi mengelak Malaysia terjerat di dalam kemelesetan ekonomi. 


Khabarnya, rakyat sudah hilang rasional dengan rasionalisasi subsidi oleh BN. Najib mula dicemuh dan desas-desus rakyat mula meluat dengan rencana ekonomi BN sudah mula kedengaran dengan jelas. Ekonomi adalah satu elemen sensitif yang Najib sudah silap caturi. Harga minyak naik, gas memasak naik, gula naik, sekaligus semua barang dan perkhidmatan naik harga. Pekerjaan makin menyempit, pemohon kerja makin meningkat. Mereka yang sudah berkerja pun diberhentikan. Mengapa semua ini  boleh berlaku?

Nota Kaki : Rakyat Mendahulukan, Kerajaan Diutamakan.

Wallahhualam.

Penulis,

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku bekas staf icu jpm ni..aku nak respon skit,sebenarnye kontrak mereka selama setahun jer..dan patut dh lama tamat pd tahun 2007.pengambilan dibuat utk projek2 pia pias pd thn itu aje..dn perkara ini jelas termaktub dlm kontrak mereka.mengapa pada awal nye mereka setuju,tetapi bila dh di sambung sampai hampir 4 tahun,tertiba kerajaan nak d salahkan?patutnye mereka berterima kasih kerana dlm 4 thn tu mereka boleh bersedia lebih awal utk mencari pekerjaan baru krn mereka sedia maklum status jwtn mereka..jgn kita membabi buta menyalahkan kerajaan,penjelasan harus di buat dgn semakan dan sedikit siasatan agar masyarakat tak terkeliru..saya harap dgn pemberitahuan ini dpt merungkai sedikit kekeliruan..tq..
-anakjin-

Tanpa Nama berkata...

betul.. tak boleh salahkan gov. kan dah kata jawatan yang ada tu bukan satu keperluan dalam perkhidmatan. jawatan tu kalau tak diwujudkan pun takpe. tapi saja diwujudkan untuk membantu orang melayu gak sementara nak menunggu ekonomi pulih. mereka tu pun awal2 dah diberitahu untuk cari kerja lain sementara mereka bekerja tu. kiranya gov ni dah prihatin jugak la sebab bagi peluang mereka dapatkan pengalaman dan pendapatan sementara mereka memperoleh kerja yang lebih baik. mungkin bajet untuk bayar gaji mereka tu boleh disalurkan untuk perkara yang lebih memberi faedah kepada rakyat.lagipun memang jawatan mereka tu bukan kritikal pun seperti:-

1. fasilitator schoolnet(kem penerangan) - tugas menyelenggara sebuah makmal komputer sekolah yang mempunyai cuma 12 buah komputer - gaji Rm1800
2. Pegawai pemantau harga (KDNHEP)- memantau harga dari kedai ke kedai
3. pegawai pemantau jentik2 (kem kesihatan)
4. Pegawai pembanci kemiskinan (JKM)

cuba renungkan jawatan tu agak2 kritikal tak. Rata2 berkelulusan ijazah dan dibayar gaji yang mahal. memang patut la diberhentikan. kalau tak pegawai yang sedia ada tu tak nak kerja la. mereka dibayar gaji yang rendah je sebab rata2 kelulusan SPM je. baik duduk dalm pejabat je suruh budak2 kontrak tu je yang kerja. hmm..itu pendapat aku je la..

NO HEART FEELING OKAY... :)

Tanpa Nama berkata...

salam...
anda tidak akan terasa peritnye hidup jika tidak terkena pada anda sendiri atau anak anda.mencari kerja bukan terlalu mudah seperti yang anda pikirkan..20 borang di isi kalu 1 dipanggil temuduga dikira begitu bernasib baik..jadi kepada anda di atas janganla terasa terlalu releven atau puas ati bila sesetengah kontrak ditamatkan especially yg anda senaraikan di atas..ingatla hidup ini ada surut dan pasangnye.jadi perlulah anda besyukur jika sekarang anda dan keluarga anda sudah memiliki kerjaya atau peluang kerjaya yang sudah terjamin.tidak perlulah anda untuk merasa gembira dengan kehilangan mata pencarian orang lain dan menunjukkan rasa yg sgt puas ati dengan tindakan itu..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
I guess the first two commenters were indeed government permanent staffs, am I get it right? Dear sir, bear in mind, we don't have any intension to act in such offensive way towards our government. We're just like you, loyal citizens but, unlucky one...Sometimes, you have to accept the fact that some people just find life too hard to deal with. Ohh..my bad...unpoor gentlemen like you two certainly have no idea what 'a hard life' mean, far from understanding what it feel to be young ex-government staffs whom have a bunch of families behind them to feed. Standing on comfortable zone, so that mean you don't have to care of those dirty ground, huh? We're not trading for simpathy, just a little regret on how young generations are abandoned like they're a piece of useless crap...It just a sad story til then....

Sincerely,
Contract-Terminated ex-Government Officer

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif