Jumaat, 14 Januari 2011

Kalau Dah Totok PAS, Pergi Haji Pun Tak Berguna !!


Seorang sahabat Taming Sari hari ini menceritakan kisah seorang yang bergelar haji, iaitu pemandu lori di salah sebuah agensi kerajaan pusat di Kelantan yang sangat bermasalah. Sahabat Taming Sari ini pegawai di situ dan masih muda orangnya. Dek kerana dia masih mudalah, orang bawahannya kebanyakkan sudah berumur tidak menghormatinya kononnya dia kurang pengalaman. Pelbagai cara sudah diaturkannya bagi mengurus selia anak buahnya namun ada sahaja halangan dek kerana sikap sesetengah stafnya merasakan diri mereka lebih tua dan ada pengalaman.

Taming Sari amat mengenali sahabat Taming Sari ini kerana dia bukan calang-calang orang ketika belajar di universitinya dahulu. Dia pernah menerima pelbagai anugerah kepimpinan ketika itu. Sebelum berkerja di agensi itu pun dia sudah punya kedudukan yang baik di agensi kerajaan lain dan punyai rangkaian yang ramai namun di hadapan stafnya kini dia tidak pernah menunjuk-nunjuk kebolehannya dan sering berimej sederhana. Katanya, dia pernah dulu memimpin kumpulan gengster India sehingga dia mampu menundukkan India itu dengan perang psikologi. Tidak mungkin masalah sedemikian tidak dapat dikendalikannya dengan baik.

Paling malang, stafnya yang jelas tidak menghormatinya itu bergelar haji. Tidak tahu apakah asbabnya, si Haji ini terlalu busuk hati dan dengki mendengki dengan kesenangan orang lain. Apabila kesenangan hadir padanya dia diam. Tapi jika kesenangan itu ada pada orang lain, dia bakal mendengkinya. Dia menghasut rakan pemandunya bagi mencipta masalah di organisasi itu dan bermacam-macam lagi perkara yang dilakukannya sungguh tidak mengambarkan dia ini seorang yang pernah mengadap Baitullah Rumah Allah.

Terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh sahabat itu kepada Taming Sari. Jelas, apabila ditanya kepada sahabat Taming Sari itu, apakah pandangan politik si haji itu, dia dengan yakin menyebut bahawa haji itu totok PAS.

Taming Sari dapat membuat kesimpulan dari pemerhatian yang sudah lama iaitu apabila seseorang itu apabila jiwanya sudah dirasuk PAS, maka akan ada satu titik hitam yang jahat melekat pada hatinya biarpun dia sudah mengadap Baitullah sekalipun. Ini kerana jika dia pulang dan masih memilih PAS, tidak akan ada apa-apa perubahan dalam dirinya kerana sifat tercela yang ada pada PAS itu masih ada lagi pada dirinya. Ramai haji-haji yang totok PAS bersifat begitu.

PAS adalah parti yang penuh di dalamnya sifat dengki, khianat dan pembohong dan fasiqun. PAS mempergunakan Islam demi survival politiknya. Lihatlah PAS hari ini, apa sahaja yang dicadangkan UMNO semuanya dibangkangnya. Buruk tidak mengapalah dibangkang, ini sehingga perkara baikpun mereka akan bangkang. Asalkan ia UMNO, wajib bagi mereka diganyang.

Jika UMNO pertahankan AlQuran dari dihina oleh DAP, PAS mempertahankan DAP. Jika UMNO nak bawa pembangunan di Kelantan, mereka bangkang itu dan ini. Selepas itu fitnah UMNO kononnya menyekat peruntukan untuk projek pembangunan di Kelantan. Sedang Kerajaan PAS Kelantan yang ramai dikalangan pemimpinnya sudah bergelar haji, berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita dengan kedaifan kemudahan asas seperti air dan jalanraya. Ini bukti kezaliman PAS.

Jika di dalam masjid, merekalah jaguh dengan berdekah-dekah berceramah mengata dan mengutuk orang itu, orang ini namun apabila di alam realiti mereka menyorok dari menjadi hero membangunkan kehidupan rakyat. Apabila timbul isu yang boleh menganyang UMNO, mereka keluar semula menjadi hero dan paling menarik mereka isi jihad keheroan mereka itu sehingga ke jalanan. Berdemonstrasi dengan kegagasan.

Jadi, tidak hairanlah mengapa haji yang menjadi pemandu lori di bawah selian sahabat Taming Sari itu bersifat begitu.

Nota kaki : Kepada haji itu, Taming Sari ingatkah, jangan jolok sarang tebuan dan jangan simbah api yang marak dengan petrol. Ingat itu !!

Renung-renungkanlah.

Penulis,

2 ulasan:

Lintau Perak berkata...

Salam ziarah,
mohon link ke blog tuan utk kongsi maklumat dan perjuangan.
T. Kasih

Ana berkata...

Kalau Dah Totok PAS, Pergi Haji Pun Tak Berguna !! saya setuju dengan anda dan saya bersetuju dengan nukilan anda. Saya nak berkongsi cerita dengan anda yanga ceritanya hampir sama berlaku di tempat saya di Sungai Petani Kedah pada 10/01/2011 [jam 1030pagi]. Satu majlis ringkas diadakan di salah sebuah rumah Taman.....di mana Ketua UMNO Bhg Merbok sudi menyerahkan sebuah kereta sorong kepada ibu tanggal untuk menjalankan perniagaan. Tiba-tiba muncul seorang Bilal bertitle Haji baru kembali dari Makatul mukarromah muncul di majlis tersebut tanpa di undang. Kami lebih kurang 10 orang termasuk Ketua Bhg dan AJK Bhg Merbok sedang minum pagi mempelawanya minum bersama. Bilal tersebut menolak. Sebelum beredar dia sempat mengeluarkan kata....puih...tak boleh berkawan dengan puak-puak UMNO kafir laknat....nilah punca bala di taman kita...semoa Allah swt laknak puak-puak ni di dunia dan akhirat....". Kemudian Bilal tersebut pun beredar dari situ......inilah sikap taksuh ahli PAS yang baru pulang dari menunaikan fardhu haji baru-baru ini, kami sangkakan perangai Bilal ini dah berubah bila balik dari Mekah...rupa-ruapnya lagi teruk...Inilah rupa bentuk pejuang-pejuang PAS di alaf ini yang kaya dengan ketaksuban, kebodohan, kejahilan dan kefasikan.....

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)