Isnin, 10 Januari 2011

Patuhlah Ana Raffali Menang !!

Ana Raffali pasti akan melonjak namanya selepas mendapat gelaran ini.

Lagu yang menjadi juara AJL Musim ke 25 TV3.

Ramai yang terkejut dengan kemenangan muka baru yang baru meningkat naik iaitu Ana Raffali. Dengan mempertaruhkan lagu "Tolong Ingatkan Aku", ia telah menarik minat juri yang diketuai oleh M.Nasir. M. Nasir yang terkenal dengan kariernya sebagai komposer dan penyanyi lagu-lagu berunsur puisi dan puitis ini pastinya menjadi faktor mengapa lagu "Tolong Ingatkan Aku" ini diangkat setinggi itu. Lagu dan lirik ciptaan Ana sendiri tersebut sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri malah khabarnya ia memang berasal dari sebuah puisi. Tidak hairanlah ia layak diangkat menjadi juara.

Apa yang menariknya Ana muncul di khalayak apabila di ketengahkan oleh seorang komposer yang "menjumpai" video klipnya di Youtube. Sudah pastilah, bakat anak muda ini tersendiri dan tidak dikorek melalui rancangan realiti. Kemenangan di AJL sudah pasti akan menaikkan semangatnya bagi menghasilkan karya yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang.

Dalam AJL kali ini juga ia sungguh bermakna apabila lagu yang menceritakan kisah Anwar Ibrahim iaitu Drama King turut diangkat menjadi Naib Juara membuktikan lagu itu bakal menjadi syair ingatan buat semua agar tidak terpedaya dengan muslihat si Raja Drama bernama Anwar ini.

Lagu nyanyian Black dan Meet Uncle Hussain benar-benar menceritakan siapa Anwar Ibrahim

Persembahan mantap yang mengangkat lagu Drama King (Anwar Ibrahim) sebagai naib juara.

Persembahan memukau untuk lagu hanyut.

Gimik Hafiz seperti ditembak di atas pentas mendebarkan ramai penonton.

Lagu yang dinyanyikan punya kekuatan tersendiri namun oleh sebab gugup dan gangguan wanita suara latar yang akhirnya menyepaknya mencacatkan persembahan.

Walaubagaimanapun. Tahniah kepada semua pemenang. 

Wallahhualam.

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ko ni tak faham agama islam,,buat penat jer ko letak ayat Al-quran kat blog engkau tapi engkau tak faham isi al-quran tu sendiri..sedih aku tengok engkau sanggup jadi penjilat...jumpa aku kat akhirat nanti ok,,,,aku jamin ko akan nyesal kalau engkau mati dengan dok buat kerja bodoh macam nie...wasalam

Tamingsari berkata...

Hoi Anon !!...

Yakin sangat ke ko akan dihisab dahulu atau aku dihisab dahulu...

Bercakap persis nik aziz yang anggap kononnya masuk syurga.

Nak masuk syurga macamane kalau hati tu busuk, mulut tu suka menfitnah.

Cit !!

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)