Jumaat, 21 Januari 2011

Perang Mulut Rosmah Mansor Dilancarkan !


Kenyataan terbaru DS Rosmah Mansor akhirnya dilancarkan khusus mengenai banyak kritikan ke atasnya berkaitan keaktifannya yang melebihi seorang menteri dengan menghadiri banyak lawatan ke luar negera dan mengadakan satu konvesyen yang dinamakannya Konvesyen Wanita Pertama. Selain itu, program Permata Negaranya juga turut dikritik kerana tidak mampu memberi impak positif dalam membentuk jatidiri seorang anak Melayu Islam sejati apabila hanya menekankan aspek-aspek konvensional semata. Untuk kesemua perkara di atas, tiada penanda aras yang boleh mengatakan ia berfaedah kepada semua masyarakat di Malaysia.

Dengan mengunakan peruntukan yang besar serta penjelasan yang kurang jelas darinya dan PM, maka rakyat tertanya-tanya adakah dengan kewujudan pejabat First Lady Of Malaysia di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya menjadi cokmar kebenaran khas bahawa Rosmah boleh melakukan sebarang akitiviti mengunakan peruntukan wang rakyat. Semua ini sebenarnya akan menjadi satu periuk api yang bakal meletup satu hari nanti jika PM dan isterinya tersalah kata dan tersilap langkah.

Apabila DS Rosmah, menjawab tuduhan ini di dada akhbar yang disiarkan salah satunya oleh Utusan Malaysia, rakyat masih belum boleh menerimanya. Ini kerana penjelasan itu tidak berpaksikan kepada fakta yang jelas dan segala persoalan yang dikemukan pengkritik masih belum dijawabnya dengan baik. DS Rosmah berkata :
Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: “Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.

“Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu terutama yang berhubung usaha untuk memperkasa wanita dan isu-isu kanak-kanak.

“Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet.

“Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya.”

“Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.


Tindakan Rosmah membuka mulut kononnya mahu menjelaskan perkara sebenar hanya bakal merancakkan lagi kritikan ke atasnya kerana ada beberapa perkara yang diutarakannya bakal menjerut tengkuknya sendiri. Sebaiknya jika dia sudah sedar, dia harus menghentikan segala tindak tanduknya dan bukan dengan membalas semula kritikan itu biarpun Rosmah berada di pihak yang benar.

DS Rosmah harus menghentikan semua penonjolan ini jika dia betul-betul sayangkan kedudukannya dan suaminya kerana walaupun dia tidak terbabit di dalam urusan politik, segala tindak tanduknya sudahpun dipolitikkan. Apabila ia sudah dipolitikkan, maka ancaman kepada letupan dahsyat kepada kem Barisan Nasional bakal berlaku jika pendekatan 'biarlah apa mereka nak kata" diteruskan.

DS Rosmah, tidak diperlukan pun untuk membantu kerajaan kerana kerajaan sudah mempunyai barisan pakar dan menteri yang boleh melaksanakan segala yang dilakukannya, malah ia lebih baik kerana mereka inilah telah dipilih oleh rakyat bagi melaksanakan tugas pemerintahan kepada negara. DS Rosmah tidak perlu bersusah payah dalam memartabatkan Malaysia ke persada antarabangsa kerana tugas utama beliau sebagai isteri Perdana Menteri lebih kepada menjaga batang tubuh dan menaikkan motivasi PM. Jika beliau ingin mahu berbakti, berkatilah secara kecil-kecilan dan bukannya sehingga memakan peruntukan besar yang bisa mengundang rasa curiga rakyat dan malapetaka kepada suaminya pula. 

PM dan Barisan Nasional harus belajar dari pembalasan rakyat ke atas kemabukkan Khairi Jamaluddin, menganggu pentadbiran Pak Mertuanya Pak Lah. Rakyat tetap menghukum selepas percaya dengan segala kritikan yang dibangkitkan dan tambahan pula, kerajaan Pak Lah mengunakan pendekatan biarlah apa mereka nak kata bagi menjawab kritikan itu. Akhirnya hampir sahaja kem Barisan Nasional runtuh sepenuhnya diserang rakyat pada PRU ke 12.

Renung-rengungkanlah. 

Penulis,

6 ulasan:

keris hitam bersepuh emas berkata...

PERSOALANNYA:

MAMPUKAH PM MENYEKAT KEGHAIRAHAN ISTERINYA YANG INGIN BERKUASA. AKU MALU BERPERDANA MENTERI SEORANG YANG DAYUS. KITA TUNGGU DAN LIHAT. URUTAN EPISOD SETERUSNYA.AKU SEBAGAI RAKYAT TIDAK MENGHALALKAN WALAU PUN 5 SEN DUIT AKU DISALAH GUNAKAN KERANA KEGILAAN UNTUK MENJADI NOMBOR 1.

Anak Jati Pahang berkata...

Saya tak kisah sekiranya DS Rosmah nak jadi "First Lady of Malaysia", tapi pertamanya dia perlu menjadi isteri kepada DYMM SPB Agong. Atau jadikan Malaysia "republik". Menjadi isteri kepada PM sekalipun, belum boleh dianggap sebagai "First Lady".

AKU PEDULI APA @ APA berkata...

Salam Tamingsari.http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/01/lat-ta-lilat-tamflomflom.html

Mari kita main "Lat ta lilat tam FLOM"

AnaQarbana berkata...

biarlah apa depa nak kata...sya bukan ahli politik.....itu jawapan ringkas dan mudah...tapi dato' seri kena ingat...apakah kesan kepada UMO/BN dalam PRU ke-13 ni...itu yang penting..pengundi akan membuat keputusan....tak kesiankah datin seri kepada tok jib.suami kesayangan. tengok apa jadi di Tunisia...kerana isterikan....rakyat buat keputusan...

dinturtle berkata...

salam tuan, terimakasih kerana sudi linkkan blog saya. Sudah saya lakukan yang sama.

ternanti2 apa komen Najib tentang aktiviti isterinya.

sebenarnya kita untung ada isteri PM yang overaktif ni, cuma salurkanlah lebihan tenaga tu dalam negara je.

Tamingsari berkata...

Wsalam...

Lama dah din saya add link dalam blog nie.

Cuma baru hari nie je follow.

Kalo boleh awak follow blog sy juge.

Selamat berjuang!

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif