Sabtu, 8 Januari 2011

Perpaduan Kaum Kunci Kejayaan Malaysia


Melihat keadaan politik yang tidak stabil sekarang yang melanda negeri-negeri kawalan Pakatan Haram, pelbagai isu dibangkitkan dan kadang kala betul-betul mengancam perpaduan kaum di negeri tersebut. Bagi Taming Sari, tahap kecurigaan kaum di negeri-negeri seperti P.Pinang dan Selangor begitu ketara akibat dari sikap pemimpin DAP dan PKR yang mengamalkan liberalisme dalam pemerintahan sambil kononnya mahu memberi kesaksamaan kepada semua kaum walaupun sebelum ini ramuan kontrak sosial sudah menepati formula kejayaan negeri-negeri tersebut.

Masa depan orang-orang Melayu di negeri-negeri tersebut jelas kian terancam akibat dari prinsip liberalisme ini kerana orang Melayu walaupun sudah 53 tahun merdeka masih mengharapkan bantuan tongkat dari kerajaan. Sikap DAP yang anti kepada hak istimewa Melayu mengundang tindakan yang benar-benar tidak memihak kepada orang Melayu. Bukti jelas DAP amat elergik kepada hak Melayu ialah mereka secara berani menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang pernah diperkenalkan bagi membantu orang-orang Melayu di negeri-negeri dominasi mereka. Di P.Pinang sekarang ini, satu persatu perkampungan Melayu bakal diterbalikkan dan digantikan dengan projek perumahan mewah yang hanya mampu dimiliki oleh tokeh-tokeh Cina. Peniaga-peniaga kecil Melayu terus dianaktirikan manakala peniaga kecil Cina terus dipelihara.

PKR dan DAP sekali lagi mengisi momentum anti India apabila kaum India juga tidak terbela di negeri-negeri pemerintahan mereka. Terbaru, Restoran Nasi Kandar India Muslim di P.Pinang telah disita dan ADUN Komtar yang tutut terlibat di dalam operasi itu turut menghina pemilik restoran tersebut dengan kenyataan melampau dan biadap. Kuil-kuil di Selangor turut dibakulsampahkan apabila pernah seorang India membakar dirinya tanda protes dengan tindakan kerajaan negeri mahu merobohkan kuil tersebut. Ini membuktikan bahawa PKR, DAP dan PAS tidak menghormati rumah ibadat orang India tersebut.    

Pelbagai kenyataan rasis yang dibangkitkan oleh kaum Cina kepada orang-orang Melayu terutama dari DAP begitu menyakitkan hati dan telinga orang-orang Melayu. Kecurigaan orang Cina kepada kaum Melayu begitu tinggi walaupun keduanya sudah hidup bersama selama 53 tahun. Mereka sebenarnya lupa, orang Melayu sudah banyak berkorban bagi mengadaikan kewarganegaraan demi membolehkan mereka duduk di dalam negara ini selepas British keluar dari Tanah Melayu. Tidak dinafikan sumbangan kaum itu kepada ekonomi negara namun, janganlah ia dijadikan alasan untuk membeda-bedakan taraf hidup orang Melayu dan Cina di negara ini.

Namewee bukti kepada terjemahan pendidikan keluarga dari kaum Cina yang senantiasa memberi peringatan kepada anak-anaknya bahawa kecurigaan kepada kaum Melayu harus dipelihara. Namewee begitu berani menghina orang-orang Melayu dan lagu negaraku dalam video klip "negarakuku" serta video klip bertajuk "Nah ". Ini baru yang diterjemah, manakala yang masih terbuku ditengah-tengah benak kaum Cina tiada siapa yang dapat merungkainya. DAP-lah parti yang senantiasa mengapi-api sentimen kebencian ini dan mengalak kepada sentimen anti Melayu.

Bagi Taming Sari, orang Cina perlu meneutralize perasaan mereka dan membuang rasa curiga itu jauh-jauh kerana sejarah telah membuktikan tahap tolerasi orang Melayu kepada kaum Cina begitu tinggi sekali. Kaum Cina, India dan Melayu perlu beriringan di dalam mengerakkan ekonomi negara kerana kesemuanya memiliki peranan masing-masing sesuai dengan ciri-ciri yang ada pada kaum tersebut. Kejayaan tidak akan dicapai selagi ada di antara tiga kaum ini merasakan diri mereka terancam dan sudah pasti jika wujud perasaan itu ketidakseimbangan sosial bakal berlaku. Ini bakal membawa kepada wujudnya pula masalah jenayah lain yang boleh mengancam keselamatan semua kaum.

Amat malang di dalam usia 53 tahun merdeka ini, kita tiga kaum terbesar di dalam negara masih gagal dalam menyatukan hati bagi membawa satu ideologi menuju ke arah negara maju. Apa yang sudah termaktub di dalam perlembagaan cetusan dari kontrak sosial sudah begitu sempurna bagi mewujudkan ramuan berkualiti memantapkan sosial-ekonomi Malaysia. Apa yang perlu kita lakukan adalah hanya memeliharanya dengan baik dan memastikan setiap sensitiviti kaum dijaga sebaiknya.

Nota kaki : 1 Malaysia adalah ubat kepada semua ini.

Wallahhualam.

Penulis,

Comments
0 Comments

Carian Artikel

Memuatkan ...
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Senarai Artikel