Jumaat, 28 Januari 2011

Sampah Di Kota Bharu Sebusuk Hati Pemimpin PAS Kelantan


Bersihkan dahulu bandar Kota Bharu! Mungkin perkara itu yang perlu diberi keutamaan oleh kerajaan Pas Kelantan yang ketika ini dilihat begitu cenderung terlibat sama menganjurkan ceramah atau forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terbaru, kerajaan Pas Kelantan terlibat dalam penganjuran program Bersih 2.0 yang kononnya untuk membersihkan proses pilihan raya di negara ini.

Penganjur program itu mendakwa proses pilihan raya di negara ini tidak bersih dengan alasan wujud pengundi hantu dan banyak lagi. Maka berpusu-pusulah rakyat Kelantan, pastinya di kalangan pendukung setia parti Pas menghadiri ceramah dan forum tersebut seperti yang berlaku di Balai Islam Lundang pada malam 21 Januari lalu.

Forum tersebut menampilkan tiga ahli panel iaitu Prof. Dr. Abdul Aziz Bari; Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Datuk Dr. Toh Kin Woon dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa. Sementara Prof. Dr. Abu Hassan Abdullah bertindak selaku moderator. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Sepanjang hampir dua jam berceramah, ketiga-tiga ahli panel begitu bersemangat melontarkan buah fikiran dan alibi masing-masing bagi menyokong dakwaan proses pilihan raya di negara ini 'perlu dibersihkan'.

Malah, dalam ucapannya, Kin Woon juga tidak berselindung menuduh proses pilihan raya di Malaysia tidak telus, tidak adil, tidak bersih dan banyak kelemahan.

Bekas guru itu yang pernah berkhidmat di sebuah sekolah di negeri ini juga tidak teragak-agak menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia diperintah oleh diktator ketika persoalan itu diajukan oleh Abu Hassan.

Dengan tema 'Membersihkan Pilihan raya Demi Masa Depan Rakyat', forum tersebut telah menarik lebih 2,000 pengunjung termasuk pelajar sekolah dan penuntut pusat pengajian tinggi yang turut teruja untuk 'terjun' ke dalam dunia politik.

Senario tersebut mungkin berbeza dengan pelajar dan penuntut bukan Melayu yang lebih cenderung meningkatkan kecemerlangan akademik mereka supaya kelak mendapat pekerjaan lebih baik dan bergaji lebih besar dalam dunia yang semakin mencabar.

Melihat respons hadirin, timbul persoalan alangkah baiknya jika usahasama dilakukan oleh Urus Setia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri bagi menggerakkan usaha bersepadu melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan usia untuk membersihkan bandar Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya daripada pelbagai kekotoran sampah sarap.

Ini kerana jolokan Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Negeri Serambi Mekah, masih tidak dapat mengubah tahap kebersihan di negeri ini yang semakin memualkan banyak pihak.

Berjalan di ceruk-ceruk atau lorong-lorong sekitar bandar ini terutama di Medan Selera MPKB di Bazaar Buluh Kubu yang menempatkan deretan kedai makan, anda pasti berdepan dengan sampah sarap yang busuk dan bertaburan di sana sini. Senario gerai makan terletak tidak jauh dari tong-tong sampah bukan lagi asing di sekitar bandar ini. Ada ketikanya menimbulkan persoalan, beginikah sikap rakyat Kelantan yang ditadbir dan diperintah oleh sebuah parti dengan dasar Membangun Bersama Islam?

Mungkin keadaan ini tidak mengapa bagi sesetengah rakyat Kelantan, kerana kawasan atau tempat lain di negeri-negeri lain hatta Kuala Lumpur juga mengalami situasi sama.

Namun, Kelantan diperintah oleh sebuah parti yang berjuang menegakkan penubuhan undang-undang Islam. Agama suci itu yang dianuti oleh lebih 90 peratus penduduk negeri ini, amat menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan, sebagaimana dinyatakan oleh Husam dalam forum tersebut, umat Islam akan berwuduk setiap kali hendak menunaikan ibadat, menunjukkan betapa kebersihan amat penting dalam Islam.

Timbul persoalan, mungkinkah disebabkan selama 20 tahun Pas memerintah kerajaan negeri, mereka lebih banyak dimomokkan dengan isu politik berbanding bagaimana mereka perlu mengubah sikap penduduk bagi menjadikan Kelantan dan Kota Bharu sebagai bandar raya Islam contoh.

Dalam congakan mudah, sekiranya selama tempoh tersebut rakyat negeri ini yang berjumlah lebih 1.5 juta, terutama generasi mudanya diberikan didikan yang betul mencakupi pelbagai aspek, bukan hanya fokus kepada politik, tidak perlulah MPKB-BRI membelanjakan kira-kira RM2 juta setahun untuk meningkatkan mutu kebersihan bandar ini, melancarkan kempen Kota Bharu Bersih 2010 dan gerak gempur membersihkan persekitaran bandar pada sebelah malam.

Program gerak gempur itu bermula pada pukul 9 hingga 12 tengah malam. Ia dilancarkan selepas kempen Kota Bharu Bersih 2010 gagal untuk membersihkan bandar ini.

Bayangkan, pada ketika kebanyakan warga bandar berpusu-pusu pulang ke rumah atau bersenang lenang menonton televisyen bersama keluarga, para petugas dan kakitangan pihak berkuasa tempatan bertungkus-lumus menyapu jalan dan memungut sampah.

Ini belum mengambil kira kenyataan Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PPPK) sebelum ini bahawa tinjauan ke atas 70 buah masjid mendapati 90 peratus tandas di rumah ibadat itu dalam keadaan kotor. Jadi, di manakah letaknya imej Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah pada kaca mata pengunjung luar?

Renung-renungkanlah.

Nota kaki : Kota Bharu Bandaraya Islam. Cit !!! aku tengok dah macam tapak pelupusan sampah sahaja. PAS sahaja yang "love" sampah sebab mereka pun dah macam sampah. Islam tak ajar umatnya kotor seperti ini. Kota Bharu Bandaraya PAS baru betul ! haha. 


Penulis,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TakundiPASorangjahiliah_/Article/

'Tak undi PAS orang jahiliah'


2011/01/28
LABIS: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah.

Beliau merujuk demikian ketika ditanya mengenai peluang PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan berkata: “Peluang terletak atas orang sini (Tenang)... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam.

abe zul Kelate berkata...

ITULAH REALITI SEBUAH BANDARAYA ISLAM YANG GAH DI MATA PAS.....SEBUAH PENGIKTIRAFAN YANG DIBUAT ATAS DASAR POLITIK MURAHAN BAGI MENCARI POPULARITI DAN NAMA....SAYA ADALAH ANAK JATI KELANTAN DAN RASA TERPANGGIL UNTUK MEMBUAT ULASAN BERHUBUNG STATUS SEBUAH BANDAR YANG DIDAKWA ISLAMIK....PADA SAYA STATUS ITU TIDAK LAYAK UNTUK DIBERIKAN KEPADA KOTA BHARU KERANA IANYA TIDAK MENEPATI KRITERIA.......KOTA BHARU YANG DITADBIR URUS OLEH PAS LEBIH 20 TAHUN LEBIH LAYAK DIGELAR DARUL SAMPAH.....TAHAP KEBERSIHAN NYA AMAT MENDUKACITAKAN,TANDAS-TANDAS TIDAK SEMPURNA,LONGKANG-LONGKANG TERSUMBAT,SAMPAH-SAMPAH MEMBUAK BUAK DARI TONG,BEKALAN AIR SENTIASA TERPUTUS SERTA SERIBU SATU MACAM MASALAH BERSARANG DI BANDAR ISLAM INI......PAS SERING BERKHUTBAH SOAL BERSIH KEPADA KHALAYAK.....PILIHANRAYA MESTI BERSIH,MAHKAMAH MESTI BERSIH SERTA MACAM-MACAM ISU KEBERSIHAN DIUTARAKAN PAS SAHINGGA MEREKA TERLUPA YANG TAHAP KEBERSIHAN PAS SENDIRI TERUTAMA SEKALI PEMIMPIN NYA......SEBELUM PAS MEMPERSOALKAN KEBERSIHAN ORANG LAIN.....CUBALAH PAS MEMBERSIHKAN DIRI KALIAN TERLEBIH DAHULU ......CUBA KALIAN BERSIHKAN LIDAH,BERSIHKAN HATI,BERSIHKAN PERIBADI,BERSIHKAN MINDA,SERTA BERSIHKAN SIKAP DAN PERBUATAN......ITU SAJA......PAS TERLALU NAMPAK KEKOTORAN DISEBARANG LAUTAN TETAPI BUTA DENGAN KEBERSIHAN DI MATA.......SEBELUM KALIAN MEMBICARAKAN KEBERSIHAN TEMPAT LAIN...ELOK LAH KALIAN BERSIHKAN KOTA BHARU SEBERSIH-BERSIHNYA............

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum saudara seISLAMku..moga saudara mendapat hidayah dr ALLAH SWT.saudara kene ingat bahawa ulama' itu pewaris nabi..sudah sudahlah fitnahkan org.ingat kiamat dah nak dekat..

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif