Ahad, 23 Januari 2011

Semangat Rakyat Tunisia Di Dun Sabak Kelantan !


Menentang pemerintah yang zalim seperti Nik Ajis sudah menjadi kemestian bagi rakyat Kelantan. Selama ini mereka diperbodohkan dengan manifesto "tolak pembangunan asalkan Isle dimartabatkan". Hakikatnya Isle di Kelantan lebih kepada kopiah dan serban sahaja material lebih diutamakan. Nik Ajis sendiri sehingga buncit, menterkedarah hasil negeri dan wang rakyat. Rumahnya sahaja kononnya rumah kayu tapi harta lainnya banyak. Paling malang, rakyat dikawasannya sendiri dibiarkan menderita. Sebelum ini pun sudah ada cerita yang meletup di kawasan Nik Ajis ini kerana ada rakyat di sana yang duduk di rumah bekas reban ayam. Baca sini.

Hari ini, rakyat di Dun Sabak sudah hilang sabar. Mereka memanggil media dan secara aman berhimpun menunjukkan rasa kesal, kecewa, pasrah dan marah kepada Nik Ajis, Husam dan PAS Kelantan yang pemalas kerana membiarkan rakyat Kelantan menderita dengan kemudahan asas yang serba daif. Menurut Utusan Malaysia :

Sekumpulan penduduk Kampung Sabak di sini hari ini mengadakan bantahan secara aman bagi menyuarakan kekecewaan mereka di atas sikap kerajaan negeri yang didakwa lepas tangan dalam menyelesaikan masalah jalan rosak di kampung berkenaan sejak lima bulan lalu.

Kumpulan penduduk terbabit mendakwa, kerosakan jalan tersebut menjejaskan aktiviti harian mereka, selain mengancam keselamatan orang ramai terutama pelajar yang berulang-alik ke sekolah berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), En Ahmad Rasydan Mohd. Khir berkata, jalan tersebut menghubungkan beberapa kampung berdekatan antaranya Kampung Sabak, Kampung Pulau Gajah dan Kampung Tanjung Kuala.

Dua orang penduduk pula berkata :

Mat Noor menggesa supaya pihak kerajaan negeri membuat lawatan untuk melihat secara lebih dekat keadaan sebenar yang berlaku di tempat tersebut.

"Barulah boleh tahu masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kalau sekadar bercakap negeri bagus, rakyat hidup selesa itu tidak jelas. Itu cakap politik," katanya.

Latifah Rani, 40, pula mendesak kerajaan negeri supaya tidak berlengah-lengah membaiki jalan tersebut demi kepentingan rakyat selaras dengan slogan Membangun Bersama Islam yang dilaung-laungkan sejak 20 tahun lalu.

"Bukan Islamik namanya kalau masalah rakyat terus dibiarkan berlarutan begini. Ini juga adalah sebahagian daripada penderitaan rakyat (jalan rosak).

'' Penduduk di sini tiada jalan alternatif lain untuk menghubungi satu destinasi ke satu destinasi melainkan itulah satu-satunya jalan perhubungan utama mereka," katanya

Kemalasan Nik Ajis makin teruk kerana kawasannya sendiri malas untuk dijenguk. Berdasarkan apa yang dinyatakan penduduk maka jelaslah kekejaman pemimpin PAS di Kelantan yang membelakangkan keselesaan penduduk dengan Isle yang dijajanya. Ini baru satu masalah iaitu jalan, masalah air, rakyat Kelantan sudah lali. 

Rakyat Kelantan bukan tidak tahu, PAS memang pemerintah yang pemalas, tetapi kerana terpesona dengan janji Isle sahaja, rakyat Kelantan tewas. Rakyat Kelantan perlu sedar kezaliman yang direncana PAS telah lama ditutup dengan ceramah politik. Isle tidak akan mampu diperteguhkan jika kita ketinggalan dari segi pembangunan dan teknologi. Jika di Tunisia, kekejaman Presiden Zainal Abidin disanggah dengan demonstrasi, rakyat Kelantan perlu lebih bijak bertindak. Bijak dalam erti kata menterjemahkan undi ketika pilihanraya. Apa guna mengundi orang tua yang nyanyuk, kolot dan tiada tenaga. Isle tah ke mana, masa depan rakyat tidak terbela.

Jadi rakyat Kelantan, renung-renungkanlah !

Penulis,

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa yg nak diherankan sgt dgn pas kelantan...saban hari kerja mereka adalh mengumpat dan mengeji..!hari2 dok buat ceramah,kerja x jalan..ada pangkat dibagi pada kroni2..!!pastu kata kerajaan pusat x tolong...!!mmg suwey la rakyat kelantan dapat pok nik jaga...sampai mampus pun dia xkan letak jawatn.

KERIS HITAM BERSEPUH EMAS berkata...

TAK ADA ORANG KELANTAN KE YANG BACA BLOG NI. KALAU DIBACA APA YANG TERSIRAT DARIPADA ULASAN INI, KESIMPULANNYA MAJORITI ORANG KELANTAN DIANGGAB BODOH KERANA MEMILIH PAS SEBAGAI PEMIMPIN. APA MACAM ORANG KELANTAN TAK BERANI JAWAB KE ?

Tamingsari berkata...

Kalau senyap tu tandanya mereka sedar... Alhamdullilah.

Tak macam keris hitam bersepuh emas, masih bodoh untuk bersama PAS PIS PUS...

Haha....

Jgn marah ye!

Abe Zul kelate berkata...

SAYA ANAK JATI KELANTAN TETAPI SEUMUR HIDUP SAYA TIDAK PERNAH SAYA SERAHKAN JIWA DAN UNDI SAYA BUAT PARTI SUCI PAS.....SEDARI KECIL LAGI SAYA TELAH DIKURNIAKAN AKAL DAN HIDAYAH OLEH ALLAH AGAR MENJAUHKAN DIRI DARI PARTI SYAITAN INI....SEDARI KECIL LAGI SAYA TELAH MELIHAT KEJAHATAN, KECELAKAAN, PERPECAHAN DAN KETAKSUBAN YANG DIBAWA PARTI DAJJAL INI.....DAN ALHAMDULILLAH SAYA DISELAMATKAN OLEH ALLAH DARI BERDOSA BERSENGKONGKOL DENGAN PARTI YANG AMAT TERCELA INI.....KEPADA PENDUDUK DAERAH SABAK..SEHARUSNYA ANDA BERSYUKUR KERANA DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH AGAR SEGERA MENINGGALKAN PARTI YANG BERDOSA DAN KEJI INI......PAS ADALAH PARTI YANG LEMAH,TIADA UPAYA,PENUH MUSLIHAT,PENUH TIPU DAYA DAN SERING MEMPERALATKAN INSAN BAWAHAN BAGI PEMIMPIN MEREKA MENGAUT KEUNTUNGAN DAN KEMEWAHAN DUNIAWI......DI JIWA DAN DI HATI MEREKA TIADA KEIKHLASAN UNTUK MEMBANTU......ROHANI SELURUH PEMIMPIN PAS ADAKAH NAIF DAN SAKIT....MEREKA TIDAK DIKURNIAKAN TENANG OLEH ALLAH S.W.T......JIWA MEREKA PENUH API KEBENCIAN, DENDAM KESUMAT YANG SENTIASA MENYALA-NYALA TANPA SEDETIK PUN PADAM.....KEPADA SELURUH RAKYAT KELANTAN INILAH MASA YANG PALING SESUAI UNTUK ANDA MENILAI DAN MEMBUAT KATA PUTUS......KEJAHTAN DAN KEDURJANAAN PAS JELAS TERSERLAH DI DEPAN MATA ........KEPADA PENGANUT PAS AYUH TINGGALKAN PERJUANGAN YANG SIA-SIA INI.....SESUNGGUHNYA PAS TIDAK MAMPU DAN SELAMANYA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBELA NASIB KALIAN DAN AGAMA SUCI ALLAH SEBAGAIMANA SEPATUTNYA .........AYUH,AYUH TINGALKAN MEREKA.........

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif