Ahad, 23 Januari 2011

Siti Saleha Bertudung Kerana Peminat !


Siti Saleha atress yang kini menjadi tumpuan di dalam slot drama TV3 "Ustaz Amirul" kerana wajahnya yang ayu, sikapnya yang lembut dan tambahan pula dia bertudung litup meruntun hati mana-mana jejaka yang masih mencari isteri solehah. Gerak-gerinya cukup menyentuh hati bagi mereka yang benar-benar mahu mencari calon isteri yang sebaik itu. Namun, hakikatnya, watak Munirah yang dibawa Siti Saleha tidak mencerminkan sifatnya di luar.


Apa yang diungkapkan oleh Siti Saleha sangat mengujakan :

Aktres Siti Saleha, 20, mengakui ramai peminat yang menggemari lakonannya sebagai wanita bertudung.

Justeru itu, dia sanggup menerima watak wanita bertudung untuk drama terbarunya, Ustaz Amirul di TV3 mulai 7 Januari ini, setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Dia melakonkan watak Munirah, seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Dia dijodohkan dengan Ustaz Amirul yang lebih mencintai kekasihnya, Adawiya.

"Saya terima watak ini (bertudung) sebab respons yang bagus daripada peminat. Pada saya, bukan susah untuk memakai tudung kerana saya pernah bertudung semasa bersekolah dulu.

Beginilah artis Malaysia yang tak cukup umur ini mengklasifikasi sesuatu keadaan walaupun dia tidak sedar apa yang diungkapkannya boleh mengungat akidah. Penonton juga pernah rasa tertipu dengan gelagat pelakon, Tiz Zaqiah yang membawa watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih. Ramai peminatnya mahu dia bertudung dan mengekalkan watak Nur Amina di dalam dirinya. Hakikatnya beginilah dunia artis dan hiburan yang tidak pernah berpaksikan kepada realiti.

Kepada penonton, tidak perlulah terlalu emosi kerana hasrat anda mahu seseorang atres itu mengikut apa yang dilakonkannya sangat sukar diterima kerana nilai peribadi seseorang pelakon itu tidak boleh dinilai dari watak lakonannya. 

Kepada artis dan pelakon pula, Taming Sari harap, jika anda tidak mahu mengikut ajaran Islam, janganlah memberi kenyataan yang boleh mengugat akidah anda terutama di dalam soal bertudung.

Renung-renungkanlah.
Penulis,

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah namanya berlakon makanya itu semuanya tidak lebih dari lakonan semata-mata. Apakah seseorang yang melakonkan watak hantu perlu betul-betul jadi hantu? Tentu tidak, hanya berlakon seolah-olahnya dia hantu tapi hakikatnya dia bukan hantu sekadar lakonan aje seperti hantu. Malangnya ada orang mahu betul-betul jadi hantu semasa berakon.

Pun begitu, kata-kata Taming Sari sememangnya betul dan perlu diambil berat kerana, jika anda tidak mahu mengikut ajaran Islam atau tidak mengambil berat ajaran Islam, janganlah memberi kenyataan yang boleh mengugat akidah anda terutama di dalam soal bertudung.

Tamingsari teruskanlah perjuangan.Kalah menang itu isu lain. Ingatlah, melintang patah, bujur lalu.

Keturunan Panglima Perang Limbang.

Tanpa Nama berkata...

Begitulah kebanyakan artis seakan mempersendakan hukum dalam agama. Rasa megah kerana dapat menghayati watak muslimah yang baik dengan bertudung dan bersopan santun, walhal diluar seksi meksi. Jahil tentang soal agama atau sudah buta hati???

CHUA JUI MING berkata...

WAJIB KA PAKAI ITU TUDUNG?? LA... WA INGAT TARAK WAJIB SBB ITU NAJIB PUNYA BINI, PUN TARAK PAKAI.?? DIA KAN PEMIMPIN ISLAM CONTOH DI DUNIA.. MANA SATU BUTOI NI. HAIYA..

Lan Kulaan berkata...

Pakai tudung tu wajib bagi wanita muslimah. Bini Najib tu, aku rasa belum kena dakwah oleh suaminya atau belum sampai ilmu kepadanya. ? Untuk sampai ilmu perlu dakwah. So, dapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. dalam perkara agama ini. Contoh yang baik, ada raja2 yang mempunyai isteri yang memakai tudung.
Harap ada yang faham.

KELISA DURI berkata...

Jangan adili buku buku kerana kulitnya...... Jangan adili orang hanya kerana pakaianya ...... Kita cuma sampaikan apa yang kita tahu... Hendak atau tidak adalah hak seseorang itu... Wassalam

Lan Kulaan berkata...

Hak seseorang? tak mau aku. Ahli sunah wal jamaah ikut al-Quran , sunnah dan hadis je. tak nak aku sesat.

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif