Isnin, 13 Februari 2012

14 Februari : Ada Peristiwa Lebih Penting Dari Valentine


Tanggal 14 Februari. Terserahlah, sama ada untuk bergembira dengan Saint Valentine (Valentine's Day) yang tiada dalam sejarah tempatan, atau terharu dengan The Last Man Standing dalam sejarah keberanian dan kepahlawanan Melayu, sehinggakan ke tahap pertempuran menggunakan benet dan akhirnya gugur sebagai bunga bangsa.

Mari baca riwayatnya melalui Wikipedia: Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baharu - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Leftenan (Lt.) Adnan Saidi, menjadikan jumlah keseluruhannya 42 orang. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan memerintahkan orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari 1942, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen tentera Sikh daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara.

Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Askar Melayu bertempur dengan gagah berani sehingga gugur. Walaupun Lt. Adnan terkorban, lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Lt. Adnan dan regimennya. (Wikipedia)

Maka, apabila tiba 14 Februari, ingatlah Lt. Adnan dan Kompeni C nya yang pernah memalukan tentera Jepun yang kononnya hebat dengan kamikazinya. Yang kononnya hebat dengan Shogun dan Ninjanya.

Semoga Allah Taala Yang Maha Pengasih menempatkan wira-wira ini ditempat orang-orang yang mati syahid. Amin.

Al-Fatihah buat bunga-bunga bangsaku.

Kajang, Selangor

Penulis,

3 ulasan:

zethro berkata...

Sayu rasanya bila baca dan teringat balik cerita pasal Leftenan Adnan ni. Generasi muda skang ni mane la nak amik tau camne negara kita ni nak merdeka dulu. Bersusah payah nenek moyang kita sertai angkatan tentera utk mempertahankan tanahair tercinta sehingga gugur di medan pertempuran. Pengorbanan mereka sepatutnya dijadikan contoh teladan utk kita harungi kehidupan zaman skang ni yg tak menentu turun naiknya.

Tp generasi muda skang ni lebih menjurus utk mengikuti perkembangan2 terkini yg rata2nya adalah agenda Barat utk meracuni pemikiran mereka. Hasilnya lihatlah dada2 akhbar kini yg byk mendedahkan betapa terpesongnya kehidupan anak muda kini. Kalaulah Leftenan Adnan masih hidup ketika ini pastinya beliau sedih melihat generasi muda kini yg tidak menghayati pengorbanan beliau dan para perajurit negara yg lain.

Al-Fatihah kpd Adnan Saidi, Pahlawan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

tuan, tq for the posting

pengembala berkata...

anak buah aku sebok nak masuk sekolah leftenan adnan sekolah rendah,katanya kalu masuk sekolah tu akan jadi hebat mcm lt adnan tu jugak,rasa bangga dengan lt adnan,gemilang askar melayu

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif