Jumaat, 11 Februari 2011

Baca Sini Dulu Sebelum Ucap "Happy Valentine Day"


Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah diceritakan mengenai asal-usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 Masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St Valentine dengan menganggap beliau seorang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Antara sejarah lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis pula menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Islam menyeru seluruh umat Islam, khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.

Berikut ialah sikap-sikap yang perlu DIHINDARI oleh remaja Islam pada hari kekasih:

Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

Menghantar kad-kad ucapan tertera kata-kata Valentine's Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap - menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.

Menulis ucapan kata-kata cinta pada kad yang diutus dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ia juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

Kebanyakan negara Barat, parti-parti yang diadakan disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakannya menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

Menghantar pesanan ringkas kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan hari memperingati kekasih sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.


Penulis,

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAHKAN PENGANUT...BUKAN SALAHKAN AGAMA...MANA2 PENGANUT TIDAK KIRA AGAMA APA TETAP AKAN SESAT KALAU MENGABAIKAN LARANGAN AGAMA. SIMPLE.

ARTIKEL KO INI TERANG-TTERANGAN MENGATAKAN IA BERMULA DARI PENGANUT KRISTIAN. ITU SILAP MEREKA. AGAMA KRISTIAN TIADA MENYURUH MEREKA BERBUAT DEMIKIAN.

KESIMPULANNYA, IA LAHIR DARI HATI PENGANUT YANG SESAT. BUKAN AGAMA...

SEDANGKAN PENGANUT ISLAM SENDIRI PUN ADA JUGA YANG SESAT...POT PET POT PET MELEBIH2...TAPI ADA JUGA YANG SESAT...SAMPAI BUANG BAYI MERATA-RATA...ADAKAH ADIL JIKA KITA MENGATAKAN AMALAN BUANG BAYI TU ADALAH AMALAN ORANG ISLAM? SUDAH TENTU RAMAI YANG NAIK DARAH...KAN???

BEGITU JUGA HALNYA DENGAN KES VALENTINE DAY INI...

Tanpa Nama berkata...

tamingsari????mcmna???!!!

Dah FAHAMKAH!!??!!!??!!!

klau d tgok kmu tak tumpah spt Dajjal....yg nak runtuhkn umat mnusia....kamulah Dajjal...hahahahahaha..........

wahai kwan2ku....tidak kira agama,islam,mahupunh kristian...tamingsari ni sbnarnya nak mncetuskn peperangan agama d Malaysia.....

sila laporkn perbuatan beliau ini ke phak berkuasa...

mazri berkata...

APASAL SI ANON NI NK MARAH ADMIN....
SENDIRI MAU INGAT LAH....
AGAKNYA ANON BODOH NI TERASA ADMIN HENTAM PASAL HARI KEKASIH??????????
BETUL LAH APA YANG DIKATAKAN ADMIN...
ORANG ISLAM TIDAK BOLEH MENYAMBUT HARI KEKASIH...ITU BUKAN PERAYAAN ISLAM...
KALAU DAH BODOH TU CAKAP JE LA BODOH
JANGAN NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN PULAK
BODOH LAGI JAHIL ANON YANG PERTIKAI KAN ARTIKEL ADMIN NI
.........HIDUP TAMINGSARI.........

AbDUL ALLAH berkata...

berkata benar walaupun pahit. setuju dgn anon.

penganut yang salah, bukan agama.

yang komen atas ni pun satu hal jugak. mengaku islam (kalau dia islam la) tapi tak mencontohi adab cara nabi Muhammad dalam berbicara.

contoh terbaik.
salam alaik

Apek Bayard berkata...

Kepala hotak engko Mazri,, itu engko punya pasal yang org Islam tidak boleh menyembut hari kekasih.. yang engko engko tuduh org yang beragama Kristian untuk apa.. Engko pun sama mcm Taming.. anti Kristian.. saya harap engko dengan taming akan dapat balasan.. Kalau Islam tidak sambut, Kristian pun tidak sambut hari tersebut.. Benggap..!!. saya jamin org mcm engko dengan taming tidak pernah pergi sembahyang.. entah-entah doa makan pun tak tau. cakap pasal agama konon.. kalau engko tu sembahyang.. engko tak buat perkara macm ini.. menuduh sesuka hati.. ingat ko tu sapa?? Kami ada maruah.. engko tunggu.. perkara ini akan dilaporkan. Engko ingat engko beragama Islam, engko tu baik..kepada butuh engko

se7en berkata...

Tepuk Dada, tanya selera.. kalau lah negara luar tengok benda mcm nie, tempat negara sendiri nak condemn tempat sendiri... u know what i mean? it is not the religion, it is the people.. aku nie bukan lah skolah tinggi, tapi aku tau perbatasan yg mana boleh di suarakan dan mana tidak.. just keep it to urself, rather than u post it anywhere else, u just made the non-muslim or some rational muslims felt that this actions are where out of the inland security.

Well, i respect ALL religion over the world, that is thier belief so just live with it since all of these time Malaysia doesn't have this kind of pro actions like this, or malaysia will end up like what happen in the middle east..

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif