Khamis, 10 Februari 2011

"Buku Dilema Melayu" : Sejauhmana Ikhlasnya Tun Mahathir?


The Malay Dilemma adalah buku penuh kontroversi karya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diterbitkan pada 1970. Buku dalam bahasa Inggeris itu diharamkan kerajaan dan pengharaman hanya ditarik balik selepas beliau menjadi Perdana Menteri, 11 tahun kemudian. Pada 1982, buku itu turut diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Dilema Melayu.

Dalam naskhah 222 halaman tersebut, Dr. Mahathir memberikan pandangan berterus-terang mengenai sikap orang Melayu yang disifatkannya sebagai tidak progresif berbanding dengan orang Cina. Beliau juga menerangkan sebab-sebab tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Dr. Mahathir turut menyifatkan orang Melayu sebagai kaum yang lebih suka mendapatkan keuntungan dalam jangka masa pendek, tidak suka berusaha keras dan tidak rajin seperti orang Cina. Beliau juga mengkritik sikap orang Melayu yang berkongsi niaga dengan orang Cina kerana mereka lebih cenderung menerima jumlah wang yang tetap bagi lesen perniagaan dimiliki dan langsung tidak mengambil bahagian dalam perniagaan terbabit.

Selain itu, beliau turut memberi amaran andainya semua perlindungan yang dinikmati kaum Melayu sekarang, hasil daripada kuasa politik yang mereka miliki dimansuhkan, maka orang Melayu akan berdepan semula dengan hukum primitif iaitu mereka yang terkuat dan sihat sahaja akan terus hidup.

Banyak lagi dilema lain yang dikupas beliau dalam buku yang mempunyai 11 bab yang menyentuh pelbagai topik termasuk Dilema Ekonomi Melayu, Pengertian Persamaan Kaum, Pemulihan Bangsa Melayu dan Dilema Melayu, Tatasusila dan Sistem Nilai Melayu serta Politik Perkauman dan Parti.

Bagaimanapun, setelah hampir 41 tahun buku itu diterbitkan, tiada siapa membuat penilaian terperinci sejauh mana dilema berkenaan dapat diatasi. Sehubungan itu, Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) yang dianggotai bekas pemimpin mahasiswa universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mengadakan Simposium Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi pada Sabtu ini.

Pada tarikh berkenaan, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan bergema dengan suara-suara anak muda membincangkan kembali segala dilema yang pernah dibangkitkan Dr. Mahathir dalam bukunya.

Mengulas perkara itu, Presiden Aspirasi, Mohd. Shahar Abdullah menjelaskan, simposium sehari itu bertujuan membangkitkan kesedaran golongan muda tentang pentingnya mereka menyumbang idea bernas bagi memastikan segala dilema berkenaan dapat diatasi secara kolektif.

''Penganjuran simposium ini tidak harus dilihat sebagai provokasi terhadap kaum lain atau cubaan untuk menidakkan gagasan 1Malaysia.

''Sebenarnya, apabila kita membicarakan gagasan 1Malaysia, kita tidak boleh melupakan komponen terbesar di dalamnya iaitu orang Melayu. Mana mungkin penyatuan rakyat berbilang kaum dapat dilaksanakan jika dilema orang Melayu masih belum diselesaikan," katanya.

Jelas beliau, antara topik utama yang akan dibincangkan adalah sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti yang belum tercapai dan juga dilema generasi muda sekarang apabila terdapat pihak tertentu yang mahukan mereka mewarisi ideologi politik sempit yang penuh dengan prasangka yang hanya akan mewujudkan perpecahan sesama Melayu.

Dalam pada itu, Naib Presiden II Aspirasi yang juga pengarah program simposium berkenaan, Mohd. Zafry Mohd. Yunus memberitahu, Dr. Mahathir akan menyampaikan amanat penting kepada golongan muda berhubung kesudahan buku tulisan beliau itu ketika sesi ucaptama pada sebelah pagi.

Katanya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula akan berkongsi pandangan mengenai kedudukan bumiputera dalam konteks Model Baru Ekonomi ketika berucap pada sesi makan tengah hari, diikuti sesi diskusi ekonomi bertajuk "Milikan 30 Peratus Ekuiti Bumiputera Menjelang 2020, Bagaimana dan Dimana Melayu?" yang akan dipengerusikan Penasihat Syariah Affin Islamic Bank Berhad, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Empat ahli panel pada sesi berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid; Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Datuk Salleh Majid.

Sesi diskusi politik bertajuk "Cabaran Kepimpinan Melayu Di Masa Hadapan" pula akan dipengerusikan oleh bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi. Ahli-ahli panel pada sesi berkenaan ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Majlis Makan Malam Perdana akan diadakan pada penghujung simposium yang dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd. Zafry juga menjelaskan walaupun majoriti 2,000 peserta yang akan hadir adalah belia berusia antara 18 hingga 45 tahun, pihaknya turut membuka pintu kepada individu di luar lingkungan usia berkenaan. Mereka yang ingin turut serta masih boleh berbuat demikian dengan membayar yuran penyertaan sebanyak RM100.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, kunjungi laman web www.dilemamelayu.com atau hubungi 012-2272015 atau 013-2233545. Pendaftaran juga boleh dibuat di kaunter masuk pada pukul 8.30 pagi sebelum simposium bermula.

Diharapkan semua peserta simposium dapat mengemukakan pandangan demi masa depan orang Melayu terutama pada sesi soal jawab nanti. Untuk mereka, kata-kata Dr. Mahathir dalam pendahuluan buku Dilema Melayu mungkin boleh dijadikan panduan:

''Buku ini diterbitkan bukanlah dengan maksud hendak mencari popular dari kalangan masyarakat tertentu di Malaysia. Sebaliknya, besar kemungkinan ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati golongan tertentu dan kemarahan golongan lain. Tiada maaf yang dipinta - apa yang saya tulis telah ditulis dengan ikhlas."


Penulis,

31 ulasan:

Pedang Rasulullah berkata...

As Salam. Jika nak dibandingkan kaum Melayu yang majoriti beragama Islam taklah seteruk mana dengan kaum lain yang juga Islam di seluruh dunia ni, dimata mahathir ianya salah sebab kita dibandingkan dengan kaum Cina dan India yang tak kenal erti halal haram. tak perlu kita nak cemburu.

Satu lagi terjadinya benda2 ni sebab laknat Allah yang turun sikit demi sedikit pada kita ni yang dah sejak lahir2 dah sebati dengan Sistem Sekular Kapitalis. Tak payah susah2 pikir benda lain bro......selagi tak berdirinya Sistem Khilafah jangan saudara mimpi nak semuanya baik!

Aku yang terlalu pasti dan yakin 101%. lupakanlah BN saudara tu....

"kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian" (Hadis Riwayat Ahmad)

Tamingsari berkata...

Wahai tuan yang komen di atas...

Tak abis-abis dengan nasihat jumud tuan yang masih mentah dalam memahami kemelut politik melayu.

Cuba tuan ceritakan dengan panjang lebar bagaimana Malaysia boleh pergi ke sistem khilafah supaya orang tak dibodohkan seperti tuan yang tak reti nak membantu tahunya mengkritik.

Ceritakan dr A-Z macamane Malaysia mampu mendaulahkan sistem kahlifah. bagaimana?

Jgn jadi mcm orang PAS yang dunggu, sibuk nak perjuangkan hudud, ceritakan bagaimana Malaysia boleh laksanakan hudud.

Jgn jadi anjing menyalak bukit sahaja.

Sy akan ttp bersama BN krn BN sahja kini ikhlas memperjuangkan Islam dan Melayu.

Tak perlu tuan nak dotrin pemikiran sy krn pendirian sy tetap memilih jalan ini.

Sy yakin pendirian sy tepat!

InsyaAllah.

Pedang rasulullah berkata...

Kenapalah seorang muslim macam saudara seolah2 sudah tiada pegangan. Kita kan ada Alquran & Hadis,masih kurang lagi ke?

Ini yang sepatutnya dilakukan, bukan menteri2 yang saudara duk sanjung tu

Berikut Struktur Daulah
Ajhizah Ad-Daulah Al-Khilafah (Struktur Daulah Khilafah)

(1) Al-Khalifah
Al-Khalifah

(2) Mu'awwin At-Tafwidh
(Pembantu Pemerintahan)

(3) Mu'awwin At-Tanfiz
(Pembantu Pentadbiran)

(4) Al-Wulat
(wali-wali)

(5) Amirul Jihad
(Ketua Turus Angkatan Tentera)

(6) Da'irah Al-Amni
(Jabatan Keamanan Dalam Negeri)

(7) Da'irah Al-Kharajiyah
(Jabatan Luar Negara)

(8) Da'irah As-Sina'ah
Jabatan Perindustrian)

(9) Al-Qadha'
(Kehakiman)

(10) Al-Jihaz Al-Idariy
(Jentera-jentera Pentadbiran)

(11) Baitul Mal Baitul Mal

Baitul Mal - Al-Waradat
(Pendapatan)

Baitul Mal - An-Nafaqat
(Perbelanjaan)

(12) Da'irah Al-I'lamiy
(Jabatan Penerangan)

(13) Majlis Al-Ummah
(Majlis Umat)


lagi2 disamakan dengan PAS, saya bukan parti mana2 lah saudara. Hudud tu hukum Allah, hukum didalam AlQuran, bukan hukum PAS. Susah ke nak paham?

macammana nak perjuangkan bangsa kalau agama yang sama pun tak bersatu?

perpecahan umat Islam kita didalangi siapa? Carilah siapa sebenar Mustapha Kamal Atartuk.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa saja yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan bertemu dengan Allah dihari kiamat tanpa memiliki hujjah. Dan siapa saja yang mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’ah, maka matinya adalah mati jahiliyah.” Penjelasan kepada hadith di atas antaranya ialah: Nabi SAW telah memfardhukan kepada seluruh kaum Muslimin agar di atas pundak mereka terdapat bai’ah. Beliau mensifati orang yang meninggal sedangkan di atas pundaknya tidak terdapat bai’ah, matinya adalah dalam keadaan mati jahiliyah (dosa besar). Dan bai’ah itu hanya diberikan kepada Khalifah, bukan kepada yang lain. Rasulullah SAW telah mewajibkan kepada seluruh kaum Muslimin agar di atas pundak mereka terdapat bai’ah kepada seorang khalifah, dan bukannya mewajibkan mereka semua melakukan proses bai’ah secara langsung. Ini adalah kerana yang wajib hanyalah adanya bai’ah di atas pundak setiap kaum Muslimin, iaitu adanya seorang khalifah yang mempunyai hak bai’ah dari setiap muslim. Dengan adanya seorang khalifah, maka di atas pundak kaum Muslimin akan ada bai’ah. Adanya khalifahlah yang menentukan ada atau tidak adanya bai’ah di atas pundak kaum Muslimin tidak kira samada mereka membai’ah secara langsung atau tidak. Oleh kerana itu, hadith di atas merupakan dalil yang menunjukkan wajibnya mengangkat seorang khalifah, dan bila ada khalifah, maka wajib melakukan bai’ah.

harap bersabar dan renungkanlah sedalamnya......

Tamingsari berkata...

Adakah di dalam komen balasan sy di atas mengatakan AlQuran itu jumud?

Pastinya tidak...

Dan sy tidak pernah mengalah dengan menegakkan pendirian dan idealisme sy sesuai dengan keadaan semasa yang memerlukan kita proaktif memartabatkan Ummah. Asalkan tindakan kita tidak memgugat akidah kita cukuplah.

Sy tidak nafikan sistem khalifah adalah sistem pemerintahan warisan Rasullulah.

Namun hari ini kita sudah berada di dalam amalan demokrasi. Kita terperangkap... jadi perlukah kita memboikotnya sedangkan kita tahu ia hanya merugikan diri kita jua.

Sy tetap berpengang dengan pendirian sy dan tuan tidak perlu lah terus cuba nak mengajar sy krn apa yang tuan cerita sy faham dan amat memahami.

harap tuan juga dapa bersabar dan renungi sedalamnya mengapa iktikad saya terus mempertahankan apa yang ada.

Sy tidak menolak AlQuran malahan sy sentiasa mendalami AlQuran dan sy sentiasa bersahabat dengan para alim ulama.

T.kasih kerana terus setia membaca blog ini.

Tanpa Nama berkata...

Saudara umpama benang yang cuba saya basahkan. bertahanlah selagi boleh, hujah saya tentang amalan demokrasi tetap kufur lagi sesat. usahlah memutar belitkan apa yang saya katakan. Saya menyampaikan isi kandungan termaktub didalam Alquran, saudara menjumudkan apa yang saya sampaikan, apa bezanya?

Lemahlah Islam kita kalau ramai yang macam saudara umpama tiada kekuatan untuk melawan pengaruh kafir laknatullah ini. Berubahlah demi maruah Islam kita.

Bukan nak mengajar, cuma nak perbetulakan amalan yang telah sekian lama saudara junjung.

Pesanan saya, fikirlah sejenak, rendahkan diri, tanya dalam diri "betul ke selama ini apa yang aku perjuangkan"?.......

ibnuyassir berkata...

Ar Rayah World News

Ketakutan Amerika akan kebangkitan Khilafah

http://ibnuyassir.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Salam Sdr Tamingsari;

Biasalah tuh ngan oang2 kita nih, ramai yg faka2 drpd pakar sendiri. Terutamanya bab2 agama, terlalu ramai faka lolo agama berbanding ngan ULAMAK di Mesia! Ularmak/fuhlamak pon lebih ramai dari ULAMAK...

Pernah terbaca, dizaman Rasulullah S.A.W sendiri ada faka yg menjeritkan: "berlaku adillah, ya Rasulullah!" (google-kan frasa tuh utk dapatkan sumber) Rasulullah sendiripun cuba dilekehkan sebegitu rupa, apakan lagi kita nih lebih 1400 taun sesudah Baginda?

Tentulah lebih ramai faka/ularmak/fuhlamak agama skang sehinggakan ada yg boleh tahu Allah telah mengampunkan dosa seseorang pengikut pati politiknya!

Tunggulah masanya & kita sama2 akan diberitahu kelak tentang mana yg HAQ & mana yg berKAHAQ!

Tamingsari berkata...

Benang yang basah? hik.. hik.. budak mentah ini begitu tegar mengatakan kita berada di temapat yang salah.

Lancang sungguh mulut budak mentah ini berkata-kata.

Suara saudara langsung tidak memberi kesan kepada corak pemerintahan negara malah negara kita masih kekal bertahan selagi roh Islam masih dipertahankan walupun tiada di dalam perlembagaan.

yang dipertahankan kini bukan benang yang basah... benang yang kuat.

Yang membasahkan benang itu adalah budak mentah seperti saudara yang hanya mampu berkata-kata, tindakan langsung tidak ada.

haha...

Tamingsari berkata...

Betul wahai Anon di atas...

Pendesak.. pengkomen yang sebenarnya aku kenal siapa krn aku dah detect IP addressnya itu kononnya bijak nak mengajar aku dan pembaca blog ini.

Golongan ini-lah kononnya nak jadi hero tapi dia sendiri tidak sedar perjuangannya zero dan tidak mampu mengubah apa-apa.

Anda, sy dan semua orang Melayu Islam perlu sedar akan hakikat yang kita sudah terhimpit. Jadi tindakan kita fikrah Islam itu harus kita jaga dalam diri kita.

Sibuk nak ubah negara, ubah diri sendiri dahulu.

Si Jumud berkata...

Tak mengapa, kita cuma bertukar pendapat ideologi, takda paksaan didalam Islam.
Saya tak menyebelahi sesiapa, banyak kutukan yang saudara lancangkan kepada parti politik yang saudara gelar pembangkang itu. Ingatlah, diantara mereka juga umat Nabi Muhammad SAW. cubalah ketepikan fahaman politik, dan bercakaplah benda2 yang baik dan tak perlu mengandaikan apa saja yang buruk bagi meluahkan rasa kebencian saudara.

Tamingsari berkata...

Wahai si jumud yang mengaku juga anda jumud haha..

Pulak dah... suruh ketepikan fahaman politik. Cit... Politik dan Islam mana boleh diketepikan...

Ko pun kena ingat si Jumud, Parti pemerintah iaitu UMNO juga adalah umat Muhammad.

Parti pembangkang juga umat Muhammad tapi mereka menyimpang...

Menyimpang dari segi apa? Ko terus baca blog ini dan blog sahabat2 aku, baru ko tahu di mana penyimpangan yang mereka lakukan.

Jangan sibuk nak jaja ideologi sempit yang kononnya kau ambil dari Kitab Suci Allah.

Bagi aku hujahan kau membuktikan kau masih mentah dalam menilai roh Islam yang masih dipertahankan di dalam sistem pemerintahan Malaysia yang kau tuduh dan finah sebagai sekular dan kapitalis itu. Cit!....

lagi satu aku nak ingatkan, salakan kau tidak akan memberi kesan kepada aku, dan sistem pemerintahan negara ini kerana kau ibarat anjing menyalak bukit.

Teruskan membaca blog ini wahai si jumud.

Tanpa Nama berkata...

kalau fikiran saya sempit dan jumud, kalau bukan sekular dan kapitalis, ulangan soalan.... kenapa mahkamah pakai undang2 kafir ya? tolong jawab. kita kan org islam adanya hukum hudud dari al quran. dapat jawab soalan ni pun kira dah baguslah.... takut2 budak mentah ni masak kat dalam daripada yang mengaku matang tapi busuk kat dalam....susahlah mcm ni.

Tamingsari berkata...

Mengapa hukum Hudud tidak dilaksanakan?

Hudud ini adalah perintah Allah di dalam AlQuran tapi mengapa Malaysia sebagai negara Islam tidak laksanakan.

Wah berat jawapan nak bagi....

kepada budak mentah yang kononnya mengaku masak kat dalam... haha... (angkat bakul sendiri)... tapi lagi teruk mentah dan akhirnya busuk kat dalam. (Bg aku itu kau yg sebenarnya)... haha.

Kenapa hukum hudud tak dilaksanakan?

Sebab malaysia mengamalkan hukum kanun sivil. Sejak merdeka lagi kita sudah laksanakan hukum itu. Tp jika melibatkan hal rumah tangga, hukum syariah dilaksanakan. Ini fakta.... Rujuk sejarah lama, bagaimana Malaysia terperangkap di dalam melaksanakan hukum sivil ini. Jangan menunding jari sahaja. Kaji dulu, adakah kita hendak atau terpaksa melakukan dan menerimanya.

Persoalannya di sini, Bagaimanakah caranya hukum hudud mampu dilaksanakan di negara ini? Ini soalan aku nak bagi pula pada si jumud untuk jawab kalau betul kau nak jadi pejuang sangat...

Ha.. jawab jumud.... jawab...

budak mentah berkata...

Biarlah saya singkatkan lawatan saya ke blog saudara dengan tinggalkan ini, nak menunggu jawapan saudara sampai kiamat pun takkan terjawab, ingatlah hudud bukan hukum PAS, hukum ALLAH.....

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105].

Tanpa Nama berkata...

Ini ulasan dari saudara:
"Sebab malaysia mengamalkan hukum kanun sivil. Sejak merdeka lagi kita sudah laksanakan hukum itu"

sebab tulah saya kata saudara perlu tengok sejarah 3 mac 1924 bukan 31 ogos 1957. perkataan "kanun sivil" tu sendiri pun dah melambangkan perkataan kafir laknatullah, apa lgi yang nak dibuktikan?

Sebab tu kita kena wujudkan Sistem Pemerintahan Khilafah, barulah semuanya ikut acuan Islam. Saya dah mulakan.....cuma saudara je belum, tu yang nak habaq tu

Tamingsari berkata...

La... kalah dah budak jumud dan mentah nak berdebat.

baru tanya satu soalan dah give-up nak jawab.... haha.

Itulah... orang cakap lain dia tafsir lain... inilah akibatnya apabila otak itu dah dirosakkan dengan hati yang busuk.

Firman Allah yang perlu ada fahami sedalamnya :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” an-Nisa (4):105

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya saya yang post ayat tu kat saudara, faham dah pun....

Tamingsari berkata...

Ya... diakui..

Hukum sivil memang dicipta oleh orang kafir...

Tapi sejarah tahun 1957 itu yang ko gagal fahami. itu sebab aku nak ko faham.... hmmm...

Dua soalan:

1. Adakah orang melayu terpaksa menerima hukum itu semasa kemerdekaan?

2. Bagaimana malaysia boleh laksanakan hukum hudud?

Aku bagi dua soalan ini kepada kau budak mentah sbb aku nak tengok akal kau tu berpijak pada bumi yang nyata atau tidak. Kalau kau lulus jawab soalan ini aku tabik kau.

jangan nak berputar belit dengan ayat persis dajal kau tu.

jawab dengan transparent.

Tanpa Nama berkata...

sebab aku tak fahami sebab merdeka dapat kena sujud dulu dgn british bukan berjihad!

Tidak menjalankan hududullah merupakan satu kemaksiatan besar kepada Allah, apatah lagi jika menolak penerapannya. Celakalah bagi orang yang mempertikaikan atau menolak hudud Allah dan mereka pasti tidak akan selamat di padang Mahsyar nanti.

Tamingsari berkata...

Kan aku dah cakap... jangan putar belit... jawab soalan aku dulu..

Ko jwb soalan pertama aku sahaja. Tp jawapan kau tak tepat.. ini bukti kau masih gagal memahami sejarah kemerdekaan negara.

kau sendiri gagal memahami bahawa apa yg sudah kita pertahankan kini adalah jihad oleh orang Islam terdahulu.

Kalau tidak, pastilah agama Islam sudah lama lenyap dari negara ini.

Kau kena fahami apa sebbnya Tunku terpaksa akur dengan kehendak British menerima perundangan sivil ini. Kaji luar dari kotak... jangan dijumudkan dengan otak sempit kau.

Itu sbb aku panggil kau budak mentah dan jumud. Bagus juga kau akui.

Ini fakta... kau jawab soalan kedua aku di atas : Bagaimana Malaysia boleh laksanakan hukum hudud?

Jawab dulu... aku nak tengok akal kau.

pedang rasulullah bersuara berkata...

Nak jawabnya panjang.....takut saudara tak paham, silap2 tak baca pun. tak mengapa, sekuarang kurangnya saya dah jawab.

nak mulakan hudud, senang je....islam tak menyusahkan macam yang saudara sangkakan. maklumlah dari lahir semua UMngok dah suap kat mulut....

bacalah....

Islam sebagai sebuah mabda’ (way of life) yang datangnya dari Allah SWT telah memperincikan kepada kita bahawa negaralah satu-satunya institusi yang berkewajiban untuk menerapkan Islam secara kaffah. Atas dasar ini, menjadi suatu tuntutan kepada negara (pemerintah) untuk menerapkan hukum dan peraturan Islam di dalam seluruh aspek kehidupan sama ada yang menyangkut persoalan pemerintahan, pendidikan, ekonomi, sosial, hubungan luar negara, uqubat dan lain-lainnya. Hukum Allah tidak mungkin boleh dilaksanakan secara kaffah tanpa adanya sebuah negara. Seorang individu boleh sahaja melaksanakan sebahagian hukum seperti ibadah, makanan, pakaian, dan akhlak. Namun sebahagian besar hukum yang lain seperti perundangan, sistem pemerintahan, ekonomi, pendidikan, uqubat, polisi luar negara serta jihad, semuanya tidak boleh dilakukan oleh individu, melainkan wajib oleh negara. Berdasarkan hal ini, maka kita semua maklum bahawa Datuk Seri Najib dan barisan kabinetnya yang baru telah pun ‘menguasai’ sebuah negara. Mereka kini boleh melakukan apa sahaja ke atas negara yang mereka pegang ini, sama ada untuk tetap mengekalkannya sebagai sebuah negara kufur di bawah sistem demokrasi atau menukarnya kepada sebuah Negara Islam dengan sistem Khilafah. Mereka mempunyai pilihan seluas-luasnya sama ada untuk terus memerintah dengan undang-undang sekular yang sedia ada, atau menukarnya dengan undang-undang Allah. Pilihan mana yang mereka ambil, sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan apa yang sedang mereka lakukan!

Dan mereka yang memegang kekuasaan ini mesti ingat bahawa Allah Azza Wa Jalla sama sekali tidak memberikan mereka pilihan kecuali mereka wajib menerapkan hukumNya. “Dan tidaklah layak bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu perkara - (tidaklah layak mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” [TMQ al-Ahzab(33):36]. Allah Azza wa Jalla memberi peringatan tegas kepada sesiapa sahaja yang berkuasa, “dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44], “dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45], “dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].

Nah, apakah barisan kepimpinan kabinet Malaysia yang terbentuk ini merasa besar diri dan sombong dengan kekuasaan yang ada pada mereka dan tidak mahu membaca serta mendengar ayat-ayat (perintah) Allah ke atas mereka? Apakah saf kepimpinan Malaysia yang baru ini masih mahu mengikut jejak langkah sombong yang penuh dosa dan noda pemimpin pendahulu mereka yang menerapkan undang-undang yang mereka cipta sendiri dengan mengenepikan undang-undang ciptaan Allah? Belumkah masanya untuk Najib dan barisan kabinetnya untuk tunduk kepada Islam? “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka” [TMQ al-Hadid (57):16].

pedang rasulullah bersuara lagi berkata...

sambungan....

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sesungguhnya jika di dalam diri para pemerintah ini masih ada sedikit keimanan kepada Allah, maka nescaya mereka akan mendengar muhasabah dari rakyat dan mereka akan bersegera mencampakkan sistem sekular yang busuk ini dan menggantinya dengan sistem Islam yang penuh rahmat. Kita melihat saat ini kekuasaan (Perdana Menteri) itu ada pada seorang Islam, kekuatan yang menyokongnya seperti barisan kabinetnya juga majoritinya adalah Muslim, ketenteraan dan kepolisan juga berada ditangan orang Islam, maka apa lagi yang perlu ditunggu? Apakah yang menghalang mereka untuk menerapkan hukum Allah? Sesungguhnya pilihan ada di tangan mereka sama ada untuk terus mensucikan Perlembagaan Lord Reid atau menukarnya dengan Kitabullah. Tepuk dada tanya iman, apakah Perlembagaan Lord Reid yang mereka ingin pertahan dan pertuhankan, atau apakah Al-Quran dan As-Sunah yang ingin mereka terapkan?

Sudah lebih 50 tahun Perlembagaan ciptaan si kafir Lord Reid ini disucikan di dalam pemerintahan negara. Selagi Perlembagaan ini masih terus diletakkan lebih tinggi dari Al-Quran, maka selagi itulah transformasi yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri baru ini menjadi tak ubah seperti air liur basi. Transformasi besar yang dilaungkan oleh Najib itu sepatutnya diarahkan untuk menegakkan Khilafah bukannya untuk mempertahankan sistem kufur yang ditinggalkan oleh penjajah. Mungkin perkara ini adalah sesuatu yang dilihat sebagai amat berat dan sukar untuk dilakukan dan mungkin dianggap sebagai keterlaluan dalam suasana masyarakat majmuk. Anggapan dan andaian yang sebegini sebenarnya datang dari ketidakyakinan dan juga kejahilan serta kesombongan seseorang dengan hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Pencipta peraturan untuk manusia dan peraturan Allah adalah sebaik-baik peraturan. Kegagalan sistem dan undang-undang ciptaan manusia saat ini merupakan bukti nyata bahawa undang-undang ciptaan manusialah yang telah selama ini membinasakan manusia itu sendiri. Apakah tidak cukup peringatan (ayat-ayat) Allah untuk menjadikan menteri-menteri kabinet Malaysia ini yakin dan melaksanakan hukumNya? “Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

dan lagi berkata...

sambungan.....

Justeru, apakah yang perlu ditunggu lagi oleh barisan jemaah menteri yang baru ini di dalam menggantikan hukum hina sekular ini kepada hukum suci Islam? Atau apakah mereka merasakan bahawa mereka lebih bijak dan lebih hebat dari Allah sehingga undang-undang yang mereka cipta itu lebih baik dan mesti diterapkan berbanding undang-undang ciptaan Allah? Wahai kaum Muslimin! Sekiranya hati para pemimpin ini masih sombong, berkarat dan berpenyakit, maka mereka tentu akan meneruskan sistem kufur sekular ini ke atas kita semua. Jika demikian, sikap yang seharusnya diambil oleh gerakan-gerakan Islam dan umat Islam adalah bersama-sama bergerak untuk terus memuhasabah pemimpin yang sombong dan lalai ini. Kita hendaklah bersama-sama bergerak untuk merobohkan sistem sekular ini, kemudian menggantinya dengan sistem Islam, yakni sistem Khilafah. Janganlah hendaknya ada di kalangan gerakan Islam dan individu Islam yang mendukung pemerintah di dalam perkara maksiat dan dosa ini, apatah lagi kemudian larut dan terlibat dalam pemerintahan kufur yang diharamkan Islam.

Ingatlah wahai pemimpin! Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah yang amat besar dan berat. Abu Dzar ra pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak berkenan mengangkat diriku sebagai pemimpin wilayah?’ Rasulullah kemudian menjawab seraya menepuk-nepuk kedua bahunya, ‘Wahai Abu Dzar, kamu adalah seorang yang lemah, sedangkan tugas itu adalah suatu amanah yang akan membuat orang menjadi hina dan menyesal pada Hari Kiamat, kecuali jika ia mampu menunaikan hak dan kewajiban yang dipikulkan kepadanya” [HR Muslim]. Justeru, kepada para pemimpin, Hizbut Tahrir ingin mengingatkan akan sabda Rasulullah SAW ini, bahawa jika kalian tidak mampu memikul amanah dari Allah ini, jika kalian tidak menerapkan hukum Allah dan jika kalian masih kekal menggunapakai hukum kufur-sekular, malah kalian masih terus ingin menggubal undang-undang dengan tangan-tangan kalian serta mengenepikan undang-undang Allah, maka ini bermakna kalian telah mengkhianati amanah, dan kalian boleh menikmati sedikit kesedapan di dunia ini, namun semua ini akan pasti menjadi penyesalan yang selama-lamanya buat kalian, di hari di mana azab Allah berada di depan mata kalian dan di kala itu tiada seorang pun rakan kabinet kalian yang dapat menolong. Dan Allah akan melupakan kalian pada hari itu, sebagaimana kalian melupakan Allah pada hari ini!

Tamingsari berkata...

Haha... lama juga si jumud amik masa study nak jawab soalan aku.

Terima kasihlah wahai sahabat kerana tulis panjang-panjang.

Tapi jawapan kau tu tak jawab pun soalan aku. Nampak sangat cara kau jawab kau nie anti Umno dan berjiwa pembangkang (PAS) walaupun kau nafikan. Jelas...

Aku tanya kau mcmane nak laksanakan hukum hudud? mcamana nak mulakannya? macamane nak ubah perlembagaan?

Bukannya aku nak dengar penjelasan panjang lebar kau yang aku sendiri sedia maklum. Aku dan rakan-rakan aku dalam kerajaan serta semua kepimpinan ulama dalam kerajaan amat maklum...

Tp apa kuasa yang kita ada? sejauhmana umat Islam dan yb Islam bersatu nak daulahkan hukum hudud?

Kau tahu apa bidang kuasa dewan rakyat? apa bidang kuasa dewan negara? kau tahu ke tidak nie wahai jumud?

Pemimpin PAS sendiri tidak pernah berani nak bawa usul hudud ke parlimen? bawalah ke parlimen, bahaskan. aku nak tengok, siapa yang bantah? UMNO atau DAP?

Kau bercakap mcam Ustaz PAS yang yang tahu berhujah atas buku tapi di luar takde telor... takut.

Aku cabar pemimpin PAS bawa usul ini dahulu dalam parlimen agar terbukti mereka benar-benar nak perjuangkan Islam. Kalau UMNO yang bawa jelas, PAS nothing....

Wahai si jumud, aku nak kau faham semua itu... tak payah nak jelaskan panjang sbb apa yang kau jelaskan semua orang tahu.

Tamingsari berkata...

Tuduhan mengatakn aku kata Islam itu menyusahkan adalah fitnah kau yang paling nyata.

Kau jawab lah di hadapan Allah nanti kerana menuduh aku tanpa pernah aku bersangka dan niat begitu.

Kau sendiri yang menyusahkan kepala hotak kau memikirkan perkara yang tidak mampu kau laksanakan.

Inilah contoh golongan manusia yang berlagak bijak tapi jahil.

Si Jumud, kau kena kaji dahulu perlembagaan negara sebelum kau nak menentang. Buku perlembagaan pun belum tentu kau ada lagi. kau kena kenal apa fungsi perlimen.

barulah kau akan faham dilema pemimpin UMNO dan ulama dalam kerajaan sekarang ini.

berfikir biar universal, jangan dihimpit dengan kejumudan kau.

Tanpa Nama berkata...

dah nafikan yang saya bukan sokong PAS pun tak paham-paham,inikan pula nak memperkenalkan ideologi Islam yang sebenar.

parlimen tulah tempat segala hukum2Allah digubal. kenapa mesti saya tahu pasal perlembagaan? fikiran universal ke fikiran jahilliyah?

tunggu dan lihat saja buktinya nanti yang zaman kegemilangan khilafah akan kembali. itu janji Rasullullah!

Tamingsari berkata...

Haha...

Si Jumud... Itu sbb aku kau nie masih mentah... Kau sendiri tak tahu apa itu perlembagaan Malaysia kau hentam dan sondol membabi buta...

Kau sendiri tak faham peranan Parlimen kau menyalak konon nak jadi hero...

So sahlah aku hanya berdebat dengan budak mentah yang masih belum matang dalam berpolitik... Buang masa...

Baginile dik... Ko baca dulu, semua benda... Kaji AlQuran, Kaji Hadis, Kaji Perlembagaan negara, Kaji Fungsi Parlimen baru kita berdebat balik....

Cuba cari maksud dua per tiga dalam Parlimen dan cuba fahami mengapa aku katakan yang YB Islam dalamnegara ini tak kira PAS atau UMNO masih gagal bersatu untuk bawa hukum Islam....

Boleh si Jumud? hahaha....

Tanpa Nama berkata...

Umno menggunakan politik untuk agama islam dan bangsa...
tapi PAS menggunakan agama sebagai modal politik...
itulah silap dan sikap PAS yang seakan SALAH dalam membentuk ikatan saudara MUSLIM...
kerana politik..melayu sesama ISLAM berpecah belah...
dulu nak negara islam...sekarang negara berkebajikan..
sekejap nak hudud..sekejap nak kaji/hold dulu..tunggu gaji minimum dan bla bla bla dulu...baru boleh laksana...
nampak sangat cakap tak serupa bikin...
bikin pusing?????

insidewinme berkata...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Tanpa Nama berkata...

Hudud adalah mainan parti PAS. Inillah salah satu DILEMA MELAYU yang tak sudah2. Ada seribu jalan penyelesaian untuk memakmurkan masyarakat Malaysia, namun hukum hudud dan janji syurga ciptaan PAS juga yang dilaung2kan kononnya untuk perjuangan sebenar menegak ISLAM sedangkan khalimah dan hukum ALLAH yang lain2 diperlekehkan oleh 'ulama2' PAS yang sering tidak sependapat walhal dalam sekecil2 perkara sehinggalah sebesar2 perkara sering berbalah dan amat2 merugikan umat ISLAM dan melayu khususnya. Amat merugikan berbalah pasal perkara dangkal dan memecah belahkan umat. Lebih baik dikaji dilema melayu yang dicadangkan oleh TUN.Ambil perhatian atas pemerhatian beliau, namun jikalau salah harus disanggah jua. Yang salah harus dibetulkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa demi kemajuan ummah dan melayu khususnya. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Power la abg tamingsari!!!! hidup BN!! hidup umno!! power la abg ni berkata-kata mcm orang dalam parlimen yang bijak-bijak tu..

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)