Selasa, 15 Februari 2011

Tehran Bergolak Angkara Pembangkang Yang Ditaja Amerika


Pasti ada yang tidak kena apabila begitu lantang, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton menyokong pembangkang negara Iran melalui penyokong anti kerajaan Mahmoud Ahmadinejad yang kini sedang bertempur dengan polis dan penguatkuasa negara itu. Walaupun mereka mengatakan ia adalah tempias apa yang berlaku di Mesir, Taming Sari amat pasti ada pemimpin pembangkang negara itu telah ditaja oleh Amerika dan Israel bagi mencipta provokasi demi melumpuhkan sosiopolitik dan ekonomi negara anti-Amerika ini. 

Penyokong anti-kerajaan dan penganjur demonstrasi hanya mengunakan alasan pilihanraya tidak telus sebagai penyebab utama kebangkitan rakyat Iran. Hakikatnya ini alasan rekaan yang kerap dilakukan oleh ejen Amerika bagi menaikkan rasa marah rakyat dan semangat untuk mengulingkan kerajaan memerintah. 

Dengan sekatan ekonomi yang dibuat oleh Amerika ke atas Iran akibat dari tindakan Mahmoud Ahmadinejad yang berkeras untuk meneruskan projek nuklearnya, rakyat Iran kini hidup dengan sumber yang amat terhad dan dibelenggu dengan kemelesetan ekonomi yang teruk. Namun Ahmadinejad kerab menasihati rakyat agar bersabar dan menganggap ia sebagai jihad menentang kufar.

Rakyat Iran tahu, Ahmadinejad berkata benar dan menafikan projek nuklear itu ada kaitan dengan pembinaan senjata nuklear. Ini kerana projek itu dibangunkan untuk membantu industri tenaga di Iran. Amerika dan Israel menyanggah sambil mengatakan potensi untuk Iran membangunkan senjata pemusnah itu tetap ada. Iran yang tidak mengendahkan ancaman daripada dua negara penganas itu tetap terus-menerus membangunkan teknologi nuklear di negara itu.

Amerika dan Israel makin berang apabila Tehran semakin angkuh apabila kerap mengadakan pengujian peluru berpandu dan seakan mencabar kridibiliti Amerika dan Isreal. Bagi Amerika, Iran adalah ancaman paling utama ke atas sekutu penganasnya iaitu Israel di Tanah Arab.

Jesteru itu, bukan sesuatu yang mustahil apabila dikatakan bahawa, ada pengaruh Amerika menyebabakan penunjuk perasaan mengila dan menghuru-harakan Iran demi melumpuhkan keegoaan Ahmadinejad serta kerajaan pimpinannya. Serangan dalaman dilihat senjata terbaik bagi melemahkan kuasa Ahmadinejad dan bagi Amerika, mereka tidak perlu melancarkan kempen ketenteraan seperti mana yang dilakukan mereka ke atas Iraq. Perang saraf seperti ini lebih berkesan dan mesra kos.

Bagi Amerika, pendirian Ahmadinejad bukan pendirian seluruh warga Iran. Kelak, apabila rakyat Iran berjaya membakul sampahkan Ahmadinejab, Amerika adalah negara pertama yang bakal meraikannya. Kepimpinan baru yang bakal mengantikan Ahmadinejad akan dipastikan pro Amerika dan Israel sekaligus mampu menghentikan sebarang projek nuklear walaupun keperluan itu amat diperlukan di Iran bagi menampung pengunaan tenaga di negara itu. 

Sejenak, jika kita perhatikan di Malaysia sudah ada, suara lantang yang cuba menghasut rakyat untuk meragui Suruhanjaya Pilihanraya walaupun SPR memiliki aktanya sendiri dan diletakkan bebas dibawah kawalan YDP Agong. SPR yang sering komited memikirkan jalan terbaik membuktikan ketelusan dalam mengendalikan pilihanraya sering dituduh tidak bersih. Ini semua adalah rancangan jahat ejen yahudi dan Amerika di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim bagi mengulingkan kerajaan pimpinan orang Islam.

Rakyat Malaysia harus menolak rancangan ini dan perlu sedar, ada pakatan jahat yang sedang dirancang bagi menghapuskan keharmonian dan kemampanan ekonomi yang sedang dikecapi kini. Merekalah yang kini didalam akbar sampah mereka lantang mahu membawa aura Mesir ke Malaysia dan jika ia berlaku, bukan orang lain yang akan rugi, tetapi kita sendiri kerana nikmat keamanan yang sedang kita kecapi saat ini akan lenyap bukan sebentar tetapi selamanya.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

3 ulasan:

Mohd berkata...

Di Malaysia ni kaum Cina menghargai keamanan dan sudah tentulah parti2 politik Cina tidak akan menyertai gerakan utk menggulingkan Kerajaan BN.
Tetapi lainlah pulak pemikiran PAS dan PKR yg mempunyai pemimpin2 yg bodoh tak boleh diajar. Mereka inilah yg sangat berminat dgn revolusi ala Mesir.
Hindraf sedang cuba membuat rusuhan dgn dibayar oleh proksi Yahudi dan Amerika iaitu Anwar Ibrahim.
Rakyat jelata patut berfikiran waras dan jangan terpengaruh dgn hasutan2 syaitan2 ini.
Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak ada gunanya.
Melayu mudah lupa ........

matd berkata...

pala jimbit mak kau.

sokongla syiah kau tu. dah la kroni hosni mubarak, berpihak pulak pada syiah.. insap la wey

AnaQarbana berkata...

Syiah pun salah satu aliran dalam Islam......yang tak Islam ialah PAS, UMNO, PKR dan DAP..ni semua parti politik..yang Islam mungkin ahli atau penyokongnya....di mana salahnya Syiah....jangan mudah buat keputusan melulu...jangan terlalu enak bila dengar khabar Negara di perintah pemimpin Islam seperti Iran bergolak...kita kena faham dan tahu kenapa jadi begitu...Iran antara Negara Islam yang mempunyai keupayaan membina senjata perang modern setanding Amerika dan Israel...kalau anda sokong kemusnahan Iran..maka anda adalah ejen Amerika dan Israel tanpa anda sedari....yang nak menjatuhkan Iran ialah Amerika dan Israel...yang nak menubuh kerajaan baru Iran juga Amerika dan Israel...jangan tertipu dengan mainan politik puak zionis...

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif