Selasa, 8 Mac 2011

Benarlah Anwar Dan Karpal Kebal Undang-Undang!


Orang bodoh pun boleh berfikir kalau dilihat secara jelas kronologi mendapatkan sampel DNA Anwar apabila si Anwar celaka ini tidak memberi kerjasama kepada polis dan pasukan pendakwaan agar memberi sampel DNAnya. Biarpun cara itu dengan mengambil kembali tuala good morning, berus gigi, sebotol air mineral dan sehelai bulu adalah dengan cara tidak sah, namun DNA lelaki yang diambil dari barang-barang itu adalah sama dengan DNA lelaki Y yang diambil dari sperma yang ada di dalam dubur Saiful.

Malahan, imej lelaki Y yang dirakam CCTV yang bersama dengan Saiful di kondominium Desa Damansara mirip Anwar dan DNA yang diambil dari tempat Anwar dipercayai meliwat Saiful juga adalah sama dengan DNA lelaki Y. Ini semua bukti kukuh kehadiran Anwar bersama Saiful dan sememangnya Saiful telah diliwat oleh Anwar. 

Walaupun mahkamah belum lagi mampu membuat keputusan, ramai pemerhati boleh menganggak apakah justifikasi kepada kes ini bersandarkan kepada bukti yang dinyatakan dan tambahan pula bukti itu adalah bukti DNA. Namun, persoalannya mengapa Anwar dan peguamnya, Karpal masih berdolak dalih dan mampu menangguhkan lagi kes dan memohon perbicaraan dan perbicaraan. Pendirian mahkamah dilihat goyah dan inilah punca mengapa Karpal boleh mengumbang-ambingkan keputusan hakim. Ruang yang diberikan hakim kepada pasukan pembelaan sememangnya digunakan sepenuhnya oleh Karpal.

Hari ini, hakim telah membuat keputusan yang amat mengejutkan dan memberi senyuman paling lega buat Anwar dan Karpal. Menolak semua bahan bukti yang di ambil polis adalah keputusan paling kontroversi dilakukan hakim dengan alasan ia tidak sah. Jika terjadi sebegitu, mahkamah seharusnya memerintahkan Anwar memberi sampel DNAnya yang sebenar tanpa perlu berdolak dalih jika benar tidak mahu bersandarkan kepada bahan bukti yang diambil polis.

Hakikatnya, Anwar terus berkeras dengan kedegilan untuk tidak mahu menyerahkan sampel DNAnya kerana dia tahu, dengan cara ini sahaja dia akan dapat melakonkan satu watak dimana dia akan diperas ugut oleh polis dan mahkamah. Adegan ini ditunggu-tunggu oleh Anwar untuk dipertontonkan kepada rakyat yang polis dan mahkamah Malaysia kononnya kejam. Adegan itu juga akan Anwar sebarkan ke stesen TV antarabangsa tentang kekejaman polis dan mahkamah Malaysia.

Anda pembaca sekalian lihatlah betapa haram jadahnya manusia bernama Anwar ini memerangkap situasi ini kepada polis dan mahkamah iaitu dilema antara kebenaran dan imej. Bagi Taming Sari, imej kini perlu diletakkan ke tepi dan jika bahan bukti dari polis ditolak, sudah tidak ada cara lain lagi mahu mendapatkan DNA Anwar selain dari cara paksaan. 

Maka, benarlah wahai sekalian pembaca, dengan ketiadaan telur si Anwar ini mahu menyerahkan DNA-nya, benarlah Anwar takut kepada sebuah kebenaran yang bakal tercipta. Kebenaran yang pasti melenyapkan cita-cita politiknya. 

Nota kaki : Saiful, bersabarlah, banyakkan berdoa. InsyaAllah, kuasa Allah lebih maha hebat dari kuasa manusia laknat bernama Anwar ini. 

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)