Sabtu, 5 Mac 2011

Bob Lokman Mencari Kebenaran Dalam Kefasikan


Memang benar, di dalam PAS berbaris barisan ulama. Ulama yang mana ilmu Islamnya tinggi. Ketinggian ilmu itu menjadikan mereka egois kononnya apa yang diperjuangkan mereka tidak sama dengan arus pemerintahan negara yang diterajui Barisan Nasional. Datuk Haron Din yang merupakan Timb. Musyidul Am PAS contoh seorang tokoh ulama yang disegani. Dek kerana dia juga-lah dahulu Taming Sari pernah bersama di dalam pemikiran PAS dan mengidolakan ulama PAS. Tetapi hari ini Datuk Haron Din menyepi, sesepi ramai lagi ulama yang lebih suka melihat seakan ada yang tidak kena dengan parti itu kini.

Bob Lokman seorang pelawak dan pelakon kini adalah penganut baru PAS. Dia sendiri begitu taksub menulis di dalam blognya tujuan utama dia berada di dalam PAS. Kononnya dahulu dia berada di dalam kesesatan walaupun berasal dari keluarga beragama. Dia masuk PAS kerana mahu bertaubat dan mahu berjuang mendaulahkan Islam. Selain kononnya mahu Islam dimartabatkan, dia juga mahu, ulama untuk memimpin negara. Bob lokman begitu yakin, bahawa manusia di dalam PAS itu adalah ulama tulen yang sangat ikhlas mahu memperjuangkan nasib orang Islam dan benar-benar suci bagi mendaulahkan Islam.

Apabila Taming Sari membaca luahan hati Bob Lokman, maka terfikir di minda ini apakah sebenar-benarnya dicari oleh si Bob ini? Jika redho Allah lah yang dicari mengapa Bob tidak mendekati orang alim dan cuba sedalam-dalamnya memahami AlQuran dan hadis? Bertaubat nasuha dan tinggalkanlah segala perbuatan keji yang pernah dilakukan dahulu. Jika benar anak-anaknya juga sudah tersesat, ajaklah mereka kembali ke jalan Allah. Apa yang Bob lakukan jauh berbeza, dia mendampingi pemimpin politik dan menelaah Harakah kitab PAS. Dia bermati-matian mahu memperjuangkan PAS dan rela mati untuk PAS. 

Adakah dia sebelum masuk PAS benar-benar mengenali apa itu PAS? Janganlah terpesona dengan nama PAS, Parti Agama Islam Se-Malaysia itu sahaja. Adakah Bob sedar, PAS itu wujudnya dahulu kerana timbul rasa iri hati oleh orang-orang yang kecewa. Di dalam PAS penuh dengan sifat tamak, gila kuasa, iri hati, dendam, busuk hati, celupar, caci maki, dan khianat. 

Bob pastinya tidak sedar, PAS hanya melacurkan Islam demi kuasa politik. PAS tidak pernah ikhlas mahu memartabatkan Islam malah mereka lebih suka membiarkan rakyat hidup dibelenggu kemiskinan. Bob perlu datang ke Kelantan, duduklah di sini dan cuba selami derita rakyat Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 20 tahun. Memang ramai rakyat Kelantan yang berjaya dan hidup mewah di sini, tetapi bagaimana dengan kemudahan asas di sini? kemudahan air, dan jalan sungguh mengecewakan. Keadaan ekonomi juga sangat mundur, dan jurang pendapatan rakyat juga sangat jauh. Kadar pengangguran tinggi sehinggakan rakyat di sini merempat mencari kerja di negeri lain. Nilai Islam langsung tidak diterapkan malahan rakyat Kelantan terkenal dengan sifat-sifat seperti di atas hasil ajaran PAS yang sebati dengan sikap-sikap itu.  

Masjid di Kelantan semuanya dibina oleh kerajaan BN dahulu. Penjagaan tandas masjid amat teruk dan di Kelantan juga banyak permis judi dan pelacuran. Di Kelantan juga megahnya berhala-berhala besar seakan berhala zaman jahiliah yang berdiri teguh di bumi Mekah. Apa yang PAS buat bagi membantras semua itu? Adakah PAS benar-benar memperjuangkan Islam jika semua itu turut didokong PAS. Paling malang, mereka ini kerap berselindung disebalik serban dan jubah mereka. Kata-kata mereka yang manis dan penuh Islamik itu menutup tahi-tahi mereka yang membusuk dan menyusahkan hidup rakyat.

Bob Lokman juga tidak sedar, PAS juga kini sudah bersetongkol dengan kafir Harbi DAP. Biar apapun si DAP ini buat sehinggakan sanggup mempersendakan ayat-ayat Allah, pemimpin no. 1 PAS, Nik Ajis menghalalkan mereka melakukan sedemikian. Nik Aziz sanggup mengaku malu menjadi Melayu walaupun menterkedarah semua hak-hak istimewa Melayu. Paling malang, ada pemimpin PAS yang sanggup mati demi mempertahankan DAP kafir Harbi. PAS juga melindungi seorang pemimpin gay di dalam PKR sedangkan PAS sedar, pemimpin gay ini sangat bahaya dan bersetongkol pula dengan yahudi laknattullah.

Dek kerana itulah, Taming Sari nampak, Bob Lokman telah salah memilih wadah perjuangan. Bob lokman telah terpesona dengan kosmetik PAS yang berselidung dengan nama Islam sedangkan di belakang mereka terdedah segala kejahatan dan kemungkaran. Bob Lokman perlu mengenali apa itu PAS terlebih dahulu sebelum berikrar mati mahu mempertahankan sebuah parti sesat yang tidak menjamin apa-apa bekalan akhirat. 

Nota kaki : Bob, cermin dan muhasabahkan diri anda terlebih dahulu dan jangan sesekali meyalahkan orang lain penyebab kepada kesesatan anda. Carilah redho Allah dengan mendekati Islam melalui alim ulama tulen. Jangan campur adukkan jihad anda dengan kepentingan politik sesat sehingga anda terpesong dari niat suci anda untuk mencari Allah. Ingat itu Bob... Tanpa PAS, anda tetap akan berjaya mendapatkan redhoNya.

Wallahhualam.

Penulis,
تاميݞ ساري

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org yg bijak pandai pun ada terjerumus dlm ajaran sesat, inikan pula org mcm ni.. Ptt la pengikut PAS ni fikiran tak berkembang. X mampu nak bfikir cara logik. Yg berkembang cuma fitnah dan putar belit.

ABE ZUL KELATE berkata...

ALANGKAH MALANGNYA NASIB SAUDARA BOB LOKMAN ? DI SAAT KELEMASAN DI LAUTAN BERGELORA HANYA TONGKANG YANG HAMPIR BOCOR DITUMPANGNYA....SEDANGKAN MASIH BANYAK KAPAL-KAPAL DAGANG,SPEED BOAT,FERI YANG SEMPURNA DAN BAIK BERLALU DI DEPAN MATA TETAPI MASIH TIDAK NAMPAK....SAYANG SERIBU KALI SAYANG TONGKANG USANG JUGA YANG MENJADI PILIHAN.....MENGAPA SDR BOB TIDAK NAMPAK REALITI....BERDUYUN-DUYUN INSAN YANG BERHIDAYAH TURUN UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARI TENGGELAM BERSAMA-SAMA TONGKANG YANG HAMPIR PECAH DIPUKUL GELOMBANG BIRU UNTUK MENYELAMATKAN DIRI....SEKARANG HANYA NAKHODA-NAKHODA LESU YANG MASIH SETIA MENGEMUDI BAHTERA PAS AGAR IA NYA TIDAK TERUS KARAM DIPUKUL GELOMBANG.....SEMUA NYA SUDAH TERLEWAT BAHTERA HIJAU TERUS JAUH DARI PESISIR MELAMBUNG DAN CONDONG DIPUKUL OMBAK LAUT CINA SELATAN....APA YANG PASTI TIADA APA YANG SDR BOB PEROLEHI DIBAHTERA ITU MELAINKAN BELIAU MENCAMPAKAN DIRI KE GELOMBANG KEBINASAAN.....BAHTERA HIJAU SEMAKIN HILANG ARAH PEDOMAN LAKSANA PELAUT KEHILANGAN KOMPAS...ITULAH REALITINYA PENCARIAN SDR BOB SELAMA INI.......

Tanpa Nama berkata...

Betul apa yang di catatkan dalam bolg taming sari tu BOB.
Kalau pun mau jadikan diri sebagai Islam yang tulin bukan melalui parti.PAS telah banyak menyesatkan ummah BOB.
Parti p0litik tetap parti.Ada agenda lain.
Lain lah kalau BOB ada agenda lain..
Cakap la betul2.Kalau lah satu hari BOB di lantik jadi orang ternama dalam PAS,kami akan kutuk habis2.
Berdosa BOB kalau ada agenda tersendiri tapi BOB juga guna line politik yang mecahkan ummah ini untuk kepentingan diri.

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)