Selasa, 8 Mac 2011

DAP Banyak Membawa Laknat Kepada PAS


Pas digesa mengkaji semula 'hubungan istimewanya' bersama DAP berikutan sokongan orang Melayu terhadap parti itu semakin merosot.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, ia diterjemahkan menerusi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menampakkan undi orang Melayu tidak memihak kepada Pas.

Menurut beliau, kekuatan Pas terletak kepada label perjuangan Islam tetapi ia sudah lari gara-gara bersekongkol dengan DAP.

''Pas kena kaji balik posisinya dalam pembangkang. Perjuangannya terhadap Islam sudah lari. Sebab itu kita tengok peratus pengundian Melayu terhadap Pas sudah jatuh.

''Pada saya, ini tidak berapa bagus. Pas perlu jadi alternatif kepada perjuangan orang Melayu dan Islam. Tetapi, pengamatan daripada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Merlimau, Tenang dan Galas, nampaknya orang Melayu sudah lari dari Pas.

''Semuanya kerana DAP (kerjasama). Ia cukup merugikan Pas dan menguntungkan DAP. Lebih baiklah Pas kaji balik perkara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Majlis Parlimen Ke-12 2011 di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38.

Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Pas seharusnya menjadi sebuah parti yang bergerak secara sendiri kerana perjuangannya berbeza jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.

''Malah, Pas sepatutnya berdiri di atas kakinya sendiri. Senario politik dunia sekarang ini, orang nak kepimpinan begitu. Tetapi kalau pilihan dia (Pas) begitu, nampaknya ia memakan diri. Ia cukup merugikan," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali berkata, kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau semalam memang sudah dapat dijangka.

Namun, beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, apa yang menarik adalah BN dapat menambah undi yang lebih banyak berbanding sebelum ini.

''Pas sudah alami kemerosotan akibat permainan politiknya dengan DAP yang mengakibatkan orang Melayu semakin tidak senang hati terhadap mereka. Ini sudah tentu atas sikap tolak ansur Pas terhadap DAP yang bertentangan dengan perjuangan Pas sebagai parti Islam.

''Selain itu, penentangan orang Melayu terhadap Pas adalah kerana pengaruh Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dilihat mempergunakan Pas untuk kepentingan politiknya," tegasnya.

Sumber

Nota kaki : Sudahlah PAS terkenal sebagai parti laknat, dilaknat lagi dengan kehadiran DAP.... Alahai!

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

1 ulasan:

cermin2mirror berkata...

Tok kadhi yang kawen kan PAS/DAP sapa kalau tak al Juburi tu.
Semua orang kena tipu..Kalau penipu macam DAP pun Al Juburi boleh tipu,kiranya penipu paling besar di Malaysia ni sapa?
Sama sama pikir lah...

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif