Isnin, 7 Mac 2011

Kepercayaan Pelabur Kepada Kemampanan Ekonomi Malaysia Terus Meningkat!


Bursa Malaysia kemungkinan terus meningkat pada minggu depan dengan jangkaan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan antara paras 1,540 dan 1,550 mata, kata para peniaga.

Sentimen pelabur terus kekal positif dengan harapan dana asing akan mengalir masuk semula ke pasaran baru muncul kerana dolar AS yang lebih rendah selepas Rizab Persekutuan (AS) mencadangkan untuk memastikan dasar monetari yang lebih mudah.

Bagaimanapun, seorang peniaga berkata kebimbangan langkah mengetatkan dasar di pasaran-pasaran baru muncul bagi memerangi inflasi masih boleh mengehadkan kenaikan pasaran Asia, yang termasuk Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan berkata, indeks utama kemungkinan diniagakan hingga kepada zon halangan apabila para pelabur memberi reaksi positif hingga kepada laporan yang menyatakan bagi mencatatkan pelan keamanan berdaya maju di Libya dan penurunan harga minyak.

"Secara asasnya, kami melihat penurunan harga sebagai satu bentuk kejatuhan selepas harga minyak mentah merosot daripada paras ketinggian bagi tempoh 29 bulan manakala AS telah mencatatkan tuntutan pengangguran terbaik di dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Bagi fundamental, Dr. Nazri berkata, kekukuhan ringgit dan kadar faedah sebenar yang positif mendahului pemangkin pada tempoh jangka terdekat.

"Secara keseluruhannya, kami suka saham warisan inflasi (sektor minyak, gas dan perladangan) seperti Petronas Dagangan, Petronas Gas, Kulim dan KL Kepong," katanya.

Bagi minggu baru berakhir, FBM KLCI diniagakan pada jajaran sempit tetapi kebanyakannya meningkat berikutan pembelian institusi.

FBM KLCI meningkat 33.34 mata untuk ditutup kepada 1,522.61 daripada 1,489.27 yang dicatatkan Jumaat lepas.

Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas melonjak 138.58 kepada 10,364.74, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace turun 141.05 mata kepada 4,063.77 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 merosot 30.37 mata kepada 10,877.39.

Indeks Kewangan meningkat 25.34 mata kepada 13,646.92, Indeks Perladangan melonjak 161.64 mata kepada 7,743.02 dan Indeks Perusahaan meningkat 77.58 mata kepada 2,845.19.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 5.84 bilion saham bernilai RM8.7 bilion, daripada 8.58 bilion saham bernilai RM10.4 bilion, yang dicatatkan pada minggu lepas.

Perolehan Pasaran Utama merosot kepada 4.79 bilion unit bernilai RM8.57 bilion daripada 6.83 bilion unit bernilai RM10.16 bilion yang dicatatkan sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 499.31 juta saham bernilai RM56.02 juta berbanding dengan 1.02 bilion saham bernilai RM107.62 juta pada Jumaat lepas.

Perolehan waran merosot kepada 490.04 juta unit bernilai RM68.18 juta daripada 672.86 juta unit bernilai RM126.61 juta yang diniagakan pada minggu lepas.

Sumber

Nota kaki : Apabila kepercayan pelabur meningkat maka saham-saham utama di FBM KLCI akan meningkat nilainya dan ini memberi impak positif kepada ekonomi negara. Keyakinan pelabur ini akan meningkatkan percambahan dana pelaburan di mana kesannya bukan sahaja dinikmati oleh rakyat kelas pertama malahan kelas pertengahan juga.

Kestabilan politik dan keamanan yang terpelihara mampu merancakkan lagi pasaran saham FBM KLCI.

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)