Sabtu, 12 Mac 2011

Mahkamah Patut Arah Anwar Serah DNA!


Pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon agar Mahkamah Tinggi di sini menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Ini merupakan permohonan yang julung-julung kali dikemukakan dalam sejarah perundangan negara.

Hasil ujian tersebut pula akan digunakan untuk perbandingan dengan sampel DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh ahli politik berkenaan.

Permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan selepas saksi pendakwa ke-26 dan terakhir, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangan.

“Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap semua pihak,’’ tegas Mohd. Yusof.

Permohonan itu, menurut beliau, dibuat mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950.

Mengikut Seksyen 165, seorang hakim dalam mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta berkaitan, boleh bertanyakan sebarang soalan, dalam sebarang bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai sebarang fakta sama ada berkaitan atau tidak berkaitan.

Beliau juga boleh memerintahkan supaya dikemukakan sebarang dokumen atau benda dan mana-mana pihak atau ejen tidak berhak membuat sebarang bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian atau tanpa kebenaran mahkamah, menyoal balas saksi atas sebarang jawapan yang diberikan.

Bagaimanapun, peruntukan tersebut disertakan dengan syarat bahawa penghakiman atau perintah itu dibuat berdasarkan fakta yang ditetapkan oleh akta tersebut sebagai berkaitan dan dibuktikan dengan sewajarnya.

Tiga tahun lalu, Parlimen bersetuju meluluskan Akta Identifikasi DNA 2008 yang mengklasifikasi profil DNA dan maklumat sedia ada yang berkaitan dengannya disimpan serta disenggarakan oleh Jabatan Kimia Malaysia atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Undang-undang tersebut diwujudkan bertujuan memperoleh sampel DNA daripada orang yang disyaki bersalah, tahanan atau seorang penagih dadah untuk siasatan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Bank DNA masih belum diwujudkan sehingga ini di negara ini.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada prosiding hari ini, Mohd. Yusof turut memohon agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusan yang dibuat sewaktu bicara dalam perbicaraan (TWT) sebelum ini.

Ia berikutan keterangan pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira dan keterangan Ahmad Taufek yang ditugaskan untuk menangkap Anwar pada 16 Julai 2008.

Dalam keterangan kedua-dua saksi, Judy telah memohon waran tangkap ke atas tertuduh pada 15 Julai tahun yang sama dan ia telah disempurnakan oleh Ahmad Taufek pada keesokan harinya.

Mahkamah menetapkan Isnin ini untuk kedua-dua pihak berhujah mengenai kedua-dua permohonan tersebut.

Selasa lalu, Hakim Mohamad Zabidin memutuskan untuk tidak menerima masuk sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008 yang menempatkan Anwar, sebagai barang bukti.

Hakim terbabit memutuskan demikian selepas mendapati barang-barang berkenaan yang diambil bagi tujuan mendapatkan profil DNA, diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Prosiding TWT diadakan ekoran bantahan barisan pembelaan terhadap barang-barang kes itu. Bantahan ditimbulkan pada 23 Februari lalu sewaktu Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.

Dalam keterangan saksi pendakwa keenam itu, Nor Aidora menyatakan, ujian analisis DNA terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y.
Nota kaki : Ada juga juak Anwar yang bahalul bertanya, mengapalah mereka nie kemaruk nakkan DNA Anwar? Apa ke bangang punya soalan. Kalau Anwar benar dan yakin dia tidak bersalah, mengapa takut untuk serahkan DNA-nya? Pihak mahkamah boleh mengarahkan pasukan doktor untuk membuat penilaian secara langsung dan Anwar sendiri boleh melihat sendiri samaada DNA-nya akan dimanupulasi atau tidak. Berani kerana benar wahai Anwar.

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

4 ulasan:

zahari1950 berkata...

Kita juga patut bersedia spin dari yang dituduh. Nanti pembela mendakwa memang DNA lelaki Y adalah milik Anwar tetapi air maninya telah dimasukkan ke dalam dubur Mohd Saiful tanpa kerelaannya Anwar.... (teori konspirasi lagi?)

keris hitam bersepuh emas berkata...

DALAM KES ANTATUYA PULA, AKU RASA PIHAK YANG MERANCANG PEMBUNUHAN INI ADALAH PIHAK YANG BENAR - BENAR MAHIR DALAM PERUNDANGAN MALAYSIA, SEBAB ITULAH MAYATNYA DI LETUPKAN , KALAU TIDAK TENTU SAMPEL DNA YANG BOLEH DIAMBIL TERUTAMANYA ORANG YANG DISYAKI BENAR- BENAR TERLIBAT. KESIAN PEREMPUAN ITU YE..TUKANG LETUP SUDAH DIHUKUM TETAPI PEMBUNUHNYA MASIH BEBAS DI MALAYSIA NI.JIKA TIDAK DITANGKAP BOLEH MENJEJASKAN KEAMANAN NEGARA NI WEH. AKU RASA TAMING SARI MESTI BERSUARA KEPADA PIHAK KERAJAAN SUPAYA MENCARI PEMBUNUH SAMPAI KELUBANG CACING. DNA OH DNA OH DNA OH SELAGI MANUSIA YANG MENJADI HAKIMNYA BELUM TENTU KEADILANNYA. HANYA ALLAH YANG BESIFAT MAHA ADIL YANG ADIL DAN SAKSAMA. KALAU PUAK UMNO LAGI AGU TAK PERCAYA SEBAB HUKUM DALAM AL QURAN PUN TERIMA SEPARUH DAN TOLAK SEBAHAGIAN. CONTOH KALAU BAB ZAKAT IKUT SEPENUHNYA TANPA SEBARANG ALASAN TETAPI KALAU BAB MENGHUKUM PENCURI DAN PENGZINA TAK BOLEH IKUT LAGI SEBAB...BLA...BLA..BLA. KAU BERI ALASAN DEPAN ALLAH NANTI.

Tanpa Nama berkata...

Jangan biarkan kemungkaran, cegah kemungkaran, apa lagi la mempertahankan peliwat, wahai pejuanagn islam pas,jangan harap pada peliwat walaupun ketokohannya nampak boleh digunakan untuk jatuhkan kerjaan.., inilah ujian untuk pas, kita berjuang bukan untuk menang dunia, tapi menang di akhirat, apalah artinya menang tapi bersama2 dengan kemungkaran... Allah Maha Kaya, Mintalah kemenangan dari Nya, Muhasabahlah diri dan perjuangan kita, mengapa masih belum diberi kemenangan mutlak...

Tanpa Nama berkata...

kata percaya kepada al-quran dan assunnah dalam kes ni cuba pakai al-quran dan assunnah lama dah settle. bukan korang nampak pun anwar sodom.si syaiful tu je yang bengong mengaku.anwar pun sama cuba bersumpah dah selesai.

cadangkan najib bicara kes ni dalam mahkamah syariah kan rakyat malaysia tak pening.kata pejuang islam.

jgn spin sebb kita semua ni orang islam,selagi kita tak percaya kat sistem islam selagi tu cabang fitnah & kebenaran tiada penghujung.

aku teringat kisah prison break seosan 1.haduhai. nanti terkena kat najib nanti jenuh orang malaysia pening lagi.rahim, rahim

generasi bundle

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif