Ahad, 6 Mac 2011

MCA Tegur Dia Bersorak, DAP Jerkah, Dia Terkucil, Inilah PAS Celaka!


Inikah sikap pejuang Islam sejati? Isu ini bermula apabila Majlis Perbandaran Kota Bharu menyerbu dua kedai buku menjual loteri kebajikan di Kota Bharu minggu lepas menyebabkan beberapa pihak mendakwa ia satu bentuk penindasan. Kerja ini baru sahaja mereka buat selepas 20 tahun memerintah itupun tidak tahan dengan pendedahan seorang blogger yang kini anti PAS, Kickdefella.

Pertamanya yang menentang adalah MCA apabila lantang menegur PAS kerana mengambil tindakan kepada permis perjudian yang telah mendapat permit dari Kementerian Kewangan. Akta Loteri merupakan undang-undang persekutuan dan kedudukan akta itu lebih tinggi daripada undang-undang pengharaman perjudian negeri (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan 1993) dan undang-undang pengharaman perjudian itu terbatal jika bercanggah dengan Akta Loteri. Akta loteri ini perlu bagi mengelaknya percambahan industri loteri dan mengekang orang Islam dari masuk ke bidang ini. Pandangan MCA bukan merupakan pandangan BN kerana ia pandangan peribadi yang mahukan PAS membuat penjelasan.

Disebabkan itu, maka bergemalah semua media pro mereka termasuk blog-blog cabuk mengutuk tindakan AJK Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker kerana membidas tindakan PAS. Katanya ini bukti MCA anti Islam dan menghalang kerja-kerja menghapuskan perjudian di Kelantan.

Hari ini, DAP pula menentang tindakan PAS dan lebih ektrim mengugut PAS akan kehilangan sokongan orang Cina jika tidak adil dalam membuat perkiraan dan pertimbangan. “Ia akan mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat Cina dan masyarakat Cina akan bimbang dengan PAS,” Kata Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke. Baca sini.

Apabila DAP menjerkah sedemikian PAS mula terkucil meminta DAP bertenang dan bersikap terbuka. Takutnya mereka kepada DAP bukan kepalang apatah lagi DAP mengugut sokongan Cina akan tergugat jika PAS berdegil. PAS dengan rasa rendah diri pasti amat takut dengan ancaman DAP ini.

Antara teguran MCA dan ancaman DAP, lebih jelaslah DAP maha ekstrim menghentam PAS dan paling lantang tidak menghormati majoriti umat Islam di Kelantan. Sikap PAS yang bermuka-muka kononnya ikhlas mahu mempertahankan ajaran Islam hanya satu rektorik apabila lawannya adalah DAP.

Wahai PAS, jelaslah bahawa kau ini hanya kuda tunggangan. Sudah begitu teruk DAP lanyak Melayu dan Islam di P.Pinang, satu pun kau tak berani nak tegur. Malah kau sokong pula mereka hentam bangsa dan agama kau. Siap kau mengaku malu menjadi Melayu. Tetapi hanya kerana dua kedai judi, di Kota Bharu, DAP jerkah kau. Inikah sikap setiakawan yang kau kata wujud dalam Pakatan Haram? Inikah bukti kau dominan apabila dilihat DAP lebih berkuasa dari kau? Kota Bharu kan tempat kau, kenapa DAP sibuk masuk campur? Nak buat apa-apa keputusanpun, DAP sebagai last decision maker

Nota kaki : Inikah perjuangan Islam yang kau canangkan wahai PAS laknat? 

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

2 ulasan:

Jeffry berkata...

PAS MANE BLEY LWN DAP BROO. DAP ADE KUASA SAKTI NAGE KEPALE 7. WALI APE ADE? FATWA MERAPU JEK! KEHKEHKEH

Tanpa Nama berkata...

PAS nak tunggang DAP.Gila kuasa.DAP nak tunggang PAS,nak kan sokongan MELAYU.PKR jadi orang tengah.Anu_ar nak kan kuasa secepat yang mungkin.Objektif bertukar2.
PKR pakai sentiment megatakan UMNO tu corrupt.PAS pula kata UMNO tak ISLAM.DAP kata UMNO racist.
Hbais semua peluru kata mengata di gunakan.
MELAYU terus berpecah.Angakara gila kuasa oleh orang2 yang tak reti nak berterima kasih..
Teruk sangat ker MALAYSIA ni??
Pikir2 la wahai pejuang yang bertopeng.
Peralihan kuasa akan menjahanamkan MALAYSIA..
Ramapasan Kuasa lagi la jahanam..
Orang2 cina mmg tak nak ini berlaku.
Orang2 melayu nak sangat2..
Last2 kalau menang pun,PAS akan di tunggang juga oleh DAP..Melayu balik dok dalam hutan..

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif