Khamis, 5 Mei 2011

PAS Gagal Membawa Kesejahteraan Kepada Rakyat Kelantan

Rakyat Kelantan perlu membuka minda mereka dari terus diortodok oleh Islam ala PAS

Masalah air di negeri terinaya dibawah PAS iaitu Kelantan terus membelenggu rakyatnya yang bagaikan sudah mati semangat memohon dan mengadu ke Syarikat Air Kelantan. Mengapa hilangnya semangat mereka itu? Ini kerana jika panggilan diangkat sekalipiun, jawapan yang diberi pasti janji-janji kosong yang tiada langsung cahaya dihujungnya.

Ironinya, Syarikat Air Kelantan dibelenggu dengan masalah modal dan peruntukan yang amat sedikit bagi menampung kos penyelenggaraan paip yang tinggi. Pembaca bayangkanlah, hanya 4 juta sahaja diperuntukkan oleh PAS Kelantan bagi menampung kos itu dalam tempoh lebih 1 tahun. Akibatnya, air bersih tidak dapat disalurkan ke seluruh pelusuk negeri.

Rakyat sudah bosan dan muak dengan suasana ini memilih untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Bagi mereka, biarlah mereka hidup susah asalkan pucuk pimpinan negeri itu dipimpin terus oleh ulamak yang sebenarnya "Fulamak!'. Jesteru ramai dikalangan rakyat Kelantan termasuk di bandar Kota Bharu memilih memasang sistem boring atau mengali perigi bagi mendapatkan air.

Rakyat yang menerima kemudahan air di Kelantan pula terpaksa berpuashati menerima titisan air yang masuk ke rumah mereka biarpun dari segi fizikalnya jelas kelihatan yang air itu tercemar. Air yang masuk ke kebanyakkan rumah orang Kelantan berwarna kuning dan berbau. Bagi mereka itupun sudah memadai asalkan jangan terputus bekalan air.

Itulah hakikatnya keadaan di negeri pemerintahan PAS yang kekal bertahan selama lebih 20 tahun itu. Selama tempoh itulah mereka telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kerana gagal memberikan kemudahan air berkualiti kepada rakyat. Malahan disebalik 30% rakyat Kelantan menikmati kemudahan air yang disediakan, ada 70% lagi menunggu rumah mereka dimasuki oleh air dirawat yang bersih seperti rumah-rumah yang dihuni oleh mereka-mereka yang tinggal di negeri-negeri lain.

PAS jangan berlagak nak mengajar orang lain membangunkan negara, renungkanlan di dalam kain anda sendiri dimana kulit dan badan anda dipenuhi nanah yang membusuk. Undurlah dari politik Malaysia dan bersamalah di dalam satu parti iaitu UMNO bagi terus memerintah negara dengan adil dan saksama. Bertaubatlah dari terus mempergunakan Islam bagi meraih sokongan politik dan seterusnya menganiaya rakyat yang termakan dengan janji politik kosong itu.

Wallahhua'alam.

Penulis,

2 ulasan:

ABE ZUL KELATE berkata...

DEMI ALLAH PERKARA INI BENAR DAN APA YANG DIUTARAKAN PENULIS BUKAN REKAAN IANYA ADALAH REALITI YANG BERLAKU DI KELANTAN,NEGERI TADAHAN WAHYU,NEGERI YANG PENUH KEBERKATAN YANG MANA DIPIMPIN OLEH INSAN PEWARIS NABI.......SUDAH LEBIH 20 TAHUN PAS GAGAL UNTUK MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR ASAS UNTUK RAKYAT MARHAIN YAKNI RAKYAT BAWAHAN..RAKYAT TIDAK MINTA PROJEK MEGA,RAKYAT TIDAK MINTA KAWASAN BALAK,RAKYAT TIDAK MINTA LADANG RAKYAT,CUMA RAKYAT KELANTAN MINTA SETITIS AIR BAGI MEMBASAH TEKAK, SECEBUK AIR BAGI BERWUDHU DAN SEBALDI AIR UNTUK MANDI MANDA..ITU SAJA.....TETAPI SAHINGGA KINI PEMIMPIN SUCI DAN TERMULIA PAS GAGAL MANJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN ALLAH .....MEREKA LEKA DENGAN SEGALA KEMEWAHAN,KESENANGAN DAN HARTA BENDA YANG MELIMPAH RUAH......MEREKA ASYIK BERPELESERAN DENGAN MOBIL MEWAH BUATAN JERMAN.....TERLENA DI MAHLIGAI GENTING LAKSANA SYURGA...MEREKA KEKENYANAGN DENGAN MAKANAN LAZAT APATAH LAGI IANYA DINIKMATI DI HOTEL-HOTEL BINTANG 5.....LENA DIULIT ISTERI-ISTERI MUDA YANG MONGGEL DENGAN PERHIASAN DIRI LAKSANA PUTERI......TAPI RAKYAT DIBIARKAN KEHAUSAN.....TANAH SEJENGKAL KERA JADI REBUTAN,BALAK TAK SAMPAI SEPEMELUK JADI IGAUAN......MEREKA TERUS RAKUS MEMBOLOT KEKAYAAN HASIL MAHSUL NEGERI YANG SEJEMPUT CUMA.....TAPI SAYANG SEGALA KEKAYAAN ITU TIDAK MELIMPAH KEPADA RAKYAT KEBANYAKAN........ITULAH PAS..PERJUANGAN YANG BERSELINDUNG DI SEBALIK JUBAH DAN KEPIAH, AGAMA ALLAH DIJADIKAN TARUHAN DEMI MENGENYANGKAN PERUT DAN MEMENUHKAN POKET......RAKYAT PEDULI APA ?........KEPADA RAKYAT KELANTAN YANG BERAKAL WARAS TOLONGLAH TINGGALKAN PERJUANGAN YANG SIA-SIA INI DEMI MASA DEPAN GENERASI YANG AKAN DATANG...PAS SEMAKIN SESAT DAN TERUS SESAT BAHKAN SEMAKIN HILANG PEDOMAN LANTARAN PERCAMPURAN DENGAN DAP LAKNATULLAH..........FIKIR-FIKIRKAN LAH......

Tanpa Nama berkata...

boleh x kalau komen tak yah CAPS LOCK...orang kat cni bukan buta

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif