Jumaat, 24 Jun 2011

Eskay Bukan Nak Dedahkan Sangat "Anu" Anwar Tapi....


Dua pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ”tampering” (diubah-ubah) dan ”superimpose” (gambar ditindih) dilakukan.

Pakar-pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan. 

Lihat gambar ini pun kita boleh lihat kebenaran dan siapa pelakunya.

Taming Sari : Kalau setakad niat asalnya sekadar nak dedahkan video seks tak perlulah si Eskay dan rakan-rakan sibuk nak tayangkan video yang tak best langsung dengan aksi pelakonnya biasa sahaja.  

Tujuan sebenar Eskay dan rakan-rakan amat jelas, mereka punya satu bukti kukuh Anwar adalah insan terkutuk yang perlu didedahkan kepada umum. Seperti laporan di atas, video itu tulen dalam erti kata tiada tempelan dan super impose.

Hari ini, Eskay dan rakan-rakan telah mengaku di mahkamah memang mereka yang dedahkan video seks itu. Ini-lah pejuangan namanya. Berani kerana benar. Bukan macam Nuar keparat, penakut, tak habis-habis tangguhkan kes liwat. Kalau benar video itu palsu, buat laporan polis, biar polis siasat.

Walaupun mereka telah dihukum, mereka lega kerana tanggungjawab mereka mendedahkan siapa Anwar sudah selesai. Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya. 

Wallahhua'alam. 

 Penulis,

6 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

video pertama yang dimuatnaik ke youtube pun dah dicensor mengalahkan LPF negara. Selepas video itu keluar, makin galak pula tuduhan ke atas TRIO. keluar yang penuh! padan muka. hehehe

keris hitam bersepuh emas berkata...

RAKYAT SUDAH TIDAK BODOH LAGI,
RAKYAT SUDAH TIDAK LUPA LAGI,
RAKYAT SUDAH MUAL DENGAN PERMAINAN POLITIK UMNO.
RAKYAT SUDAH DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA INTAN DAN KACA.
RAKYAT SUDAH TIDAK PERCAYA LAGI PADA UMNO.

Tamingsari berkata...

Rakyat tak bodoh untuk bersama dengan Nuar keparat kau tu..

Kau tu yg bodoh keris hitam..

Tanpa Nama berkata...

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Tamingsari berkata...

Aku setuju dengan kata-kata Dr. Asri tu...

Khas buat kerajaan kelantan dari rakyatnya...

Tanpa Nama berkata...

tak kisahla ayat tersebut ditujukan kepada mana2 kerajaan sekalipun... saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada saudara kerana menyiarkan pandangan dan pemikiran dr Asri di laman blog saudara... ini menunjukkan saudara masih ada belas kasihan kepada kami rakyat Malaysia yang naif dalam politik dan memerlukan pembelaan... INSYA ALLAH semoga Allah membalas budi baik saudara kerana sudi menyiarkan rintihan kami sebagai rakyat...ALHAMDULILLAH rakyat Malaysia semakin bijak menilai kerana ilmu pengetahuan semakin berkembang pesat di Malaysia... biarlah rakyat yang menetukan...semoga kita semua berada di bawah rahmat Allah... terima kasih sekali lagi Assalamualaikum...

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif