Khamis, 23 Jun 2011

Mesti Ramai Mahasiswa "Aim" Nak Sertai Bersih 2.0


Mahasiswa pastinya ada yang sudah merancang mahu menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini. Tidak kiralah mereka dari lembah klang, pantai timur atau utara sudah pasti ada ramai yang menconggak keadaan yang akan berlaku di sana nanti.

Ada banyak faktor mengapa mahasiswa begitu cenderung untuk bersama dengan pembangkang. Paling jelas, jiwa protes yang ada di diri mereka menguatkan lagi sebab mereka kerap terpengaruh mengikut haluan pembangkang. Kegagalan pro aspirasi menguasai kuasa politik mahasiswa kini dan dilihat lebih menjadi pengikut kepada telunjuk HEP menyebabkan mereka jatuh ke tangga yang kurang popular di kalangan pelajar universiti.

Ramai mahasiswa tidak didedahkan dengan kisah benar mengenai politik matang dan mereka yang ada keinginan untuk mengambil tahu hal itu kerap mengunakan media alternatif bagi mendapatkan mahlumat dan isu terkini mengenai politik. Ini menjadikan mahasiswa mudah terpengaruh dengan dakyah fitnah pembangkang dan mempercayainya bulat-bulat. Ini diburukkan lagi apabila pakatan syaitan mengwar-warkan media perdana sebagai media yang tidak boleh dipercayai. Kempen itu diterima bulat-bulat oleh mereka walaupun mereka memiliki level pendidikan yang tinggi untuk menilai tuduhan itu. 

Akibat daripada itu, ketaksuban golongan mahasiwa kepada Anwar Ibrahim menjadikan ramai mahasiswa sudah dijangkiti penyakit Anwarita. Penyakit ini lebih teruk kesannya dari penyakit angau insan bercinta kerana walaupun video bogel dan seks Anwar sudah terdedah dengan jelas sekali ramai di kalangan mahasiswa masih yakin Anwar insan suci anugerah tuhan. Anwarita amat sukar diubati malah jika dibasuh sehingga bukti paling kuat dan mujarab disuntik sekalipun ia tetap sukar dipulihkan. Sudah berapa ramai mahasiswa yang dijangkiti penyakit bawaan syaitan ini. Penyakit ini bakal memucak di perhimpunan bersih 2.0 ini dan sintomnya akan menyebabkan pengidapnya meraung dan melalak di jalanan macam babi terluka.

Selain itu, virus hamPAS juga kerap menjangkiti mahasiswa yang kononnya alim-alim kucing. Bagi mahasiswa ini, dengan bersama PAS mereka bakal memperjuangkan pemimpin Islam bercirikan ulama. Mahasiswa begitu yakin, saf pimpinan PAS adalah terdiri daripada insan-insan mulia bakal penghuni syurga sehingga Mursyidul Am hamPAS begitu ditaksubi melebihi taksubnya mereka kepada junjungan besar nabi S.A.W. Mahasiswa yang dijangkiti penyakit ini akan menyebabkan mereka terlalu mengidolakan warna hijau gelap. Paling teruk mahasiwa yang sudah kronik dengan hamPAS sanggup mengatakan orang lain kafir, orang lain munafik dan orang lain fasik jika tidak mengikut haluan mereka. 

Bagi Taming Sari yang pernah bergelar mahasiwa, mahasiwa yang mengikut haluan pembangkang adalah mahasiswa yang tidak tahu berterima kasih. Andai kita tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih maknanya kita kufur kepada nikmat Allah S.W.T.

Sepanjang perjalanan kita dari kecil sehingga bergelar mahasiswa, agaknya sudah banyak mana PAS dan PKR laburkan peruntukkan membantu kita? Pastinya sikit pun mereka tidak membantu. Ironinya kita pula yang banyak membantu mereka apabila memasukkan seposen dua ke tabung bawaan pengutip derma ketika ceramah keji mengkeji mereka.  Tetapi mengapa kita perlu menaburkan taat sia kepada sebuah perjuangan yang sia-sia.

Apa yang pasti, parti pemerintah kini yang sudah 54 tahun menjadi pemimpin kita begitu setia dan telus membantu bangsa kita yang majorinya adalah umat Islam. Mengapa tidak kepada mereka sahaja kita menabur taat setia dan seharusnya kita senantiasa berdoa kepada Allah untuk terus memberi mandat kepada mereka untuk terus memimpin kita dan jauhkan mereka dari sifat lalai dari menjalankan tangungjawab memberi kebajikan kepada kita. Itulah yang sebaiknya mahasiswa lakukan. 

Hakikatnya ramai mahasiswa yang berlagak. Kononnya mereka sudah berpendidikan tinggi dan mengengam segelung ijazah, mereka sudah bijak dan boleh menilai sendiri mana yang benar dan mana yang salah. Mereka sebenarnya lupa dalam dunia fatarmogana ini ramai manusia yang berlidah biawak dan suka menutup kejahatan di sebalik kebaikan.    

Watak inilah sebenarnya begitu ramai di dalam pakatan syaitan. Pelakon pelbagai watak termasuk seekor syaitan ada yang sanggup menjadi malaikat sememangnya sudah sebati dalam cara pakatan itu memperdayakan golongan setahun jagung. 

Jadi, mahasiwa perlu buka mata dan berfikirlah secara kritis bagi mendapatkan kebenaran walaupun pahit untuk menelan.

Wallahhua'alam. 

 Penulis,

1 ulasan:

abu idris berkata...

arrayah.info -

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." (Surah Ali 'Imraan, Ayat 61).

Mungkinkah pemimpin Malaysia sudah munafik?

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif