Isnin, 13 Jun 2011

Perkataan Allah Disebut Di Dalam Program Maksiat


Mengucap panjang Taming Sari apabila berlaku adegan jahiliah di dalam sebuah program realiti TV anjuran TV3 iaitu Mentor. Taming Sari bukanlah minat sangat nak mengikutinya tetapi semalam secara tidak sengaja melayan program itu sebentar.  Sengaja mahu melihat manusia-manusia akhir zaman membuka jalan tanda-tanda kiamat. Semalam TV3 menayangkan ulangan dan ulasan berkaitan program itu yang sudahpun berlangsung peringkat akhirnya minggu lalu.

Apa yang mengejutkan Taming Sari adalah, Erra Fazira selaku mentor meminta rakan-rakannya, penyokong protege-nya untuk sama-sama memegang tangannya dan protegenya sambil dia meminta semua membacakan Surah Al-Fatihah mendoakan kejayaan protegenya itu. Sambil berpegang tangan antara lelaki dan perempuan tanpa lapik serta dengan aurat yang terdedah pastinya adegan itu sangat tidak sesuai dicampur adukkan dengan ayat Allah yang paling suci itu.

Kesal sungguh Taming Sari apabila mereka yang jelas jahil begitu mudah mempersendakan ayat Allah sedangkan Allah telah memartabatkan AlFatihah itu setingginya selaku Ummul Kitab. Mengurut dada Taming Sari melihat adegan itu dan merasakan bahawa inilah ancaman paling dahsyat yang bakal menimpa masyarakat apabila orang yang jahil ini adalah idola kepada orang-orang ramai dan masyarakat terutama remaja-remaja. Jika tiada penerangan yang jelas dari ibu bapa maka akan berlarutanlah tindakan itu menular di dalam masyarakat.

Sebenarnya bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku malahan sudah menjadi satu tren perkataan Allah disebut dalam program maksiat. Contohnya di dalam Akademi Fantasia, ada pengkritik yang membacakan Bismillahhirahmannirahim sebelum mengkritik peserta malah ada perserta yang menyebut perkataan Alhamdullilah, IsyaAllah dan berdoa walaupun mereka tidak menutup aurat dan berada di dalam program maksiat. 

Apa sudah jadi kepada masyarat Islam hari ini? Kini kita semakin membuka lembaran ambang kiamat dan sebaiknya marilah kita semua bertaubat segera sebelum terlambat.

Wallahhua'alam.

Penulis,

4 ulasan:

Kama Irahsa berkata...

ms final af, aznil ckp "dengan lafaz bismillahir rahmanir rahim, sy umumkn talian undian ditutup." aiseyh, geleng kepala bila dgr. isk..

AnaQarbana berkata...

Tidak semestinya Melayu itu Islam...
Tidak semestinya mengaku Islam itu MUSLIM...mungkin apa yang dia cakap tu adalah budaya Islam tapi anggapannya dia terlalu Islam [Islam cara Artis..macam juga Islam cara PAS...cara UMNO ataupun itu Islan Hadhari]....
Seperkara lagi....akibat beramal tanpa Ilmu..ilmu yang di maksudkan itu ialah Ilmu Islam...bukan ilmu menyanyi/berlakon...Islam / Muslim hanya di bibir...roh Islam bukan boleh diperolehi di pentas ataupun dalam komuniti tertentu..hanya melalui pengajian...berguru...ini antara tanda-tanda duna khir zaman...golongan pernghibur mengambil alih tempat ulama...golongan penghibur lebih dipercayai....lihat saja pada PAS....mula menggunakan golongan ini untuk mendapatkan kuasa memerintah....iilah yang di katakan golongan munafiqin.....

NUR berkata...

TAMING SARI,KENAPALAH TERLALU SEMPIT PEMIKIRAN KAMU?INI TAK BOLEH ITU TAK BOLEH.SETIAP ORNG ISLAM BERHAK MENYEBUT NAMA ALLAH DAN MEMBACA AYAT SUCI ALLH.SIAPA KAMU YANG HENDAK MENGHALANG ITU SEMUA?INILAH CONTOH PEMIKIRAN SEMPIT ORNG MENGGELAR DIRINYA ISLAM.APA ORNG LAIN BUAT SEMUANYA SALAH.YANG DI PUJI HANYALAH MEREKA YANG BERPURDAH BERSARBAN DAN YANG KE MASJID.MENGERJAKAN SURUHAN2 ALLAH TAK SEMESTINYA TAK BOLEH MENONJOLKAN BAKAT DAN BERHIBUR.. CUBA PIKIAG.ALANGKAH HAMBARNYA DUNIA ISLAM KAMU TANPA ITU SEMUA.YANG PENTING NAWAITU..ALLH HATES EXTREMIST.ORNG YANG TEMPATNYA DI SYURGA ADALAH ORANG YANG SEDERHANA DALAM SEGALA2NYA..

Tamingsari berkata...

Wahai Nur,
Jahilnye kamu nur.. Nama kamu sahaja nur tp kamu tidak nampak nur Islam.

Cuba kamu ceritakan pd aku mana ayat Allah menyuruh brhibur sdemikian?

Jika nk berhibur n brmaksiat, jgn cmpur adukkan ayat Allah.

Org mcm kamulah Nur akan merosakkan masyrt Islam.

Dlm Islam tiada tolak ansur kalau ia jelas brcnggah dgn ajarannya.

Kamu kena sdr itu wahai Nur.

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Korup@UMNO (9) Media Pembangkang (9) NajibMO1 (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PRU14 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Skandal1MDB (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) TunMahadhir (1) Twitter (1) Wira (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1)