Isnin, 13 Jun 2011

Semua Orang Boleh Pimpin Negara, Tapi Belum Tentu Semua Boleh Pimpin Masjid!


Sejak pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang pada Mac 2008, dapat dilihat cita-cita tinggi kepemimpinan yang mahu menjadi nombor satu dalam semua aspek berdasarkan kepada slogan 'Penang Lead' atau 'Pulau Pinang Peneraju'. Barangkali kerana terlalu ingin mengejar slogan Penang Lead itu, satu lagi dasar baru diambil kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak pernah dilaksanakan di negeri lain iaitu memperkenalkan kaedah baru pemilihan ahli jawatankuasa membabitkan 200 masjid di seluruh negeri itu. Menerusi kaedah baru itu, ahli jawatankuasa masjid dipilih menerusi proses pilihan raya iaitu menggunakan kertas undi seperti yang biasa kita lihat ketika pengundian pada pilihan raya bagi memilih wakil rakyat atau pilihan raya kampus bagi memilih wakil pelajar.

Malah, calon yang bertanding dibenarkan berkempen untuk tempoh beberapa hari sebelum pengundian. Pendek kata, proses ini hampir 100 peratus sama seperti pilihan raya. Bezanya ialah calon bertanding akan ditapis terlebih dulu dan tiada penamaan calon.

Pengumuman mengenainya yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Malah seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam e-melnya kepada Berita Harian mendakwa seorang daripada pemimpin tertinggi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), antara badan dipertanggungjawabkan menjalankan pilihan raya itu turut tidak bersetuju dan membantah keras dengan pilihan raya itu.
Pihak yang membuat bantahan itu mendakwa polemik baru kerajaan DAP Pulau Pinang itu bakal mengheret institusi masjid ke kancah politik kepartian, sesuatu yang mungkin berlaku kerana sudah tentu ia akan bakal ditandingi individu yang menjadi ahli sesebuah parti politik.

Dengan penyebaran ideologi parti yang berbeza sudah tentu akan mencemarkan masjid yang mungkin menyebabkan peranannya untuk menjadi tempat umat Islam beribadat serta mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain bertukar kepada tempat berpolitik.

Bagi Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, masjid tidak sepatutnya menjadi tempat untuk semua pihak berpolitik, mengadu domba dan saling benci-membenci satu sama lain.

“Masjid adalah tempat kita beribadat...takkan kita hendak bermasam muka ketika hendak beribadat. Inilah mungkin kesan yang akan berlaku sekiranya pilihan raya masjid diadakan juga,” katanya ketika mengulas perkara berkenaan.

Kerajaan negeri seharusnya melihat kepada kesan selepas pilihan raya masjid sebelum melaksanakannya bukan hanya mendengar pandangan segelintir pihak, kita tidak mahu melihat akan timbul persengketaan di kalangan ahli kariah masjid selepas proses itu selesai.

Lihatlah kesan selepas pilihan raya baik umum atau kecil, di mana masih wujud perasaan benci hanya kerana persengketaan yang wujud ketika proses pilihan raya sedang berjalan di mana ada kempen menyerang peribadi seseorang.

Tidak hairan sikap seumpama itu akan timbul selepas pilihan raya masjid yang mana ada tempoh berkempen diberikan kepada calon, mungkin kempennya tidak sepanas dengan pilihan raya umum, tetapi ia tetap ada lebih-lebih lagi terdapat kemungkinan akan ada parti politik yang terbabit dengannya.

Bimbang dengan keadaan itu, UMNO Pulau Pinang mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya mengkaji semula tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang memperkenalkan sistem kertas ala pilihan raya bagi pemilihan ahli jawatankuasa kariah masjid.

Tindakan itu turut dipertikaikan dari segi undang-undang dan dianggap membelakangkan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di negeri kerana masih belum mendapat perkenan daripada baginda.

Seorang peguam yang juga Setiausaha Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Mohd Noor Mohd Abdul Kader menegaskan bahawa mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004, kaedah pemilihan jawatankuasa kariah masjid hanya boleh dilakukan selepas mendapat mandat persetujuan dan mandat daripada Yang di-Pertuan Agong.

Di sini timbul persoalan sama ada baginda selaku ketua agama Islam di negeri ini sudah memberi perkenannya atau sebaliknya kerana pemimpin kerajaan negeri masih mengunci mulut berhubung perkara itu.

Jika benar ia masih belum mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong seperti diminta sebelum sebarang peraturan baru diwujudkan, adalah menjadi satu kesilapan buat kerajaan negeri yang sering melaungkan bahawa pentadbiran mereka cekap.

Selain itu, wujud juga rasa tidak puas hati di kalangan kariah masjid kerana difahamkan pandangan mereka tidak diambil yang mana kerajaan negeri hanya mengambil pandangan pihaknya sendiri, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), MAIPP dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membuat keputusan melaksanakan pilihan raya masjid.

Semua Orang Boleh Pimpin Negara, Tapi Belum Tentu Semua Boleh Pimpin Masjid!, jadi, patutkah sistem demokrasi ciptaan kafirun ini dibawa ke dalam Masjid? Fikir dan renung-renungkanlah.

Wallahhua'alam.

Penulis,

3 ulasan:

Wake UP! berkata...

Dah lama pun orang pro PAS kuasai masjid dan maki-hamun kerajaan. Jadi apa bezanya benda ni?

keris hitam bersepuh emas berkata...

orang yang sentiasa berjamaah dimasjid tak bising, sebab mereka sudah tahu siapa yang layak mereka pilih, TETAPI yang jarang ke masjid pula yang risau tak menentu,

ABE ZUL KELATE berkata...

AKTIVITI MENCEMARKAN MASJID TELAH LAMA DILAKUKAN OLEH PAS DI KELANTAN...SAHINGGA MASJID SUDAH TIDAK BERAPA IMARAH LAGI DAN HANYA DIKUNJUNGI OLEH PENGANUT AGAMA PAS SAHAJA....MASJID TERUS DIJADIKAN PLATFORM UNTUK MEMECAHBELAH MASYARAKAT, SEMUA INI TERJADI ANGKARA PEMIMPIN PAS TERUTAMA SEKALI BAPA SYAITAN AKHIR ZAMAN @ NIK AZIZ YANG MERUPAKAN BAPA PERPECAHAN UMMAH YANG AMAT DISANJUNG OLEH PENGANUT SESAT PAS....IA BERTAMBAH BURUK AKIBAT DARI FATWA KARUT MARUT YANG DIKELUARKAN OLEH BAPA IBLIS @ HAJI HADI AWANG YANG SAHINGGA KINI FATWA MENGKAFIRKAN ORANG UMNO TIDAK PERNAH DITARIK BALIK......SAHINGGA KINI PERPECAHAN DAN PEROGOLAN KE ATAS INSTITUSI AGAMA TERUTAMA SEKALI MASJID TERUS MENULAR DI NEGERI TAKLUKAN IBILIS DAN SYAITAN LAKNATULLAH.......

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) ilmu (47) Sukan (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (29) BN (28) Ekonomi (26) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pendapat (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Tun Mahadhir (13) Bajet 2011 (11) Korup@UMNO (10) NajibMO1 (10) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Bencana (5) Parlimen (5) Perak (5) TunMahadhir (5) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) PAU 2016 (2) PRU14 (2) Perkasa (2) Polis (2) Pray4Rohingya (2) Sabah (2) Skandal1MDB (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #DAP (1) #prayforQZ8501 (1) 1MDB (1) APCO (1) DSHusni (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) Indonesia (1) IsraelvsGaza (1) KJ (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Kerakyatan (1) Liwat 2.0 (1) MAHA2016 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) Myanmar (1) N.Sembilan (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perkataanbaru (1) Perlis (1) Pray4Acheh (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) RafidahAziz (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) YDPA (1) YDPAgongbaru (1) kesihatan (1) najibrazak (1) partibaru (1)