Rabu, 20 Julai 2011

Antara PAS Atau UMNO Mana Satu Pilihan Kalbu


Hari ini orang Melayu di dalam dilema. Dilema di dalam memilih ideologi politik sebenar yang mampu membawa bangsa ini ke puncak kegemilangan di dunia dan di akhirat.

Ramai orang Melayu yang masih berpegang teguh kepada Islam. Islam yang sudah lama bertapak di Tanah Melayu ini amat sukar dipisahkan dengan jiwa orang Melayu. Sinonisme yang ada diantara keduanya menyebabkan jika salah satu atau kedua-duanya disentuh pasti akan mengundang emosi kepada orang Melayu. Inilah dilema yang dilihat memuncak dan sukar untuk diulas dan dijelaskan.

Di dalam dekad ini, kuasa politik orang Melayu kian terancam akibat dari sikap orang Melayu itu sendiri. Kecenderungan membina parti baru yang akhirnya memecahkan undi orang Melayu membuatkan kekuatan orang Melayu makin teruk. Kewujudan parti PKR dan KITA bakal melemahkan lagi kekuatan tunjang orang Melayu selain kuasa politik dari Cina dan India kekal kepada dua parti mewakili kaum mereka.

Hakikatnya parti PKR langsung tidak releven untuk disokong. Ia terbina hasil dari perjuangan seorang pendendam selepas kejahatannya terbongkar di dalam satu pemerintahan. Cita-citanya yang mengunung terhalang dan akhirnya berkecai selepas hanya tinggal satu tangga lagi untuk mengapainya. Di dalam PKR juga, sekiranya kita mengkaji dari kepimpinan atas sehingga ke akar umbi pastinya diisi oleh orang-orang kecewa atau pendendam. Sifat yang ada di dalam jiwa PKR itu telah membentuk satu lagi parti yang dinamakan Kita yang diterajui oleh orang yang kecewa. Ironinya, kedua-dua parti ini tiada asas perjuangan yang kukuh dan malah amat malang jika ada lagi orang Melayu yang berstongkol dengan kedua-duanya ini.

PAS sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu juga dilihat kerap meninggalkan rasa ragu dan serba salah di dalam hati bangsa itu. Orang Melayu amat terpikat dan terkesima jika isu agama dimainkan oleh PAS. Mereka yang paling sensitif kepada perkara ini adalah orang-orang Melayu di kampung. PAS mampu menjuarai isu berkaitan agama ini kerana mereka ditunjangi barisan ulama tersohor termasuk AlFadil Ustaz Haji Dato Haron Din yang terkenal sebagai ulama paling disegani diseluruh nusantara. PAS kerap mengabaikan isu bangsa kerana bagi mereka bangsa itu tidak penting. Inilah kelemahan yang ada pada parti itu yang akhirnya menimbulkan semula rasa ragu dijiwa orang-orang Melayu yang pantang maruah bangsanya dipermainkan. Paling malang, pemimpin nombor wahid mereka pernah berkata yang dia "malu menjadi Melayu".

UMNO pula adalah parti paling berjasa kepada orang Melayu. Masakan orang Melayu mampu melupakan jasa mereka kerana tanpa usaha keras dari UMNO maka belum tentu tanah ini bergelar tanah merdeka. UMNO kerap memainkan isu berkaitan bangsa Melayu dan ini juga menimbulkan dilema kepada orang Melayu dan akhirnya terpesona dengan perjuangan UMNO. Walaupun di dalam isu agama UMNO dilihat gagal memanipulasinya, namun UMNO masih releven diletakkan sebagai pendokong utama didalam memartabatkan Islam di dalam negera ini. Buktinya, banyak yang UMNO sudah lakukan demi memelihara roh Islam di dalam jiwa orang-orang Melayu. UMNO dilihat lebih konsisten di dalam asas perjuangan mereka berbanding PAS yang kini dibayangi DAP. UMNO tetap berpegang teguh kepada perlembagaan walaupun kerap diganggu oleh kawan dan lawan.

Kesimpulannya mudah. Orang Melayu perlu bermuhasabah. Buatlah perbandingan yang lebih akademik dan menguntungkan. Wujudkan persoalan-persoalan dan temuilah jawapan-jawapannya sendiri. Jadikan Kelantan negeri yang sudah 20 tahun lebih dibawah pemerintahan PAS sebagai makmal contoh dan bandingkanlah dengan negeri-negeri dibawah pemerintahan BN. Adakah PAS mampu memperjuangkan nasib orang-orang Melayu di Kelantan? Adakah PAS mampu menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang mampan dari segi ekonominya? Adakah PAS mampu menyediakan kemudahan terbaik buat rakyatnya? Paling penting, adakah dengan kekurangan ekonomi yang sedang menghantui rakyat Kelantan itu mampu dibayar dengan roh Islam yang kononnya mampu disemai PAS di dalam jiwa rakyat Kelantan? Adakah UMNO mengabaikan Islam? Adakah di dalam UMNO langsung tidak ada ulama? Adakah jika negeri atau negara itu diperintah UMNO kita sbagai orang Melayu terhalang dari mengamalkan ajaran Islam?

Dilema Melayu untuk memilih perjuangan mereka bakal lupus jika mereka mampu mengadaptasi segala persoalan-persoalan ini.

Namun disebalik itu, wujud pula soalan lain, jika UMNO dan PAS ditunjangi Melayu dan sama-sama mengucap kalimah syahadah serta berkiblatkan kaabah yang sama, mengapa tidak ada mesej perpaduan?

Wallahhua'alam.

Penulis,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kedua dua UMNO dan PAS mempunyai mudharat... akan tetapi mudharat PAS lebih kepada merosakkan akidaah ummmah so buat pilihaan.

Tanpa Nama berkata...

PAS itu ISLAM
UMNO itu Melayu

pilihla ikut agama mu

Tanpa Nama berkata...

pas tu islam?

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif