Khamis, 21 Julai 2011

Haha!.... Ada "Penjenayah" Nak Saman Polis Pula!


Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan saman sivil ke atas polis berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan ketua pembangkang itu.

Laporan dari Portal Yahudi :

Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis,” kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd.

Baca lagi di sini.

Namun Fayyaahd lupa, orang yang dikawal dan mahu dilindunginya telah diperintahkan oleh mahkamah untuk tidak turun ke KL pada tarikh tersebut. Jadi, polis telah diberi lampu hijau bagi memberkas mereka-mereka yang degil dan melanggar perintah mahkamah.

Lu Pikirlah sendiri Fayyaahd. Lihat laporan yang disediakan Utusan Malaysia ini :

Polis mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk melarang seramai 91 individu termasuk Datuk S. Ambiga, Datuk Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin berada di beberapa kawasan di ibu negara pada Sabtu ini.

Selain tiga pemimpin mewakili tiga kumpulan yang akan menganjurkan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pemimpin-pemimpin pembangkang turut tersenarai dalam perintah larangan itu.

Antaranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang menamakan sebahagian besar daripada lokasi-lokasi utama di ibu negara.

Beliau berkata, sekiranya kesemua penama itu ingkar dan berada di kawasan terbabit, polis akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam.

"Kita juga tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas termasuk menangkap mereka serta-merta sekiranya setiap penama ingkar dengan perintah larangan.

Baca lagi disini.

Fayyaahd, aku tak rasa kau akan menang di dalam saman ini kerana sudah awal-awal lagi polis sudah ada dokumen kukuh mempertahankan tindakan mereka.

Apa yang penting, jelas, kau dan Nuar bukan dipukul polis semasa sedang berasmara di hotel ternama kerana jika sedang berasmara itu lainlah. Kau mungkin boleh saman polis kerana ia hanya projek peribadi yang sedikit pun tidak mengancam keharmonian Kuala Lumpur. Tetapi ketika kejadian 9 Julai baru-baru ini anda berdua "diserang polis" ketika sedang cuba menghuru-harakan negara.

Jadi benarlah tindakan polis itu.

Wallahhua'alam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi...Fayyad mempunyai hak untuk berbuat demikian...mengapa harus menafikan haknya ? biar mahkamah menentukan ..

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif