Khamis, 14 Julai 2011

MCA Bakal Tidak Bersama UMNO?


Cakap-cakap orang begitulah. Khabarnya kem UMNO amat resah apabila dilihat dari risikan terancang jelas menunjukkan sokongan orang Cina kini sudah menjangkau hampir 100% tidak menyokong BN. Lihatlah statistik PRK-PRK yang berlangsung dulu. Sokongan orang Cina tidak lagi memihak kerajaan. 

Wah! ini satu situasi yang amat bahaya dan bakal mencetuskan suatu malapetaka kepada negara. Mengapa Taming Sari berkata begitu? Pastinya tanpa sokongan orang Cina kepada kerajaan bakal melemahkan kekuatan jentera kerajaan kerana bangsa Cina juga mengisi majoriti rakyat di negara ini.

Kecenderungan untuk tidak menyokong kerajaan BN bermula sejak PRU12 lagi sebenarnya. MCA dan Gerakan sebagai parti orang Cina di dalam BN mengalami kekalahan amat teruk. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Antaranya pastilah kerana hasutan dari DAP dan kelancangan mulut Melayu-Melayu di dalam Pakatan Syaitan yang menjanjikan syurga buat kaum ini.

Paling lumayan, Anwar bakal memahkotakan DAP dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika tampuk kerajaan persekutuan mampu dirampas dari BN. Biarpun kini pelbagai usaha dicanang si pengkhianat bangsa itu, dia tidak akan pernah puas untuk berjuang untuk menumbangkan kerajaan BN walaupun sanggup menjual maruah diri, maruah Wan Azizah dan maruah Nurul Izzah. DAP lah paling optomistik kerana kunci dan nyawa Anwar ada pada tangan Karpal Singh, pengerusi DAP. Karpal tahu, Anwar memang pelaku yang meliwat Saiful dan Anwar juga pelaku yang beraksi di dalam video seks. Apabila cita-cita mereka tercapai, janji bakal ditagih dan strategi bakal dilaksana. Ketika itu, sudah diberi betis pun peha juga yang bakal mereka tagih. DAP bakal mengucapkan "Goodbye" kepada Anwar.

Laluan itu makin terbuka apabila melihat orang Melayu kini makin berpecah belah. Sikap saling mencurigai sesama Melayu perlu terus dipupuk bagi menjauhkan mereka dari istilah perpaduan. Pelbagai usaha dirancang. Bersih juga adalah medan melihat Melayu mencakar Melayu. Sedangkan otak yang waras boleh berfikir, bukankah jelas, Cina dan kadfir harbi sedang berteriak sakan menyabung Melayu sesama Melayu.

UMNO sebagai satu-satunya parti pro Melayu adalah ancaman utama untuk mendaulatkan ketuanan Cina di Malaysia ini. Jadi, pelbagai sentimen perlu diwujudkan bagi membolehkan orang Melayu sendiri membenci UMNO. DAP bertuah kerana tidak perlu berkerja keras untuk melumpuhkan UMNO kerana PAS dan PKR rela mati demi DAP untuk menjatuhkan UMNO. Makin senyum Lim Kit Siang, tersengeh-sengeh Karpal Singh dan terbahak-bahak Guan Eng ketawa. 

Jalan makin terbuka luas, kini P.Pinang bakal menjadi podium utama memulakan langkah. Mengurangkan kawasan majoriti Melayu dengan cara membongkah kampung-kampung Melayu bakal menjamin survival DAP di P.Pinang. Orang Melayu disusahkan dengan menghalang segala yang menyelesakan mereka. Perniagaan Melayulah paling kerap menjadi mangsa. Biar wujud rasa meluat dan loya kerana ia bakal mewujudkan rasa kecewa yang membawa mereka untuk berhijrah ke negeri lain. Kesannya, Melayu akan keluar sendiri dari P.Pinang. 

Bijaknya DAP apabila sanggup melakonkan watak-watak alim menghiburkan Melayu-Melayu dunggu kononnya terpesona yang DAP akan menerima hidayah PAS dari Nik Aziz. Mereka tidak pernah terfikir, imej Melayu dan Islam yang DAP lakonkan itu hanya gimik politik bagi memukau orang Melayu untuk mengundi DAP tanpa dipaksa-paksa. Hadiahnya nanti Melayu akan ditelanjangkan sepertimana biawaknya lidah Lee Kuan Yew menipu Melayu Singapura satu ketika dahulu. 

Dek kerana jalan makin terbuka dan peluang makin cerah, saat-saat yang diimpikan untuk menegakkan ketuanan Cina ini tidak akan mampu lagi mereka lepaskan. Jalan itu akan tertutup jika Cina terus bersama UMNO di dalam Barisan Nasional. Mungkin itulah yang bermain di hati mereka.

Renung-renungkanlah wahai Melayu sekalian. Pendapat ini hanya milik peribadi Taming Sari selepas menilai situasi semasa politik negara.

Wallahhua'alam.

Penulis,

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagi bagus Cina tiada dalam BN.
Melayu rasa dia kuat dan berkuasa.
Kerana ada Melayu lupa.
Kerana ada Melayu tamak.
Kerana ada Melayu berhati busuk.
Kerana ada Melayu dengki.
Kerana ada Melayu khianat.
Kerana ada Melayu sanggup berkawan dengan Syaitan.
Kerana ada Melayu yang sanggup dikeledaikan.
Kerana ada Melayu dan Islam yang rela melacurkan agama.
Kerana ada Melayu yang pengkhianat negara, agama dan bangsa.
Kerana ada Melayu sanggup bercakaran.
Kerana ada Pepatah Melayu "Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata".
Sama-sama berfikir..fikir-fikirkan lah.

Tamingsari berkata...

Perpaduan Melayulah satu-satunya akan menyelamatkan semua ini...

Bercakap dijalanan dgn berstrategi mengunakan perlembagaan adalah dua elemen berbeza.

Siapa yg akan mengambil kesempatan?

Tanpa Nama berkata...

Memang betul melayu akan sentiasa LAYU... Malaysia akan menjadi MalaySIAL! sebab org melayu bodoh sokong UMNO/BN yg memang tak boleh pakai langsung.

zulk1965 berkata...

Sebenarnya dlm parliment yb melayu dah cukup untuk dibentuk kabinet, tak perlu satu pun yb Cina atau India atau Lain-Lain bangsa. jika dicampur UMNO dan PAS, PKR. Tp melayu tak bersatu.... mcmana nak jadi. Tp Bangsa Cina bersatu dlm berasingan sehingga orang melayu tak perasan langsung. Jika mereka bersatu jd satu, alamat orang melayu akan terlopong hilang segalanya. Bukan UMNO saja tp PAS, PKR dan segala Melayu.
Entah bila Melayu akan sedar? Hingga hilang segalanya ka..??????
DAH TERLAMBAT DAH MASa TU.

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif