Sabtu, 6 Ogos 2011

Kemelesetan Ekonomi Global Hampir Berlaku, Pencacai PR Sila Alert!


Penurunan harga di Bursa Malaysia mungkin berlanjutan hingga minggu depan ekoran jualan besar-besaran baru-baru ini disebabkan kebimbangan yang semakin memuncak tentang kelembapan ekonomi global, kata peniaga.

Ini juga disebabkan oleh data-data lemah dari Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan tentang pasaran kerja AS yanvg tidak memberangsangkan pada masa ini yang menunjukkan tanda-tanda kemungkinan berlaku kemelesetan teruk.

Ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata FBM KLCI akan terus susut dan menguji paras sokongan psikologi pada 1,500, berikutan isyarat-isyarat ekonomi yang negatif dan jangkaan kemelesetan berganda dalam pasaran-pasaran Barat.

Beliau berkata kejatuhan minggu ini merupakan prestasi lemah minggu keempat berturut-turut bagi FBM KLCI yang menyaksikan indeks itu jatuh 76 mata atau 4.7 peratus sejak paras puncaknya pada pertengahan Julai setelah melepasi paras sokongan psikologi 1,550 Isnin lalu.

"Kami percaya pelabur-pelabur bimbang terhadap kemungkinan ekonomi global menuju ke arah kemelesetan dengan jualan besar-besaran di seluruh dunia,” katanya.

Nazri berkata pelabur-pelabur semakin bimbang yang percubaan oleh pemerintah untuk mengatasi krisis hutang tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan lagi kelembapan ekonomi.

Pada Khamis, saham-saham AS mengalami penjualan besar-besaran terburuk dalam masa dua tahun dan menurut laporan berita asing, penganalisis menjangkakan pembetulan selanjutnya dalam minggu akan datang.

Krisis hutang Eropah yang berlarutan juga terus mengganggu pasaran-pasaran global.

Dalam minggu ini, bursa tempatan menyaksikan dagangan tidak menentu, ketika pasaran mulai pulih daripada kejatuhan dalam tiga hari dagangan pada Isnin, seiringan dengan prestasi bursa-bursa serantau yang lebih teguh.

Ini adalah susulan berita bahawa pemimpin-pemimpin kongres AS telah bersetuju untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk mengelakkan berlakunya kemungkiran yang membahayakan.

Bagaimanapun, bursa tempatan hilang momentumnya pada Selasa, berikutan prestasi lemah yang berterusan dalam pasaran-pasaran serantau yang dihantui kebimbangan tentang kelembapan kegiatan perkilangan global berikutan laporan ekonomi AS yang lemah.

Pada Jumaat Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan penyusutan mendadak, sejajar dengan kejatuhan besar-besaran dalam pasaran-pasaran serantau menyebabkan indeks asas FBM KLCI menjunam 22.46 mata kepada 1,524.43, paras terendah sejak 10 Mei tahun ini.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI merosot 24.38 mata kepada 1,524.43 daripada 1,548.81 sebelumnya.

Indeks Kewangan jatuh 138.46 mata kepada 14,489.15 daripada 14,627.61 Jumaat lepas.

Indeks Perusahaan susut 69.50 mata kepada 2,758.24 daripada 2,827.74 sebelumnya manakala Indeks Perladangan turun 143.26 mata kepada 7,592.94 daripada 7,736.2.

Indeks FBM Emas kehilangan 204.49 mata kepada 10,478.30 daripada 10,682.79 Jumaat lepas.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 6.020 bilion saham bernilai RM9.858 bilion daripada 5.13 bilion saham bernilai RM8.07 bilion minggu lepas.

Pasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 4.089 bilion saham bernilai RM9.53 bilion daripada 3.6 bilion saham bernilai RM7.84 bilion.

Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya bertambah kepada 1.38 bilion saham bernilai RM236.207 juta daripada 999.5 juta bernilai RM277.46 juta minggu lepas.

Waran mengecil jumlahnya kepada 481.029 juta saham bernilai RM71.227 juta daripada 494.04 juta saham bernilai RM96.7 juta Jumaat lalu


Tamingsari : Ini bukan masanya lagi menyalahkan kerajaan kerana menjadi US sebagai pembolehubah kepada turun naik ekonomi negara. US tidak dinafikan antara rakan dagang terbesar Malaysia dan ia tidak boleh disangkal lagi. 

Kemerosotan nilai pasaran saham FBM KLCI sudah dijangka awal lagi apabila Presiden Amerika mengumumkan pada minggu lepas bahawa US bakal berdepan kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah negara itu.

Kemelesetan ekonomi US pasti yang tidak boleh disangkal memberi impak kepada ekonomi Malaysia dan sintom-sintom ia menjangkiti Malaysia pastilah dengan berlakunya kadar pengangguran yang tinggi di dalam negara dan negara bakal mengalami defisit kewangan yang bakal menjejaskan sedikit projek-projek pembangunan negara.

Kepada pencacai pakatan syaitan, segera 'alert' dengan isu ini jangan asyik sibuk menabur fitnah mengaitkan saksi-saksi tidak masuk akal semata nak bela pewaris kaum Nabi Luth yang sikit masa lagi bakal berkubur di penjara Sg. Buloh. Dalam masa yang sama, apa yang dilakukan kerajaan BN semuanya salah dimata mereka.

Kepada pencacai pakatan syaitan juga kurang-kurangkan juga membaca akhbar fitnah terutama Haprakdaily dan rajin-rajin membaca perkembangan ekonomi dunia semasa. Supaya kelak hati anda tidak terus membusuk menyalahkan orang lain. Bersedialah kita menghadapi krisis ini.  

Wallahhua'alam.

Penulis,

4 ulasan:

KERIS HITAM BERSEPUH EMAS berkata...

KAHKAHKAH.... TAMING OH TAMING....
KENAPA NAK SALAHKAN LANTAI KALAU TAK TAHU MENARI.
KALAU NAK CERITA BAB EKONOMI DAN NAK MENYALAHKAN KEMELESATAN EKONOMI GLOBAL PUNCA RAKYAT TERPAKSA MENANGGUNGNYA BEBANNYA, ITU KERJA BEBAL.
PEMIMPIN YANG BIJAK IALAH PEMIMPIN YANG SENTIASA BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI SERIBU KEMUNGKINAN APABILA MENGHADAPI SERIBU KEADAAN YANG MENDATANG BUKANNYA APABILA ZAMAN SENANG BERMEWAHAN UNTUK DIRI SENDIRI , BILA TIBA ZAMAN SUSAH RAKYAT YANG MEMIKUL BEBANNYA.
CUBA KAU HAYATI SIRAH NABI YUSUF KETIKA BAGINDA MENARAJUI PEMERINTAHAN.
CUBA LIHAT BAGAIMANA KEHIDUPAN PEMIMPIN YANG TERLALU SANJUNGI. AKU BAGILAH SATU DUA CONTOH UNTUK KAU RENUNGI:

. Kerugian dan kegagalan projek Jambatan Bengkok dan pembinaan Kompleks Imigresen dan Kuarantin Johor - RM1.4 bilion
2.Bayar kepada pemaju Gerbang Perdana kerana batal projek jambatan - RM400 juta
3.Tanggung beban kerana kegagalan projek Pelabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ) - RM4.6 bilion
4.Bayar pampasan kerana pembatalan loji insenarator di Broga, Selangor yang sepatutnya tidak dibina sama sekali - RM500 juta

Selain itu terdapat pelbagai lagi pembaziran yang menuntut rakyat supaya menolak BN dalam pilihan raya ke-12 ini:-

1. Kos pembaikan Parlimen tiga tahun lepas - RM 99 juta ( meningkat dari bajet asal RM 39 JUTA )
2. Cadangan membina Pusat Sukan London RM490 Juta
3. Penerbangan Malaysia Bhd Bayar Gantirugi kepada MAS RM650 Juta
4. Cadangan Kerajaan Beli Balik ECM Libra RM830 Juta
5. Kerugian Tenaga Nasional Berhad di Indonesia RM250 Juta
6. Projek Islamic Civilisation-Pulau Wan Man RM250 Juta
7. Kerugian Pelaburan Unit Trust KWSP RM 600 Juta
8. Kerugian Matrade RM160juta dan tambah rugi RM12juta (RM 172 Juta)
9. Komisen pembelian Scorpene dan Sukhoi - RM 600 JUTA
10. Pembelian Jet VIP Baru untuk Perdana Menteri RM 200 Juta
11. Penganjuran Monsun Cup RM 200 Juta
12. Pembaikan Jejambat MRR2 (lebih RM70 juta dari kos pembinaan RM120 juta)

INI BELUM LAGI CAMPUR DENGAN KOS LAWATAN, PEMBELIAN KAPALSELAM DAN PEMBELIAN CINCIN SERTA URUSAN PEMINANGAN ANAK.
CUKUPLAH SETAKAT DULU, KALAU BERCAKAP DENGAN SI BEBAL TAK PERLU PANJANG - PANJAN , NANTI SEMAKIN BEBAL

Tamingsari berkata...

Haha ...

Si hati busuk nie dapat fakta dari haprakdaily je...

Aku nak tanya kau wahai keris bebal lagi berbau anjing... kau sedar ke tidak kau hanya mencipta angka persis Saifuddin yg tidak disokong oleh fakta yang jelas...

Kau ni kuat sangat le baca harakah le bingai...

Berdebat ngn kau nie mmg tak mendtgkn pekdah... Bodoh tak boleh diajar....

Baca sikit isu semasa dan belajar sikit mengenai ekonomi... baru dtg berdebat dgn aku balik...

haha... Dia yg bebal...

KERIS HITAM BERSEPUH EMAS berkata...

KAHKAHKAH.....

AKU MEMNG SUKA MENFITNAH PUN TAMING...

AKU AMIK SEMUA TU DARI SAIFUDDIN NASUTION MUKA LEKOK2....

AKU YG BEBAL TAMING SEBAB BANGANG TAK FAHAM2.. BUKAN SENANG NAK URUS EKONOMI NEGARA TAMBAH2 KALO ORG MACAM AKU NIE TAK RETI NAK FAHAM2 SUSAHNYA...

KAHKAHKAHKAH!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan BN tidak pernah menzalimi rakyat tetapi sentiasa peka untuk membantu rakyat...

Disebalik peningkatan subsidi yg terpaksa ditangung masih ada lagi rakyat yang tidak tahu berterima kasih.

Menabur fitnah dengan mencipta angka yang bukan2 tanpa sokongan fakta yang jelas membuktikan ada sesetengah dikalangan hamba rakyat yang suka meminta dari kerajaan sedangkan dia sendiri tiada sumbangan untuk negara.

Kita sebagai rakyat kena bersama kerajaan menyesuaikan diri di dalam apa pun situasi ekonomi.

Org seperti Keris Hitam Bersepuh Emas itu adalah contoh rakyat yang tidak berterima kasih dan buta dengan keburukan pakatan rakyat.

Org2 fasik seperti ini adalah ancaman kepada negara dan wajib sekalian rakyat yang mengerti memerangi orang seperti ini...

Tahniah Taming Sari kerana terus menyokong agenda kerajaan BN yang tidak pernah putus memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif