Isnin, 8 Ogos 2011

Usaha Kristianisasi Di Malaysia Yang Gagal Difahami Oleh PAS!



Sebelum itu, paderi bergelar Tan Sri yang menyertai rombongan Perdana Menteri ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI Gereja Roman Katolik, sekali lagi mendesak Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican. Pendek kata, suara bukan Islam berlainan bangsa seolah-olah senada. Manakala, umat Islam yang bergelar satu umat, tidak pernah senada. Bergaduh tidak pernah reda. Yang peliknya, bila berhadapan dengan bukan Islam, lembut gigi daripada lidah. Sesama Islam begitu keras sekali pendekatannya.

Persoalan saya, adakah umat Islam yang menjadi minoriti di negara bukan Islam dilayan sebaik ini? Terdapatkah kementerian hal ehwal Islam seperti ini di negara China, India dan negara barat yang lain? Umat Islam tidak kurang ramainya di negara-negara tersebut. Beri betis nak peha. Apa lagi hak bukan Islam yang tidak dipenuhi di negara bertuah ini? Pergilah ke negara lain, lihatlah nasib minoriti dari segi bilangan rumah ibadat mereka, kubur mereka, dan sebagainya, cukuplah untuk membuktikan betapa beruntungnya kita di sini.

Perancangan licik ini amat jelas walaupun penganutnya kurang dari sepuluh peratus. Mereka terus mendesak kerajaan mewujudkan Majlis Antara Agama, berbanding jawatankuasa sedia ada. Jika diwujudkan, pasti mereka akan mendominasi menenggelamkan agama-agama lain yang lebih ramai penganutnya.

Permasalahan yang timbul tidak semesti diselesaikan dengan menubuhkan kementerian bukan Islam seperti yang pernah dikemukakan Mac lalu ekoran penahanan 35,000 kitab Injil versi Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri - yang diimport dari Indonesia untuk penganut Kristian.

Orang kuat Kristian itu berkata lagi, mereka mahukan kerajaan membenarkan Katolik meneruskan seminar latihan paderi untuk menggalakkan penganut Kristian-Katolik mendapat pendidikan dan kursus guru selain mewujudkan hubungan dua hala antara institusi agama Islam dan Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies. Hairan saya, tidak cukup lagikah kemudahan dan kelonggaran yang diberikan selama ini. Setiap hari cuti (ahad) saya lihat, pelbagai aktiviti diadakan di hotel-hotel dan dewan-dewan. Memperlihatkan seolah-olah syurga Kristian berada di sini, bukan di negara-negara barat. Itupun tidak cukup lagi.

Tidak semestinya apabila kerajaan ultra kiasu menubuhkan portfolio majlis eksekutif untuk menjaga isu-isu keagamaan bukan Islam pada Februari tahun ini, maka kita perlu mengikutinya. Sesuatu tindakan perlu berasaskan kepada perlembagaan dan sensitiviti masyarakat setempat terutama pribumi.

Masihkah kita ingat, sebelum ini mereka mendesak supaya ditubuhkan The Interfaith Commission of Malaysia (IFC), tetapi masih belum berjaya. Jika kerajaan tunduk kepada desakan mereka, maka berjayalah perancangan dan misi mereka selama ini yang telahpun tercapai walaupun, badan secara formal belum ditubuhkan.

Tujuannya tidak lain bila ada badan yang sah di sisi undang-undang, mereka mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah sesetengah agama akibat didesak oleh agama lain. Mari kita saksikan tuntutan mereka yang boleh dikatakan ‘berjaya’ walaupun kononnya badan rasmi belum ditubuhkan.

Pertama, seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharus secara menjadi Islam. Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembalikepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan undang-undang. Ketiga, sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendali oleh mahkamah syariah tetapinya dikendali tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

Keempat, tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan Islam sebagai agama seseorang Muslim. Kelima, Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan bukan Islam tanpa tindakan undang-undang.

Keenam, pasangan suami isteri yang salah seorangnya memeluk Islam, tidak mempunyai hak jagaan terhadap anak. Ketujuh, kerajaan mesti menyediakan dana mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam seperti dana untuk masjid. Kelapan, orang bukan Islam mempunyai hak ke atas harta ahli keluargannya yang memeluk Islam (jika meninggal).

Kesembilan, orang bukan Islam boleh menggunakan dan tidak boleh dihalang menggunakan perkataan-perkataan suci dalam Islam. Kesepuluh, bible bahasa Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan diedarkan secara terbuka untuk bacaan umum. Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam mesti juga diajar disekolah seperti mana pelajaran Islam. Keduabelas, Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda hendaklah ditiadakan. Manakala, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

Ketigabelas, orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat hendaklah boleh digunakan untuk keperluan bukan Islam. Keempat belas, Islam tidak sepatutnya disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah (termasuk doa pagi).

Ringkasnya, belumpun tertubuh kementerian atau badan yang dicadangkan, sebahagian besar 14 permintaan mereka telah terlaksana. Apa lagi yang mereka mahu kalau bukan untuk menjadikan negara ini sebagai medan gerakan mereka kerana kebebasan sebegini tidak lagi terdapat di negara lain. Kerajaan Malaysia yang sedia ada sudah begitu baik dalam menjaga hak bukan Islam sehingga menenggelam agama rasmi negara. Rumah ibadat bukan Islam sudah melebihi 100,000 buah berbanding 20,000 surau dan masjid, sedangkan bilangan mereka kurang daripada 50 peratus. Apa lagi yang kita mahu?

Ibarat beri betis nak peha, golongan ini tidak pernah berhenti atau berputus asa, dari mendesak dan menuntut, memperlihatkan seolah-olah ada tangan-tangan di luar sana yang mengaturkan semuanya ini. Jika tidak, mana mungkin mereka begitu berani dan bersungguh-sungguh, sedangkan hak dan bahagian mereka telahpun diberikan, sehinggakan kita agak sukar untuk membandingkan antara hak mereka dengan hak istimewa orang Melayu (bumiputera). Apakah lagi hak dan bahagian yang masih tinggal kepada peribumi, biasiswa? UiTM? kuota pembelian rumah? lesen? dan sebagainya? Boleh dikatakan semua telah mendapat bahagiannya, sama ada secara sedar atau tidak! Kenapa kita perlu merasa tergugat apabila diasak dan didesak?

Jawapannya, adalah disebabkan oleh kepentingan kuasa politik dan sentimen kepartian mengatasi segala. Ramai yang beranggapan parti politik adalah alat untuk mendapatkan kuasa. Dengan memegang kuasa, mereka akan mendapat merasai ketenangan dan kesenangan hidup. Mereka lupa bahawa kuasa tidak dapat menguruskan lenanya tidur, kuasa tidak dapat membeli selera makan, kuasa tidak dapat membeli waktu muda dan sebagainya. Kuasa hanya bersifat sementara kerana yang Maha Berkuasa hanyalah Allah SWT. Allah SWT sahajalah yang akan kekal. Allahlah yang berkuasa memberikan nikmat tidur, selera makan dan sebagainya. Dengan sebab itu Rasulullah SAW mengingatkan supaya kita menggunakan masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum papa dan masa hidup sebelum mati.

Manusia hanyalah penjaga amanah di muka bumi ini. Dunia ini hanyalah pinjaman. Maka manusia dipertanggungjawabkan menjaga amanah ini. Amanah ini mesti diuruskan dengan baik mengikut petunjuk dan kejadianNya. Jika bumi ini pada asalnya adalah kepunyaan Melayu, makan tonjolkanlah identiti Kemelayuannya. Jangan sampai identiti itu hilang entah ke mana.

Bandingkanlah dengan bumi-bumi yang lain. Identiti dan jatidiri mereka yang Allah SWT anugerahkan tidak pernah hilang, malah semakin kuat mencengkam. Negeri China dengan Kechinaannya, India dengan Keindiaannya, Arab dengan Kearabannya, Siam dengan Kesiamannya, Nyanmar dengan Kenyanmarannya, Amerika dan Keamerikannya dan banyak lagi. Ini bukan bermakna, kita mengenepikan kepentingan agama dan bangsa lain. Tetapi mesti ada sebab Allah mencipta atau menjadikan sesuatu bangsa di sesuatu tempat. Justeru, agama dan identiti bangsa yang tidak bertentangan perlu diadunkan agar terpancar identiti mereka supaya tidak tenggelam ditelan zaman.

Sama juga dengan identiti dan jati diri Kemelayuan. Banyak budaya melalui identiti dan jati diri yang terpancar tidak bertentangan dengan Islam seperti soal bahasa, pakaian, seni budaya pergaulan, makanan dan sebagainya. Tetapi di manakah penonjolannya dapat dilihat, di televisyenkah? di radiokah? di papan-papan tandakah? atau di mana-mana yang boleh dilihat!

Nampaknya, semakin sukar untuk dijumpai. Ada Dewan Bahasa dan Pustaka, peranannya tidak dimartabatkan. Kita terlalu sibuk dengan bahasa Inggeris. Usahlah dibincangkan bahasa al-Quran. Di televisyen dan radio, seolah-olah menjadi milik setiap kaum. Begitu juga dengan kemunculan institusi pendidikan yang sedia ada. Semuanya telah dihakmilikkan oleh kaum-kaum yang ada. Setiap kaum membawa haluan masing-masing mengikut identiti dan jati dirinya.

Lebih malang lagi, institusi yang diterajui oleh orang Islam sendiri tidak berjaya mempamerkan identiti dan jati diri tersebut. Misalnya, stesen penyiaran kita? Identiti dan jati diri apakah yang ditonjolkan yang menjadi tontonan anak-anak kita seharian? Kita lebih terpengaruh dengan cara dan gaya hidup barat. Akhirnya, sebuah negara yang asalnya beridentitikan satu bangsa, menjadi caca merba. Tidak ada arah tuju.

Justeru, sudah sampai masanya kita melihat kembali identiti dan jati diri ini, tanpa menafikan hak orang lain, sebelum ianya hilang dan pupus begitu sahaja. Apabila sesuatu itu telah hilang dan pupus, amat sukar untuk dikembalikan. Hari ini, kita diasak dan didesak, semua perancangan ini bertujuan untuk menghilangkan identiti dan jati diri itu. Tetapi kita masih buta. Perebutan kuasa telah membutakan kita semua. Kita seolah-olah mengikut telunjuk orang lain. Akibatnya kaduk naik junjung. Bayangkanlah jika wujudnya sebuah kementerian hal ehwal bukan Islam, dapatkah kita jangkakan apa yang akan terjadi?

Tamingsari : Inilah yang gagal difahami oleh orang-orang PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. Mereka ini lebih banyak bercakap dari bertindak. Walhal, disebalik mulut mereka bercakap kononnya mahu mempertahankan Islam, mereka berstongkol bersama puak-puak kafir harbi yang jelas terang-terangan menghina Islam. Perjuangan apa yang mereka mahu pertahankan?

Kementerian Hal Ehwal Bukan Islam adalah dokongan pencipta IFC iaitu Ambiga. Sudah pasti PAS yang sebantal dengan kafir harbi itu adalah munafik yang tidak boleh dimaafkan lagi jika satu persatu orang Islam sudah dimurtadkan.

Di dalam isu serbuan JAIS ke salah sebuah gereja, di sini pun sudah dilihat dengan jelas bahawa PAS mendokong agenda jahat ini. PAS menyalahkan Exco agama negeri itu, Dr. Hassan Ali kerana tidak sebulu dengan MB Selangor yang menentang usaha JAIS tersebut. PAS lebih sayangkan kuasa politik dari melihat sebab musabab JAIS terpaksa menyerbu gereja tersebut demi menyelamatkan beberapa orang Melayu Islam yang bakal dimurtadkan oleh paderi kristian.

PAS dilihat semakin teruk dan sesat. Hingga ke saat ini, jika inilah wajah PAS, PAS wajib diperangi oleh orang Islam.

Wallahhua'alam.

Penulis,
Comments
3 Comments

3 ulasan:

PemikirpolitikJerantut berkata...

Mohon Link Tuan
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya PAS bukannya tak faham. Mereka sangat faham, tapi apa nak buat jika berkeras sikit hilanglah sokongan dari bukan Islam. Sedangkan sokongan ini penting untuk menjatuhkan UMNO. Sebab tu orang PAS ni susah nak dipercayai perjuangan Islam mereka. Nik aziz pun sama.

Tanpa Nama berkata...

bro masa salahudin ayub bentangkan kertas kerja jenayah murtad di parlimen 2008 mp2 umno buat2 bodo je... rakyat dah tau la mana satu betui... nik aziz suruh laksanakan undang2 murtad mengikut hukum syariah masa tahun awal 70 an dulu orang2 umno kata nik aziz pengganas...aku rasa hang pun tau macam mana perangai umno ni...

Berminat Dengan Kisah Seram ??

Terkini Di Ceciter Seram

Carian Artikel

Memuatkan ...
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif