Isnin, 31 Oktober 2011

Anda Blogger Pro Melayu Islam Atau Pro BN?


Susah untuk diperkatakan apa sebenarnya motif penubuhan blog oleh kebanyakkan blogger pro kerajaan di luar sana. Disebalik permulaan awal mahu mengimbangi keaktifan blogger pro pembangkang, blogger pro kerajaan kini semakin hilang konsistensi mahu memperjuangkan kebenaran malah terpengaruh dengan budaya blogger pembangkang. 

Pada awal penubuhan pengabungan blogger pro kerajaan yang dinamakan blogger pembela negara (BPN) oleh Panglima Perang Cyber, masing-masing berikrar untuk berjuang habis-habisan di alam maya bagi membetulkan fitnah-fitnah Malaysia Today, Milo Suam, Albanjari Online, Harakahdaily, Malaysiakini dan pelbagai lagi penyangak pakatan di arena maya. Perjuangan dilaung gemanya mahu didengar sehingga PRU ke 13. Namun, berapa lama sahaja sidang parlimen maya itu bertahan? Kini sudah terkubur jua. Blogger Panglima hanya jadi pemerhati dan BPN terus menyepi. 

Maka ramailah keluar mahu menumbuhan kumpulan sendiri malah ada juga yang mahu menyendiri berjuang tanpa ada sokongan seperjuangan.

Paling malang kini, kumpulan yang berpecah tadi kini bercakar sesama sendiri dan saling salah menyalahi sesama mereka walhal mereka sama-sama berpayung di bawah satu agenda yang sama. Apa kesudahannya dan apa pula kesannya?

Bagi Tamingsari, kita kena kembali kepada niat asal perjuangan. Seperti Tamingsari, bukan sahaja tidak pernah dibayar untuk menulis namun tidak ada sesiapa pun mengetahui siapa Tamingsari ini sebenarnya melainkan kenalan rapat sahaja.

Apa yang ditulis lahir dari sanubari sendiri dan bukan dipengaruhi orang politik. Maklumat dicari dan dikumpul sendiri dan jika ia benar-benar pasti kita olahkan di dalam blog. Jadi, apa perlunya kita berat sebelah kepada satu pihak? Apa yang benar kita tulislah walaupun pahit. Tidak kiralah samaaada kesalahan itu di pihak pembangkang atau kerajaan.

Apa yang menyedihkan, belumpun tiba PRU 13, sudah ada blogger yang menyerah kalah. Terus menerus bersunggut hiba konon hadirnya tidak dipuja. Apa kejadahnya semua ini? Apa pula kesannya Program Perhimpunan Penulis Maya yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini?

Kalau ada mana-mana blogger pro kerajaan yang bersunggut tidak dihargai, apalah sangat penghargaan yang mampu diberi.

Yakinlah apa yang kita perjuangkan itu benar dan berharaplah redho Allah di dalam setiap patah perkataan yang ditulis oleh kita itu. Jika kita hanya mengharapkan redho manusia, sampai bila pun kita tidak akan puas dan silap-silap kita akan terpesong dari niat asal perjuangan kita. Itulah punca blogger pro kerajaan kini dilihat semakin lemah.

Paling penting, kita wujud sebab kita sayangkan bangsa kita, kita kasihkan agama kita dan kita tidak mahu mana-mana pihak menganggu gugat itu semua. Sebaran fitnah perlu dihentikan dan kita blogger pejuang perlu fokus kepada perjuangan.

Kita yang memilih jalan ini dan kita terpilih untuk menyedarkan orang-orang Melayu Islam bahawa penyatuan sahaja boleh menyelamatkan masa depan mereka dikala orang lain semakin berani mencabar kewibawaan kita.

Persoalannya, bagaimana kita mahu mereka bersatu andai kita sendiri bercakaran. bagaimana kita mahu mereka percaya andai kita hilang kepercayaan antara kita.

Bagi Tamingsari, jika anda pilih untuk menjadi blogger BN, pasti anda tidak tahan lama, kerana BN adalah parti politik berkepentingan tetapi jika anda memilih menjadi blogger pejuang kepada Melayu Islam, anda pasti akan terus releven kerana Melayu dan Islam adalah kita dan kitalah yang wajib pertahankan haknya.

Jawablah sendiri kita semua kerana kita juga indikator penting bagi memelihara ketuanan Melayu dibumi tercinta ini.

Wallahhua'alam.

Penulis,

2 ulasan:

Aku Peduli Apa @ APA berkata...

Assalam sahabat.
Apa yang sdara nyatakan memang berlaku hari ini dalam perkumpulan blogger pro kerajaan.APA sendiri tak berani nak kata dimana silap nya.Yang pasti memang terasa tidak diendahkan kecuali di gulakan untuk berhimpun beramai ramai baru baru ini dan dijemput menghadhiri Malam Media Perdana 2011.

Memanglah perjuangan semua blogger semua tercetus dari keinsafan diri sendiri,terpanggil untuk membela bangsa dan agama,tidak disuruh dan tidak dibayar.

Tetapi lumrah kita yang bernama manusia pastinya inginkan sedikit pengiktirafan dan bukan dilayan saperti manusia dunggu.Perjuangan juga memerlukan senjata dan peluru bila sampai kesatu tahap...

Dengan kewangan yg serba tak cukup dan dapur yang kerap tidak berasap,perjuangan yg iklas pun akan tersasar halatuju.Setakat mana pejuang mampu berjuang?

Pemimpin pula lebih senang mencurah wang ringgit ke longkang daripada melihat kebajikan para bloggers yg selama ini berjuang untuk mengangkat mereka ketahap yg ada hari ini...

Bagi APA yang sama pendirian dengan Tamingsari akan terus berblog sebab taksub apa bukan pada pemimpin atau parti.APA akan terus berblog..kalau dulu tidak dibayar..kini pun tidak dibayar..andaikata akan datang tidak dibayar pun tidak mengapa.

APA akan terus dengan cara APA..tanpa gentar dan takut kepada sesiapa kecuali Allah SWT.

Hanya APA dan Allah SWT sahaja yang tahu matlamat APA menjebakan diri dalam dunia ini...

Tamingsari berkata...

Tq sahabat APA.

Moga Allah merahmati perjuangan anda.

Amin.

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif