Isnin, 24 Oktober 2011

Litar Sepang Akhirnya Makan Orang!


Gempar seluruh Malaysia. Pak Cik di kampung yang baru selesai kutip susu getah pun berlari balik ke rumah apabila anaknya memberitahu ada penunggang mati akibat berlanggar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Semuanya bagaikan tergamam kerana inilah pertama kali ada kematian di litar itu sepanjang ia dibuka sejak 1998.

GP Malaysia baru sahaja membuka tirai namun mungkin takdir sudah menetapkan kejohanan kali ini meninggal detik hitam kepada penganjur terutama kepada rakan pasukan San Carlo Honda Gresini. Marco Simoncelli yang dilihat girang pada awal perlumbaan tidak disangka hilang sekelip mata.

Kemalangan itu berlaku yang dipercayai berpunca daripada kegagalan Simoncelli mengawal jenteranya dan mengakibatkan dia hilang kawalan lalu terjatuh ke litar sebelum dirempuh oleh motosikal Edwards.

Lebih malang lagi topi keledar yang digunakan oleh Simoncelli, 24, pecah ekoran dilanggar oleh penunggang Ducati Team, Valentino Rossi dan insiden itu turut menyebabkan Edwards serta Rossi terbabas di kawasan rumput tepi litar.

Bagaimanapun Rossi berjaya mengawal motosikalnya manakala Edwards terjatuh di atas rumput dan mengalami kecederaan ringan.

Namun begitu, orang yang paling awal bingkas mempertahankan SIC apabila ada mulut-mulut lancang menyalahkan keadaan litar ialah  Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Tun Mahathir. Katanya, setiap kali perlumbaan SIC akan memastikan persedian dilakukan dengan rapi bagi memastikan keadaan litar dan juga kemudahan perubatan berada dalam keadaan terbaik.

Justeru, katanya, kemalangan maut yang menimpa pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli merupakan satu insiden yang tidak dapat dielakkan dan ia boleh berlaku di mana-mana litar perlumbaan.

Wallahhua'alam.

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuan rumah,

semenjak siap litar sepang dari tahun 1998 dan telah dirasmikan oleh tun M kira litar ni antara yg terbaik...

saya penah menyertai cub prix modenas MERDEKA RACE pada tahun 1998 sebelum litar ni dirasmi lagi...

malang tidak berbau sebab litar ni telah meragut nyawa pelumba yg berbakat dan ditahap antarabangsa rasa macam tak percaya yg helmet fullface bleh tercabut...

saya rasa pelumba ni mungkin tak ikat tali helmet...

penunggang motosikal harap memakai tali helmet dgn kemas sebab kepala nak pakai lama...

PEJUANG HAMAS...

Tanpa Nama berkata...

kalau nak mati kat mana-mana pun mati, minggu lepas kat gerik(Lebuhraya TB) pun ada yg mati lori langar kereta.

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif