Rabu, 2 November 2011

Guna Modal "Islam" Sahaja, Pas Mampu Terus Memerintah Kelantan


Beberapa kali sudah Tamingsari bertanya kepada orang-orang Kelantan, MENGAPA MEREKA BEGITU MUDAH DITIPU OLEH PAS WALAUPUN MEREKA NAMPAK, PAS MEMANG GAGAL MENGEMUDI KELANTAN SELAMA LEBIH 20 TAHUN?

Jawapan mereka mudah, BIARLAH NEGERI INI MUNDUR DARI SEGI PEMBANGUNAN ASALKAN RAKYAT KELANTAN MENGANGKAT ULAMA SEBAGAI PEMIMPIN TERTINGGI DAN SEKALIGUS ADA SAHAM SYURGA BUAT MEREKA. PAS SEBUT SAHAJA SOAL ISLAM, SOAL SYURGA NERAKA, MEREKA PASTI LEMAH.

Mudah sungguh jawapan diberi. Namun sepanjang sepenggal PAS memerintah pula, mereka-lah yang merunggut berbagai-bagai, tiada pekerjaanlah, susah nak berniaga lah, tiada projek baru lah, tiada jambatan baru, AIR KOTOR DAN KERAP TERPUTUS, JALAN BERLUBANG-LUBANG, dan lain-lain sungutan. Namun apabila tiba pilihanraya, PAS juga menjadi pilihan mereka.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Laporan Ekonomi Negara, Kelantan hanya menerima RM187 Juta pelaburan langsung asing berbanding keseluruhan FDI iaitu RM40 billion menjadikan mereka negeri paling kecil menerima pelaburan iaitu 0.3 peratus.

Kesannya, mereka adalah penyumbang cukai jualan terkecil iaitu sebanyak RM34 juta setahun berbanding negeri kecil seperti Melaka yang memiliki kutipan jualan lebih besar iaitu RM1.3 billion.

Mengapa keadaan ini terjadi?

Mudah sahaja, rakyat Kelantan sendiri terpaksa membasuh pakaian, pinggan, buang air dan mandi mengunakan air dari bawah tanah, bagaimana sebuah kilang industri berat mahu bertapak sedangkan keperluan pengunaan air mereka jauh lebih banyak? Itu baru cerita pasal air, belum lagi cerita soal jalan dan infrasturktur lain.

Sikap rakyat Kelantan juga antara faktor sukar FDI untuk masuk. Mungkin mereka terpengaruh dengan sikap malas pemimpin PAS, rata-rata rakyat mereka terkenal dengan sifat malas, dengki mendengki, busuk hati, ponteng kerja dan berkira. Ini diakui sendiri oleh majikan IKS yang merupakan orang Kelantan yang membandingkan soal produktiviti pekerja di Kelantan dengan pekerja di negeri lain. Di dalam Islam, tidak pernah mengajar umatnya bersikap begitu, di dalam ajaran PAS mungkin ada.

Soal Islam sendiri, PAS gagal memartabatkannya di negeri itu walaupun sudah 20 tahun mereka pegang tampuk pemerintahan. Ini diakui sendiri oleh orang Kelantan. Perjudian, pelacuran, zina, keruntuhan akhlak, jenayah, maksiat dan cara hidup mazmumah tetap ada malah dilihat kadang-kadang lebih teruk dari negeri yang tidak bergelar Serambi Mekah. PAS paling teruk gagal membina dan membaik pulih masjid di negeri itu dan menyebabkan banyak masjid di sana terpaksa mengemis kepada orang ramai untuk mendapat peruntukan penyelenggaraannya.

Prospek PRU13 juga sama di Kelantan seperti PRU-PRU lepas. Susah untuk menilai mentaliti rakyat Kelantan adakah mereka mahu transformasi atau tidak. Kalau mereka betul mahukan ulama, Tun Abdullah dahulu pun seorang ulama dan kalau mereka mahukan pembangunan, zaman Tun M dulu sudah rancak dengan pembangunan.

Walaupun pemimpin UMNO begitu yakin mereka mampu ambilalih Kelantan dari PAS namun hati kecil Tamingsari tetap mengatakan, isu Rosmah Tidak Tutup Aurat Pun sudah cukup dijadikan modal oleh PAS untuk terus memerintah Kelantan.

Bagi mereka, PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Inilah yang perlu diperbetulkan oleh kita semua bagi mengelak generasi muda Kelantan keliru mengenainya. Mereka dikhuatiri menganggap PAS adalah tongkat kepada Islam. Hakikatnya, Islam adalah syumul dan ia tidak memerlukan PAS bagi memartabatkannya.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Recent Posts Widget

Tag

PAS Sesat (152) Anwar Al Juburi (91) Isu Semasa (77) Kelantan (69) PKR Reput (60) DAP Laknattullah (56) Pakatan Rakyat (54) Sukan (45) ilmu (45) DS Najib (31) Umno (31) Antarabangsa (28) BN (28) Galas (26) Nik Ajis (26) Selangor (26) Dasar Kerajaan (25) Ekonomi (25) P.Pinang (20) Seni Kreatif (20) Bersih 2.0 (19) Kematian (19) Jenayah (16) PRK DUN Tenang (16) Blogger Songsang (14) Ex-PKR (14) Pengkhianat (14) Tragedi Lahad Datu (14) Blogger Berjuang (13) Pendapat (13) Tun Mahadhir (12) Bajet 2011 (11) Penjawat Awam (10) Batu Sapi (9) Islam (9) Media Pembangkang (9) Banjir2014 (8) Korup@UMNO (8) Mahkamah (8) K.Lumpur (7) Kedah (7) Media Perdana (7) BTN (6) NajibMO1 (6) PDRM (6) PRU 13 (6) Rasis (6) bah2014 (6) Parlimen (5) Perak (5) Bencana (4) Demo 901 (4) Ketuanan Melayu (4) Mahasiwa (4) PRK DUN Merlimau (4) QZ8501 (4) SPR (4) Johor (3) Melaka (3) PRK DUN Kerdau (3) Perlembagaan (3) Tun Abdullah (3) AES (2) AFF SUzuki 2014 (2) AirAsia (2) BN@Beban Negara (2) Cina (2) Demo 311213 (2) Hudud (2) Kesultanan Melayu (2) MCA (2) Menteri BN Bodoh (2) PAP Laknattullah (2) Perkasa (2) Polis (2) Sabah (2) Ulama (2) Video Seks Anwar (2) prayforQZ8501 (2) #prayforQZ8501 (1) APCO (1) DYMM Agong (1) Dunia (1) IsraelvsGaza (1) Kafir Laknattullah (1) Kampus (1) Kartunis Celaka (1) Kemalangan Ngeri (1) Liwat 2.0 (1) MH17 (1) MH370 (1) MIC (1) Militan IS (1) Moral (1) Mustapa Mohamed (1) N.Sembilan (1) PAU 2016 (1) Pahang (1) Pendidikan (1) Perlis (1) PrayforGaza (1) RM-Dollar (1) Rosmah Perosak (1) Sarawak (1) Sayang Malaysia (1) Sejarah (1) Suruhanjaya Antara Agama (1) Tidakpadaonani (1) Tun Hussein Onn (1) Twitter (1) Wira (1) kesihatan (1) najibrazak (1)

Terkini di Blog Chedet (Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Terkini Di Ceciter Seram

malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif